Hai.. jumpa kembali kita dalam Ekspedisi
Gunung
Berumbun
yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1014 meter. Gunung
Berumbun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan
Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat
banyak flora di gunung
ini yang mempunyai nilai perubatan.
14
Oktober 2017 - Kita orang parking kereta di Loji Rawatan Air Pantai. Bermula dengan menaiki 4wd sejauh 12 km menuju
ke Puncak Telapak Buruk dengan ketinggian 1193 meter. Kali ni trip kita orang
TBB bermakna masuk ikut lain kluar ikut
lain.
Starting
point dari Puncak Telapak Buruk. Pukul
9.30 pagi (lewat 30 minit dari jadual perjalanan) kita orang seramai 25 Peserta
memulakan perjalanan kami dengan regangan otot dan bacaan doa. Trek yang
santai tapi berbecak, licdan berakar kayu memerlukan tumpuan setiap kaki melangkah.
Silap langkah boleh masuk dalam lumpur becak dan cedera. Pacat mula kelihatan
dan hinggap di kaki. Jeng jeng jeng… aku memang fobia. Hihi… maap ye kekawan
aku terpaksa speed, tak berani berhenti lelama…
Kita orang tiba di Aircraft Crashed
Area jam 11 pagi. Kat sini kejadian
pesawat terhempas pada 23 Ogos 1945, pesawat pengebom
RAF B24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi
‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya,
Namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang
tidak dapat dikenal pasti dan mengorbankan semua krew.
Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan
sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada
29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada
Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di
Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil
disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat. Setelah hampir 6 dekat di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator
disemadikan. Namun, bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya
terhempas.
Kita orang mulakan perjalanan ke Gunung Berembun. Trek lebih kurang sama dengan laluan tadi santai dan landai. Tiba di Puncak Berembun pada 4.95km. Di puncak ini terdapat Beirut zaman British. Beirut ini juga dikenali sebagai batu sempadan bagi pembahagian daerah-daerah yg terdekat. Rehat dan bergambar. Baru terjumpa seorang hiker lain dari Negara Polan. Kutuk punya kutuk rupanya dia fasih berbahasa melayu… padan muka kita orang. Tapi dia ramah dan mesra, sempat juga kita orang selfie dengan dia yang tinggi mencanak… hihi macam orang kerdil jadinya aku bila berdiri sebelahnya… (Malaysia masih aman… hiking sorang-sorang pun orang asing berani di Malaysia)
Kita
orang meneruskan perjalanan menuju ke Gua Kambing. Trek menurun dan curam.
(kalau hiking naik dari Loji Rawatan Air Pantai lebih mencabar sebab trek
mencanak 90 darjah, lebih pawei). Disini kita orang berhenti dan rehat.
Pukul
2.30 petang kita orang turun dan berhenti
di Lata Berembun. Kat sini air terjun memang cantik. Rugi kalau korang tak
kecemur and mandi manda…. Sejuk tu.
Tanpa
membuang masa kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Loji Rawatan Air Pantai. Pawei…
Alhamdulillah, tamat sudah misi hari ni.
Terima
kasih pada semua yang terlibat.
Tamat
ekspedisi.
Alhamdulillah, tamat
sudah misi hari ni. Sesudah sampai, kami berehat sambil membersihkan
diri di situ sebelum bergerak pulang ke tempat masing-masing.
Apa pun, perjalanan kali ni memang terbaik dan menarik Terima kasih
pada semua yang terlibat.
Read more at: https://www.menara.my/ekspedisi-gunung-berembun-telapak-buruk-crash-area-b-24-liberator/
Read more at: https://www.menara.my/ekspedisi-gunung-berembun-telapak-buruk-crash-area-b-24-liberator/