*

Monday 12 March 2012

Keunikan BONSAI, kreativiti pemiliknya



Bonsai sememangnya ada peminatnya tersendiri dan  menjadi tanaman hias. Bentuknya yang unik dan kerdil menjadi pujaan ramai termasuklah aku. Tanaman bonsai melambangkan kesabaran dan tingginya tingkat kreativiti si pemilik. Membentuk dan menjaga sehingga menjadi sepohon bonsai bukan lah dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa berbulan-bulan malah berbelas tahun untuk menjadikannya bonsai yang kerdil dan cantik. Semakin unik dan semakin kerdil tanaman tersebut, semakin mahal harga bonsai. Bagi aku pula menanam bonsai bukan untuk mendapatkan wang tetapi ianya satu kepuasan tersendiri saat bila dapat menghasilkan/ menciptakan bentuk yang unik pada bonsai.

Cara Menanam Bonsai
Untuk menanam bonsai tidaklah rumit, kita boleh membeli bonsai di kedai tanaman atau mengambil tanaman yang kita sukai di halaman rumah. 

1.      Pilih tanaman dengan batang utama yang cukup kuat dan pindahkan ke pot dengan sangat hati-hati supaya tidak merusak tanaman tersebut. Kemudian bentuk alur tanaman sesuai dengan yang anda suka dengan memakai kawat. Periksa ranting dan cabang yang tumbuh secara rutin untuk membentuk bonsai sesuai dengan apa yang kita mau. 

2.      Pemilihan tanah, tanah yang bagus bagi bonsai bukanlah tanah yang penuh humus, namun setiap jenis bonsai memerlukan tanah tanah tertentu yang berbeza-beza satu sama lain. Pilihlah tanah dengan kadar humus sedikit dan jagalah kelembaban tanah tersebut namun jangan biarkan terlalu banyak air atau sampai menyebabkan tanah menggumpal, kerana dapat mengancam hidup tanaman. Pemilihan tanah sangat penting kerana disanalah pembentukan batang, ranting dan dahan ditentukan.

Cara Menjaga Bonsai
1.      Menjaga bonsai kita hanya memerlukan penjagaan yang sederhana sahaja dan sedikit pengetahuan agar bonsai tanam kita dapat hidup lama.

2.      Berikan air pada masa pertama kali menanam bonsai, dan jangan lupa berikan air lebih banyak saat cuaca kering dan suhu udara meningkat. 

3.      Pilihlah pot/ pasu bunga yang dapat meratakan penyiraman air ke berbagai penjuru. 

4.      Keseimbangan kadar oksigen dalam tanah dan juga penting untuk tanaman. Berikan baja untuk menambah kilap daun, memperkuat ranting dan dahan dan sebagainya. Pangkas ranting, daun, dahan secara rutin yang tumbuh diluar bentuk yang kita inginkan, juga akar liar yang akan membentuk. 

5.      Semasa membentuk bonsai elakkan supaya tidak menimbulkan kerosakan/ luka di batang bokok. 

6.      Letakkan bonsai di tempat yang terkena cahaya matahari pagi, namun terlindungi dari terik matahari siang. 

7.      Untuk pencegahan hama, semburkan racun anti hama yang dapat anda beli di kedai tanaman bunga.

Bagi peminat bonsai bolehlah kongsi pengalaman bersama.



Bonsai-Bonsai kesayanganku.



Pokok bunga kertas yang aku bentuk jadi bonsai.











Pokok Santalia sangat mudah dibentuk menjadi bonsai dan penjagaannya juga mudah. (Sudah hampir 12 tahun bonsai ini bertahan)














Anak pokok Santalia yang baru dibentuk untuk menjadikan bonsai.








Taman bonsai