Aku nak story sikit sepanjang aku
melancong di Vietnam
3 hari 2 malam.
Kita orang seramai 6 orang berlepas dari LCCT Kuala Lumpur jam
2.45 petang dan sampai di Lapangan Terbang
Ho Chi Minh City, Vietnam
jam 4.20 petang. Penerbangan kira-kira 1 jam 35 minit sahaja. Setibanya di
Lapangan Terbang Ho Chi Minh City kita orang telah disambut oleh pemandu
pelancong di puntu ketibaan.
Kita orang telah
di bawa berjalan-jalan sekitar Bandar Ho Chi Minh City (HCMC) atau dikenali
juga dengan nama Saigon merupakan satu tempat
yang amat menarik untuk dilawati. Apabila kita melihat sekeliling seolah-olah
kita lupa bahawa Negara ini pernah musnah di kencah peperang. Actually bandar diorang dah pesat membangun begitu
juga dengan petumbuhan ekonominya. Infalasi di
Viet Nam adalah yang tertinggi.
Oleh kerana gaji dan upah di Negara ini terlalu rendah maka rakyat Viet
Nam tidak mampu
menanggung kos sara hidup yang semangkin tinggi.
Kebanyakan penduduk di Viet Nam
menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama dia orang. Sepanjang
perjalanan yang kita orang lihat, jalan raya amat sesak. Tapi yang hairannya sepanjang dalam
perjalan tak de pulak yang accident walaupun kenderaan bersempang siur dan
berasak-asak lalu di jalan raya.
Makan malam kita orang di Sai Gon Seri Penang (Makanan Halal). Kita orang Check In di Hoang Phu
Gia Hotel. Yang bestnya bila melancong kat luar negara ni kota orang di layan orang-orang kaya pulak.
Ialah, apa tak nya kat sini kita orang jadi jutawan… heheheh… tempat tinggal dan makan semuanya ekslusif.
(makan minum, pengangkutan dan hotel semuanya termasuk
dalam pakej).
Hari ke dua: Selepas sarapan pagi kita orang
di bawa melawat ke tempat bersejarah, Chu Chi Tunnels tempat peninggalan perang
Vietnam-Amerika (ermmm…Negara akupun ada sejarah tersendiri) Tapi dah termasuk
dalam pakej, layan je le… kat sini ada bermacam-macam cenderahati. Ada juga aku beli boom tangan,
peluru senapang, peluru pistol (pemetik api) dan Jet Perang (semua di perbuat dari
tembaga), tapi sayang semuanya kena rampas semasa di Imigresen. Rugi..rugi…kalau kau orang pergi ... jangan beli benda-benda tu..
Selepas makan tengahari di Bon Mua, Nha
Hang. kita orang singgah di Musulmane Mosquee untuk bersolat.
. Dong Du StreetSebelah petang pula kita orang di bawa membeli belah di sekitar Ho Chi Minh City (HCMC). HCMC sudah mula dikenali ramai sebagai syurga membeli belah seperti Indonesia. Antara tempat yang kita orang ber shopping di kedai Ustazah Hjh. Basiroh Hj. Aly, Daina’s collection dan Ben Thanh Market Saigon. Harga barangan yang sangat berpatutan disamping kualiti yang ternyata baik jika dibandingkan dengan barangan-barangan dari Negara Chinadan Indonesia, di Viet Nam memang murah dan berbaloi
Penduduk di Viet Nam ni apa-apa kerjapun dia orang buat, yang penting boleh mendapatkan duit. cuba tengok gambar yang aku rakamkan ini... mulanya aku tak terfikirpun, tapi rupa-rupanya dengan timbang disisinya dia boleh mendapat pendapatan...
Makan malam kita orang di Sai Gon Seri Penang, masakan di restoran ini memang sedap…
Hari ke tiga: Selepas sarapan pagi kita
orang bertolak ke Mekong Delta. Perjalanan ke sana kira-kira 2 jam 30 minit dengan menaiki
bot..Makan tengah hari kita orang di Halal Mekong.
Bergerak semula ke HCMC, bersolat di Musulmane Mosquee kemudian kita orang dibawa
juga ke tempat-tempat membeli belah di Cho Bent Tay Market yang biasanya hanya
diketahui oleh orang tempatan di mana harga adalah lebih murah dan terdapat
barangan-barangan yang unik dan tidak didapati di tempat-tempat lain.
Jam 8 malam kita orang dah berkumpul untuk
pulang ke Malaysia.
Good by Viet Nam...
Kita orang selamat berlepas dari Lapangan Ho Chi Minh City
ke LCCT Kuala Lumpur jam 11.45 malam..
Walaupun seronok melancong di negara orang, Malaysia tetap di hati..