*

Tuesday, 13 September 2022

Gunung Chamah Ulu Sepat - C.U.S



Assalamualaikum, lama tak bersiaran. Kali ini aku ank cerita perjalanan aku dalam XPDC Gunung Chamah Ulu Sepat. 

Gunung Chamah, satu lagi gunung yang sukar untuk ditakluki di G7 kerana anda perlu melalui hutan yang sangat tebal sebelum anda sampai ke puncak. Hutan itu sendiri juga terkenal dengan penampakan harimau liar dan gajah dan kesan tapak kaki harimau adalah perkara biasa di sepanjang laluan trekking. Gunung Chamah adalah gunung ke 5 tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2171m (7123ft) teletak di negeri Kelantan di Banjaran Titiiwangsa

Manakala Gunung Ulu Sepat, mungkin yang paling mudah di kalangan G7, tetapi masih tidak disyorkan untuk pemula. Puncak itu dilitupi dengan pokok tebal dan tumbuhan (mungkin disebabkan oleh hujan yang kerap) yang menghalang pemandangan. Mereka yang mengharapkan pemandangan indah dari sidang kemuncak perlu mengambil perhatian tentang maklumat ini. Gunung Ulu Sepat 2161m (7090ft) terletak di negeri Kelantan - Boder Perak di Banjaran Titiwangsa.

Perjalan aku mulakan Kulai ke Gua Musang dengan menaiki keretapi 9.16 malam 30/8/2022









C.U.S hari pertama - 31/8/2022
Sampai di Gua Musang lebih kurang pukul 8.30 pagi.

Untuk sampai ke Pos Simpoh mengambil masa 4 jam dengan menaiki powil. Terkandas 4 jam sebab ada tanah runtuh. Terpaksa hikers rotong royong bersih dan jalan. Tapi tak boleh juga kerana banyak tanah yang runtuh terpaksa tunggu orang kampung tolong bersihkan jalan dengan tolak guna berozer.

Dari Chek point Pos Simpoh ke perkampungan orang asli Kg Rekom jarak 7 km. 7.15 petang sampai 11 malam. Dengan permulaan pendakian menaik dah separuh jalan baru rola koster.



Tanah runtuh








Sampai di Pos Simpoh jam 6.45 petang




C.U.S hari ke 2 - 1/9/2022
Mula mendaki pukul 8.00 lagi. Dari Kg Rekom ke Kem Tengah trek macam Rola kosta, kemudian terus ke Kem Tengah dan Kem Tingkat Ali terus trek mancanak. Sampai Anak Chamah c.o.t 1.00 tgh hari. Kami sampai 11.59 pagi.
Sampai puncak Chamah 4.15 petang dalam hujan. Sejuk gila dekat puncak Trek mencanak, pacak gila , benyai dah tak boleh pilih jalan. Redah je la dlm selut....di tambah hujan sepanjang jalan. Balik menuruni curam yg licin kena berhati-hati selap langkah boleh terjatuh ke juram. Dari Kem Tengah mental agak koyak kerana tak sampai-sampai. Rasa terlalu jauh sangat. Sampai Kg Rekom pukul 2 pagi. Member yang lain ada sampai pukul 5 pagi, pukul 10 pagi dan yang paling last pukul 3 petang kerana injerad.













































C.U.S hari ke 3 - 2/9/2022
Duduk santai-santai je sepanjang hari... Sebab tunggu sorang injured sampai bawah pukul 3.00 petang dari semalam. Terpaksa sewa rumah orang asli sbb kemah semua dah kemas.



C.U.S hari ke 4 - 3/9/2022
Sepatutnya perjalan mula jam pukul 2 pagi sebab nak buat compress 21 jam dari Kg. Rekom ke Kem Sg Lenweng kerana hari ke 3 dah tak jalan. Krew-krew kepenatan semalam sampai pukul 5 pagi. Makanan semua belum siap disediakan. Kami cuma menunggu dengan penuh sabar.... Penantian itu satu penyeksaan.

Pukul 4.15 pagi baru gerak. Grup kami seramai 5 orang sesat selama1 jam. Guide lupa jalan. Hampih... jam 5 pagi Lastnya kami berlima cari jalan itu pun tanpa ditemani guide. Tawakal je....

Alhamdulillah Kami dapat potong member2 yang lain dihadapan sebelum Sg Peres. Padu juga kan.... hehehe. Kem Maggi, Kem Sepadan ke Kem View pacak mencanak. Sampai pukul 11.30 pagi di Kem View.
Dari Kem View nak ke Sg Lapir memang sangat jauh. Trek Roler koster. Kami hampir mental koyak kerana tak sampai2. Hujan mula turun. Sampai Sg Leper pukul 6.50 petang, tak dpt meneruskan pejalan kerana hujan lebat. Sejuk gila hampir hypo. Pukul 9 malam grub ke tiga sampai. Kami bermalam di Sg Leper.




































C.U.S hari ke 5
Meneruskan pejalan jam 7 pagi dari Sg Leper ke Puncak Gunung Ulu Sepat. Trek rolar kosta, turun naik turun naik. Mossy sangat2 cantik hingga hilang rasa penat. Alhamdulillah indah sungguh ciptaan Nya.
Dari Puncak Gunung Ulu Sepat pukul 1 tgh hari. Trek terus menurun, curam. Sangat jauh, sampai di Sg Lenweng pukul 4.30 petang.
Sepatutnya bermalam di Kem Sg Lenweng kerana hari ke 3 tiada perjalanan terpaksa hari ke 5 kami kena buat kompres dengan meneruskan pejalanan sejauh 10 km lagi untuk sampai ke Kg Lelar mengambil masa 3 jam 20 minit, sampai Kg Lelar pukul 8.20 malam. Mentel memang kena kuat. Rasa dah nak seret kaki je dah tak larat.
Selesai 5h4m (sebenar kami buat 4h3m kerana hari yg ke 3 kami tiada pergerakan).

Betullah orang kata trek C.U.S bukan kaling-kaling. ia memerlukan ketahan emosi, fizikal dan mentel yang kuat.
































































Malam tu untuk kluar dari kampung lelar mengampil masa 3 jam dengan menaiki poil. 70 km untuk sampai ke Stesyen Bas Meru Jaya. sampai jam 2 pagi kami chek in hotel sementara menunggu bas esok pagi. selamat sampai Kulai Johor jam 7.30 malam.