Bahagian 3
Assalamualaikum,
Perjalanan kami menuju ke Tanah Rata, Cameron Highlands dari hentian Tapah mengambil masa kira 2 jam... sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan pohonan yang menghijau. pagi itu cuaca agak sejuk, kelihatan berkabus.
Pada jam 3.30 petang kita orang baru check in hotel. Jadual kita orang pada sebelah petang yang sepatutnya ke Ladang The Boh terpaksa di ubah berikutan hujan lebat. Cuaca di sini sangat sejuk. Kami telah dimaklumkan, di sini sudah hampir seminggu hujun turun, dan hasil maklumat yang kita orang terima, satu tragedi banjir lumpur telah berlaku mengakibatkan 80 buah rumah di pinggir Sungai Bertam dibawa arus deras dan 4 orang maut berikutan Empangan di Ringlet Cameron Highlands melepaskan air. Syukur Alhamdulillah kita orang selamat dan tidak berada di kawasan kejadian itu.
Makan kita orang Stem bot telah disediakan oleh pihak hotel (termasuk dalam pakej hotel). Memang mewah, tak larat kita orang nak perabiskan.
Pada sebelah malam, sebelum memulakan aktiviti kita orang telah mengadakan satu majlis bacaan tahlil kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir lumpur di Cameron Highlands.
Aktiviti telah di adakan dengan pelbagai krativiti kumpulan peserta. Persembahan yang di persembahankan adalah secara spontan tanpa. Belbagai ragam yang mencuit hati, semua peserta sporting and memberikan kerjasama yang baik. Tujuan aktiviti ini di adakan adalah supaya para peserta boleh enjoy and happy... melupakan and merehatkan minda seketika dari kesebukan tugas yang bertimbun2 di pejabat. (suka hati aku je kan.....) ... positifnya...supaya program ini dapat mengeratkah lagi siratulrahim, membena semangat kerjasama sepasukan.
Kat sini, macam2 cendera hati yang boleh korang pilih, maunya bebilau biji mata nak memilih.... (macam2 ado.... murah je...tapi kena pandai seway dulu)

Kat sini memang terkenal dengan sayur2 yang segar bugar.... geram... macam nak angkut semua je... (beli kobes baru RM5, sebesar2nya.... bergolek2 dlm bas mcm bola... hehehe... macam2 hal..
Hutan Lipur Lata Iskandar
Haaa...ni lah empangannya.... yang mengorbankan 4 orang nyawa... airnya kuning/...akibat dari akibat dari pembukaan ladang dan pembalakan....mangakibatkan banjir lumpur...
Ikuti bahagian seterusnya...