Haiii…. semalam aku berpeluang
dan tertunai sudah hajat aku untuk ke Legoland….. apa taknya...kan Legoland merupakan taman tema Legoland yang
pertama pernah dibuka di Asia, sebagai rakyat Malaysia terasa rugi jika tidak dapat masuk ke situ...
Sampai je di Legoland, kami seramai 40 orang (terdiri Pegawai PPD Kulai dan guru2 Daerah Kulai) telah disambut oleh petugas Legoland. Di “mindstorms” kita orang telah diberi taklimat secara rengkas…. dan kita orang telah di beri baucer makan bernilai RM30 setiap seorang.
Sampai je di Legoland, kami seramai 40 orang (terdiri Pegawai PPD Kulai dan guru2 Daerah Kulai) telah disambut oleh petugas Legoland. Di “mindstorms” kita orang telah diberi taklimat secara rengkas…. dan kita orang telah di beri baucer makan bernilai RM30 setiap seorang.
Kemudian di ‘Interactive Lego” kita orang berpeluang membina pelbagai bentuk
bangunan yang tinggi mencakar langit... yang bestnya model yang di bina boleh
di uji ketahanan dan ke kukuhan benaannya.
Di sini pula kalau bawa anak2 pasti mereka akan seronok....kerana di sini mereka
boleh membina pelbagai bentuk kenderaan dan boleh di uji tahap kelajuannya.... hehehh
aku pun buat juga tau.... tapi takllah secantik mana..tapi bolehhh..
Kalau korang masuk di "Lego Mindstorms", kau orang akan
berpeluang bermain dan menguji kepintaran bermain robot dengan mengunakan
komputer,,,
Tak cukup dengan tu konon..... nak yang lebih mencabar.... hahhhhah..
naiklah “Project XXX” fuhhh... macam
mati hidup semula weee.... punyalah laju.... menjerit sekuatnya...mengigil kaki
wayy bila turun... ....
"Miniland" banyak Reptika bangunan2 sejarah dan menjadi merju tanda sangat cantik dan menarik... rugi kalau kau orang tak tengok,.....kalau korang pergi jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini...
Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan Mughal di dalam memori isteri beliau. Ia dianggap sebagai sebuah karya seni bina Mughal. Ia mengambil masa lebih dua puluh tahun untuk membina dengan menggunakan beribu-ribu orang pekerja.
Wat Arun adalah Kuil Budha yang terdapat di sungai Chao Pharaya di Bangkok. Wat Arun bermaksud "Kuil Dawn" ia dibina pada abad ke-19 dan ia dihiasi dengan kerang dan kepingan porselin yang digunakan sebangai ballast dalam bot dari Negara China.
Karawak Hall tongkang gergasi terletak di tepi Tasik Kandawgyi di Yangon, Myanmar. Ia diilham oleh baj diraja purba: perkataan "Karaweik" berasal dari mitos nama burung. Di dalamnya sebuat restoran yang besar di mana tetamu boleh melihat kraf tradisional dan tarian.
Pelabuhan yang merupakan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia ini terletak di lokasi yang strategic iaitu di pertembungan laluan utama kapal dai Timur dan Barat. Pelabuhan ini terletak di muara Sungai Pulai di kawasan Baat Daya Johor, PTP ialah pelabuhan laut dalam tertutup dengan kedalaman 14-19 meter.
Masjid indah yang dibina di atas Tanah perkuburan Melayu yang pertama di Bandar. Belakang masjid, terletak kombinasi Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana sebelum ini dikenali sebagai Sungai Lumpur, yang bermaksud "Sungai berlumpur".
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu bangunan tertua di Kuala Lumpur dan paling unik untuk di rakam. Pada tahun 1957, bendera Malaysia telah dinaikan buat pertama kalinya di hadapan bangunan ini.
Tak sempat nak explore semua tempat…
Overall, memang enjoy di Legoland Malaysia walaupun cuaca berjerebu and bahangnya agak panas.. kalau korang nak percutian seisi keluarga especially yang ada anak kecil (3-12 tahun).. kat sini memang sesuai…kalau rating aku bagi 9/10 (1 tu tolak sebab tak siap sepenuhnya : iaitu taman teman airnya)
Jika ada kesempatan…dilain kali
pasti aku akan pergi lagi ke sini bersama keluaga dan anak2…. Pasti mereka
seronok dan gembira….
.....