Baru je balik bercuti di Serawak.
Kali ni aku bawa family cuti bersama, suami n anak-anak.
Senyum riang…tergambar
kegembiraan wajah2 insan yang aku sayang…betapa terujanya anak2 bila berpeluang
bercuti di Serawak... sesekali bawa anak2 belajar manaiki flight....
6 bulan yang lalu aku telah
menempah 5 tempat duduk melalui online di Air Asia …
murah je.. RM410 utk 5 orang pergi dan balik… (korang kalau tambang nak murah,
daftar ahli, biasanya Air Asia akan emailkan jika setiap kali ada promosi..)
Di Serawak aku telah sewa sebuah
kereta utk 3 hari. Tak perlu kereta yang mewah2, yang penting perjalanan
kita selesa dan selamat… untuk tiga hari aku sewa baru RM250 je.
Aku bermalam di 360 Hotel Urban Resort… Hotel
ni aku rasa aku nak bagi 4/5« ...… kedudukan hotelnya tidak jauh dari Bandar Kuching,
kira2 5 minit je nak ke Bandar. Ruang bilik yang amat selesa mengadap sungai Serawak,
kelengkapan yang dan keperluan bilik tahap maksima, dilengkapi Aircorn, TV,
Alat pengering rambut, peti ais, sterika baju, kopi/teh semua ada, bilik air
yang lengkap Tab Mandi. Mempunyai Kolam Renang di Lavel 4, (kanak-kanak dan
dewasa). Kalau korang bercuti lama tapi malas nak bawa baju banyak2…. nak cuci
baju pun boleh, siap disediakan 2 mesin pencuci baju terletek di setiap level
bangunan, percuma tanpa bayaran….. And tahap keselamat yang baik… kerana kalau
korang keluar tak bawa kad slot bilik....jawabnya tidur di liff aja leee…sbb
liff tak akan bergerak jika tidak di sentuh menggunakan kad slot bilik…
Salah satu tempat menarik di sini
ialah JONG,S CROCODELIS FARM & ZOO… kat sini merupakan tempat simpanan dan
pembiakan buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya Muara,
Buaya Air Tawar Irian dan Buaya Sepit.
Kesah Bujang
Senang - Bujang senang adalah nama
seekor buaya yang telah bermaharajalela di Sungai Batang Lupar di Sri Aman,
Serawak sejak 1941. Bujang senang dikatakan berumur 50 tahun. Pada 20 Mei 1992 seorang wanita bebangsa Iban
telah menjadi mangsa Bujang Senang. Bujang Senang telah Berjaya di tembak mati
dan tengkoraknya di pamerkan di sini… Tiket masuk ke taman buaya ini RM16 utk
dewasa dan RM8 utk kanak2..... kawasannya agak luas, semput juga den nak mengabiskan lawatan ke taman buaya ni....
Melalui Serian mengambil masa
kira 1 ½ jam sejauh 90 km, aku ke TEBEDU, sempadan yang memisahkan Serawak dan Kalimantan Indonesia .
Sebenarnya aku tiada niat pun nak masuk ke seberang jiran… kerana aku telah
mendapat makluman dan dimaklum oleh beberapa orang bahawa untuk memasuki ke memerlukan passport. So selepas packing kereta
aku bersama anak2 dan suami berjalan menuju ke pintu jeriji… saja2 nak snap beberapa
foto yang tertulis IMIGRESIN TEPEDU.
Kalau korang nak tau, aku ni
kekadang ramah tak bertempat….huhuhu…saja2 menghampiri seorang petugas menjaga
pintu jeriji…. “Nak masuk ke sempadan sana
tu sekarang kena guna pasport ke, boleh tak kalau masuk menggunakan pas kelompok…”
sambil memimpin si comel yang berusia 3 tahun bersama anak perempuan aku…..
Jeng..jeng..jeng…Kita orang
dibenarkan masuk dengan membawa kenderaan sewa tanpa passport…. Macam pelik jeee….kan….sbb
yang aku tahu kenderaan sewa dilarang masuk melepasi pagar jeriji, pengunjung
perlu menapak menuju ke perkarangan Imigresin Tepedu – Intikong. Buat selemba
blee je kita orang masuk dan bershopping2 kat sana … Alhamdulillah…baliknya pun tiada
peperiksaan…. Tapi yang bestnya, pegawai kastam tu pun macam hairan and
terpinga2…sbb macam mana kita orag boleh lepas 3 pintu pemeriksaan pergi dan
balik…. Huhuhu…. (Sebenarnya kita orang pun rasa mcam pelik jugak…hahahha…) Tapi korang jangan buat.... sbb, itu dah kira pendatang tanpa izin.... kalau tertangkap...nyayo je....
Kat sini yang aku rasa kurang
sikit ialah Papan Tanda Jalan…menjajau2 cari jalan…mujur ada GPRS…. (Guna fon
je)…tapi ok lah juga…aku rasa sebab tu orang kat sini ramah2 belaka …Morel and story....dia suruh
kita bertanya kalau tak nak sesat jalan…. …agaknya la....
Malam aku bawa anak2 bersiar2 di
sepanjang sungai Serawak…. Pemandang waktu malam di sini sangat cantik dan
menarik, korang boleh lihat Bangunan Dewan Undangan Negeri Serawak… Tapi sorry
lah sbb tak dapat snep gambar…beteri fon dah kong…di sepanjang tepian sungai ni
ramai penyanyi jalanan… macam2 usia ada....ada yang boleh tahan... sedap juga
suara artis jalanan ni…
Kalau ke Serawak jangan lupa
membeli Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis Serawak…. Memang ia sangat popular, rasanya
tak sah kalau tidak di jadikan oleh2 untuk di bawa pulang…. Korang boleh
belinya di PASAR KUBAH RIA, pasar ni terletak di jalan Satok di seberang sungai
Serawak. Di sini banyak pilihan dan murah2 lagi… Macam2 buah2an yang jarang terdapat di semenanjung ada dijual di sini… ulat gendon pun ada ….ergg..
Setelah dua hari mencari Mee
Kolok…akhirnya tercapai jua hajat suami aku…sebenarnya Mee Kolok ni sesalu
disebut oleh orang2 yang bukan berasal dari Serawak Di Serawak, Mee Kolok menjadi makanan 1
Serawak….Rasa kuahnya lebih kurang mcm Bakso je…Cuma Bakso ada rasa cuka sikit/
rasa masam2 sikit….Selain Mee Kolok, Laksa Serawak juga popular di sini.
Dah namapun KUCHING... kalau ke sini tak sah rasanya kalau tak bergambar di TUGU KUCING…..sangat comey…. meow meow …
Antara tempat yang boleh di kunjungi ialah di Indian Street Mall... kat sini banyak terjual pakaian dan cenderahati...
Antara bangunan lama yang masih dikekalkan...