Kembali bersama, kali ni aku nak story sikit tentang
percutian aku selama 5 hari 4 malam di Jakarta –
Bandung (1 – 5
Mac 2014). Pada mulanya aku rasakan macam terlalu lama tapi bila dah berada di
sama terlau singkat pulak….hihihi..
Jam 10.40 pagi dari LCCT, penerbangan mengambil masa kira2 1
jam 40 minit tiba di Lapangan Terbang Jakarta .
HARI PERTAMA – Dataran Menara Monas
Setibanya kami (seramai 4 orang) telah di sambut oleh Pak
Supir. Untuk makluman korang, kali ni kita orang tidak ambil pakej percutian,
tapi semuanya tempah secara on line transport dan hotel sahaja…tapi memang save
badjet seorang RM300 sahaja untuk 5 hari 4 malam termasuk tekit masuk ke Taman
Wisata Alam Gn. Tangkuban Perahu.
Cuaca tibanya kita orang agak ok, sebab pak supir maklumkan
2, 3 hari sebelum ketibaan kita orang Jakarta hujan dan ada disesetangah tempat
banjir… berbanding di Malaysia, pada ketika ini kemarau yang amat ketara.
Petang tu kita orang meronda di sekitar Bandar Jakarta,
tampat pertama yang kita orang teringin nak pergi sangat ialah WTC Mangga Dua.
Tapi sayang, 4 tahun lepas pasar raya ini merupakan antara komplek membeli
belah yang sangat popular di Jakarta. Kini WTC Mangga Dua dah tak semeriah
dulu, kedai2 dah banyak tutup, sepi dan sunyi…menurut pekerja yang berkerja
disitu, kedai2 di situ telah berpindah ke Mangga Dua Square .
Tempat seterusnya, kita orang bersantai2 di Dataran Menara
Monas, tingginya hanya 137 meter, ada yang kata di atas Menara Monas ni ada
emas…tapi tak tau lah betul atau pun tak… kat sini lebih kurang macam pasar
malam je tapi kena pandai tawar menawar….
Malam pertama kita orang di hotel badjet iaitu Twins Hotel,
murah je lebih kurang RM50 1 malam…biliknya ok, sangat selesa dan siap ada
sarapan pagi…kat sini hotel memang murah2…(kalau korang nak pergi, boleh tempah
secara on line je….).
HARI KE DUA – Tanah Abang
Selepas sarapan pagi kita orang terus chek out, destanasi
hari kedua di Tanah Abang. Tanah Abang amat terkenal di sini bukan sahaja
menjadi tumpuan wanga tempatan tetapi juga menjadi tempat tarikan membeli belah
bagi pelancong luar Negara…. (macam aku le….huhuhu..).. Di sini pelbagai
barangan boleh di beli dengan harga borong, Tekstil atau kain ela dan pakainan berfesyen antara yang sangat
popular antaranya koleksi Pakaian Muslim dan kain sulaman yang pasti membuatkan
korang terpukau. Kalau korang nak tahu, harga barang di sini jauh lebih murah
berbanding di Bandung ….
So borong banyak2 di seni sebelum ke Bandung
kalau tak pasti kau orang menyesal….(Tip: Klau nak tawar tu biar harga hampir
separuh dari harga asal….cth : kalau harga Rp300,000.00 korang boleh tawar
sehingga Rp150,000.00 …cuba
jangan tak cuba …
kalau tak kasi bla lah, cari tempat lain…)
Sebelum chek in di bandung ,
kita orang tinjau2 di KartikaSari dan Amanda, katanya
sangat popular di sini… ermm..boleh tahan juga sedapnya Snacks, Cakes, Butter
Cookies dan macam2 lagi…boleh dijadikan oleh2 untuk di bawa pulang ke Malaysia ..
Di Bandung, kita orang bermalam di Mine Home Hotel selama 3
malam. Kat sini siap sarapan pagi. So tak yah lah susah2 nak cari sarapan pagi…
makan malam pun kita orang kat hotel ni, boleh tahan sedapnya, harga pun
berpatutan.
HARI KE TIGA – Pasar Baru dan Outlet
Pagi ni kita orang ke Pasar Baru, Bandung ….hampir setengah hari kita orang si
sini, sempat juga grap beberap helai kain sulam dan baju. Seperti yang aku
katakan tadi, di Tanah Abang lebih murah….tapi apa boleh buat dah sampai
Bandung, beli aja le…Tapi walau pun mahal sedikit… tapi jauh lebih murah
berbanding di Malaysia…kain sulam RM35 sahaja, jika di Malaysi di jual pada
harga RM130 – RM150 sepasang… kalau korang nak berniaga boleh le
sesangat….untung berganda2… Di sini bag/ tas tangan murah2… kualitinya boleh
tahan gred AAA super…katanya..(Tapi memang bagus tidak dinafikan..sebab aku pun
beli…)
Belah petang kita orang singgah di TOKO 3, terkenal dengan barangan Original Jeans… murah sikit je dariMalaysia …
Belah petang kita orang singgah di TOKO 3, terkenal dengan barangan Original Jeans… murah sikit je dari
Sepanjang pejalan balik hotel sempat lagi singah di Factory
Outlet, Jalan Riau Bandung. Di sini merupakan kawasan membeli belah di Bandung . Bagi yang
gemarkan berfesyen, disini boleh membeli belah barangan yang berjenama dengan
nilai yang hebat seperti pakaian dan barangan untuk kanak2, wanita mahupun
lelaki…Tapi korang juga diingatkan kerana barangan2 jenama 99% kemungkinan
besar palsu/tiruan.. pastikan bertanya terlebih dahulu sebelum beli…. Reka
bentuk setiap kedai di sini bagus dan sangat moden.
HARI KE EMPAT – Tangkuban Perahu
Seawal 9.50 pagi waktu Indonesia , kita orang bertolah ke
Taman Wisata Alam Gn. Tangkuban Perahu. Suasana di puncak sungguh meriah dengan
kehadiran pelancong dan juga penjajayang menjual pelbagai barangan
cenderahati.Udara ni sini agak sejuk dan di atas akan terhidu bau sulfur..jika
dilihat dari atas akan terlihat kepulan asap dan kawah beruap menandakan ianya
masih aktif. Jika korang nak ke kaki kawah gunung berapi, pastikan mendaftar
dan dapatkan hikmat pemandu pelancong dengan bayaran Rp300,000.00..untuk turun
ke kawah mengambil masa kira 30 minit berjalan kaki. Disini juga banyak gerai
menjual cenderahati seperti baju-T, rantai tasbih dll.
Petang kita orang singgah di Rumah Mode.. Cantik tempatnya…
ia juga seperti di Outlet yg lain. Menjual barangan dan pakaian, ada juga
terdapat tempat untuk menjamu selera.
Setelah hampir 4 hari 4 malam… time kita orang mengemas
barang….huhuhu…macam mana bag ni boleh beranak….pergi 1 balik 3… tu pun ada
lagi yang nak di beli….
HARI KE LIMA
Selepas sarapan kita orang bergerak ke Lapangan Bandar Utara
Husein Sastranegara Bandung. Berlepas dari Bandung jam 1 tgh selamat sampai LCCT jam
3.20 petang.
Percutian
Badjet:
Tiket Kapal Terbang – On line Air Asia ( Time ada oper, dlm
RM300)
Transport – HAYUKA Transport (Boleh melalui FB)
Hotel – On line (Twints Hotel, Jakarta
dan Mine Home Hotel, bandung )
(Total utk transport dan hotel dalam RM300 untuk 5 hari 4
malam)
Murah tapi berbaloi…
Sekian.