*

Saturday, 18 May 2013

Cara Tukar Anak Panah Mouse Kepada Cursor Bentuk Lain

 
 
Assalamualaikum..

Dah bosan dengan cursor anak panah di Blog korang...apa kata korang cuba tukar pada cursor yang lain pulak..


1. Pilih la cursor yang diminati kat
Totallyfreecursor atau egobox
dan pilih cursor.

2. Klik cursor yang disukai dan dapatkan kod. Bila dah dapat, masuk ke ruangan Layout.

3. Klik pada Add Gadget dan pilih add HTML/JavaScript

4. Kemudian copy dan paste code cursor yang telah dipilih dalam ruangan add gadget.

5. Preview dulu. Kemudian Save.






Nuffnang Ads




 








Tuesday, 14 May 2013

8 sebab suami cari lain & 10 tips menangani masalah

 
 
Assalaamualaikum..

Kat sini aku nak kongsi kat kau orang tentang kenapa lelaki suka cari perempuan lain? Terutamanya para isteri tu, alahai…bagi yang dah terkena tu…jangan menyalahkan orang lain, apa kata kau orang tengok perangai diri sendiri. Bukan nak mengata orang lah… aku pun sentiasa berpesan pada diri sendiri….

 
Berpelajaran tinggi belum tentu budi bahasa dan akhlaknya tinggi. Silap2 orang pandang macam bawah kaki je… Tu lah…kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Cuba kau orang (termasuk aku) chek balik diri …. Ada tak ciri2 ini…kalau ada ubah2 lah ye….sebelum terlambat…

 
 

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Lelaki memang pantang dicabar. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! JANGAN CABAR LAKI… nanti laki buat betul-betul, padan muka.. juga putih mata…merana sengsara lah jawabnya…

 

C2. CABUL

Cabul ni ini bukan cabul yang itu (ala…cabul ni bukan kes g raba2 tu) tapi cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan  dan tutur kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua… Ingat…mertua tu sama macam ibubapa kita…

 

C3. CELUPAR

Wanita yang cantik manapun kalau mulut celupar nampak hodoh. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Bergurau berpada2 jangan sampai tahap celupar ye…

 

C4. COMOT

Kalau harap muka je cantik tapi comot, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya pun selekeh… laki tengok pun tak de selera.Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. Time keluar berjalan baru nak mekap… Tu untunglah kalau berjalan nak bermekap… ni muka macam baru bangun tidur… malu laki nak jalan sama… macam jalan dengan makcik2 je… Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel-comel je… ermmm

 

C5. CEMBURU

Cemburu tu memang perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi jangan terlampau cemburu. Wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja… Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan…Masa  dah mula hilang kepercayaan kat suami… king control …tu yang laki cabut lari…

 

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Jangan asik nak membebel je… lepas tu muka merusu-rusu… buruk perangai..

 

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, jaga anak cincai, kemas rumah cincai. Paling tak pun kat rumah tu hiaslah sikit… ni lapang macam padang bola….dan satu lagi suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

 

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan lelaki benci kerana situasi sebegini. Nak keluar pergi beli ikan jer pun tapi bersiap macam nak buat konsert.

 

Perhubungan rumahtangga itu penting dan perlu dijaga dengan kukuh kerana perkahwinan itu sangat mulia. Kesihatan pun kena jaga… makan vitamin yang boleh membantu kekesihatan diri… macam2 produk ada sekarang ni…. Barulah laki nampak ummmm….

 
https://www.youtube.com/watch?v=mfYmde4NZ4M&list=LLBijc3M7wy-TuBSG6EtKRpg&feature=mh_lolz
 
 
 
 

TIPS ATASI MASALAH DIRI/PERHUBUNGAN

 

Bila dah terkena tu belajar2lah muhasabah diri, jangan mengeluh dan memaki2 macam orang lupa diri. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-pada la kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa adalah yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita  matang dan ingat kesilapan diri. Kekadang tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan… semak diri sendiri…bukannya kita ni baik sangatpun…tapi sekurang2nya kita bersikap professional dan bijak menanganinya…

1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.

2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah dok menyalahkan orang lain je setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita.

3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, ucapkan alhamdullilah.

4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.

5. Jadi pendengar yang baik
Cuba jadi pendengar pada masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.

6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha.

7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri.

8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan.

9. Dekatkan diri dengan tuhan
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan tuhan. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah.

10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat lah berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan2 juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita.

 

Haaa… panjang lebo..kan… aku harap info yang aku kongsini sedikit sebanyak dapat membantu korang…. Ok jangan gaduh2… tapi sesekali gadoh best juga….romentik…