Cerita pasal bandar Kukup ni, sebenarnya aku dah lama tidak ke bandar Kukup walaupun aku selalu balik ke Kg Penerok tapi tak pernah sampai betul-betul di jeti Kukup. Pada 7 November 2011 kebetulan cuti hari raya haji, aku berkesempatan ke bandar Kukup, sekarang berbeza dari 20 tahun yang lalu dah adalah perubahan, jetinya pun dah baru, selesa untuk digunakan oleh pengunjung.




![]() ![]() |


Dari jeti Kukup anda boleh ke Pulau Karimun , di Indonesia dan lain-lain . Jika ingin menikmati keindahan hutan pokok bakau dan meninjau kehidupan nelayan pantai anda boleh menyewa Bot pancung di jeti Kukup. Pemandangan di bandar pada Kukup waktu senja cukup menarik kerana matahari yang terbenam perlahan-lahan dengan suasana perkampungan nelayan anda pasti terpegun.