Assalaammualaikum… kali ni aku
nak ajak kau orang meninjau2 Pandan
City . Berjalan aja lah kan …
Kalau kau orang nak tau, dari apa yang aku nampak… Pandan City ni ada beberapa
bahagian, antaranya Pasar Borong Pandan, Rumah kedai, Bazar Pandan & Pandan
Uptown.
Kat sini macam-macam ada dijual. Produk pakaian, jamu & ubatan dan makanan dan pelbagai mainan. Bukan setakat orang sekitar JB aja yang datang, malah orang seberang tambak (Singapore ) pun suka ke sini. Sebab macam2 ada.....
Kat sini kalau kau orang lapar tak perlu risau sbb banyak gerai makan yang tersedia. Macam2 menu makanan yang tersedia...tinggal oder je....
Kalau ke sini, menu utama aku ialah Roti Nan & Satay...
memang sedap. cubalah....
Tapi ada yang aku tak suka..... tahap kebersihannya....
kurang memuaskan...sampah bersepah merata tampat.
Kalau kau orang nak selesa...kau orang bpleh makan di Pandan Uptown, kat sini boleh di katakana bersih lah juga...
makan lebih selesa....
Aku selalu juga ke sini, tapi tak masuk pun pasar basahnya (Pasar Borong Pandan) .... malas nak berbecak2, susah nak bawa si manja aku ni..... biasanya my hubby je yang masuk, aku tunggu dalam kereta.
Pasar Borong Pandan (pasar basah)... sempat juga aku snap...tapi dari jauh je...Nanti kalau aku ke sini lagi aku akan buat entry pasal Pasar Borong Pandan pula ye…. ok byyy...