Assalammualaikum,
Diam tak diam dah 12 tahun usia perkahwinan aku. Tahun ni
destanasi percutian ku di Glory Beach Resort, Port Dickson.. (Berbulan madulah kononnya...hehheeheh)
2 Jun 2012, dari toll kulaijaya jam 10 pagi, singgah
sebentar makan tenggahari di Hentian Machap, Simpang Rengam. Sampai di Glory
Beach Resort kira-kira jam 3.10 petang. Peaghh… ramai yang nak check
in. Kebetulan pula cuti persekolahan penggal ke dua umum sempena Hari
Keputeraan Y.Di-Pertuan Agong, tu yang ramai, bersesak-sesak.
Waahh.. anak bujang aku dah tak sabar nak terjun dalam kolam
renang, terpaksalah ayahnya yang menayan. Layannn….. jam 5.30 petang baru turun mandi-manda,
melayan anak-anak aku. Punyalah ramainya… nak mandipun …..eergghh….
3 Jun 2012, 7.30 pagi. sarapan & mandi laut. Wah.. punyalah seronok anak-anak aku, naik pelampung pencil,
pusing pulau...
Check Out jam 12.00 tengahari.
Ta ta...jumpa lagi..