*

Friday, 2 May 2014

Bercuti di SABAH - 4H3M


Assalamualaikum,


26 - 29 April 2014 aku baru je bercuti di Sabah, negeri di bawah bayu…ketibaan jam 9.45 pagi, kita orang seramai 10 orang (9 dewasa, 1 kanak-kanak) di Lapangan Terbang Kota Kinabalu telah disambut oleh pak supir dengan sebuah Van (Abg Jo). Kita orang terus bergerak ke Kundasang melalui Tuaran. Walaupun jarak antara KK ke kundasang lebih kurang 100 km tapi perjalanan ke Kundasang mengambil masa kira2 2 jam. Sepanjang pejalanan penuh berliku, kita orang dapat menikmati pemandangan gunung-ganang yang cantik, dengan perkampungan/rumah2 yg di bina di lereng2 gunung…memang sangat indah. Dari jauh telah kelihatan puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia. Tengah hari kita orang menjamu selera di Pekan Kundasang…



















“TAGAL” SG MOROLI, KG LAUNTI BARU
Seterusnya perjalanan kita orang ke Kg Launti, Ranau, tempat urutan ikan. Tiket masuk RM5.00 untuk dewasa. Pada mulanya aku membayangkan anak2 ikan kecil je …rupanya ikan besar2, ada yang sebesar lebih setapak tangan….kita orang dapat rasakan ikan2 ini bermain2 di kaki, Nampak je jinak tapi tak boleh ditangkap pun...










SABAH TEA GARDEN

Kita orang singah di kebun Teh, kalau korang ke sini, boleh minum teh sambil menikmati pemandangan Ladang Teh yang menghijau…. Redup mata memandang, ketenangan pasti menjelma….





AIR PANAS PORING
Untuk masuk ke sini di kenanakan bayaran hanya RM3.00 sahaja untuk dewasa, aku rasa sangat murah sebab pemandangan dan air terjunnya sangat cantik, terdapat juga kolam renang untuk dewasa dan kanak2… lengkap dengan tandas untuk kemudahan awam.







MILE 36 LODGE
Di Kundasang kita orang menginap di Mile 36 Lodge. Resort ini terletak tidak jauh dari Kinabalu Park. Ketinggian di sini hampir 1563.8m. Kalau kau orang inginkan suasana pergunungan, aku syor kan menginap di sini…sebab korang akan dapat menikmati pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas dan sangat dekat, waktu malam diselubungi dengan kabus tebal. Sewaktu kita orang di sini, suhu sejuk mencecah 18cc, memang sangat sejuk. Dengan kesunyian malam yang damai, korang boleh menikmati bunyian ungas, burung2 dan penghuni rimba sahut menyapa. Sememangnya satu kelainan yang dapat dirasai bagi pencinta alam…





















DESA DAILY FARM / DESA LEMBU
Hari ke 2 – Selepas sarapan, kita orang terus bergerak ke Desa Lembu. Bayang yang di kenakan RM4.00 untuk dewasa. Kalau korang nak ke sini aku nasihatkan kena pergi seawal pagi, sebab jika pergi lewat, korang akan terlepas merakamkan gambar puncak Gunung Kinabalu, jam 8.30 pagi kebus tebal mula menutupi gunung. (Ladang lembu berlatar belakangkan Gunung Kinabalu….) rasa terkilan juga sebab aku sampai sini jam 9 pagi…. Tapi apa2 pun gambar yang aku rakam tetap cantik, macam di over see je….








KUNDASANG WAR MEMORIAL
Salah satu tempat yang boleh dilawati ialah Kundasang War Memorial. Di buka Isnin hingga Ahad, 9.00 pagi hingga 5.00 petang.











KINABALU PARK / TAMAN KINABALU
Di buka jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Ketinggian di sini 1563.8m. Tapi sekiranya korang hendak ke puncak gunung, haruslah bermalam di Laban Rata. Ketinggian di puncak ialah 4085.2m.


RUMAH TERBALIK
Dalam perjalanan balik kita orang singgah di Rumah Terbalik. Untuk masuk kesini di kenakan bayaran sebanyak RM10.00 dewasa. Kita orang dapat menyaksikan rumah yang di bina dalam keadaan terbalik. Tapi pelawat dibenarkan merakam gambar di dalam rumah.

















TUNKU ABDUL RAHMAN MARINE PARK / TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN
(Manukan, Mamutik, Sapi, Sulung, Gaya)

Hari ke 3 – kita orang ke Pulau Makukan dan Pulau Mamutik. Pulau dan pantainya memang sangat cantik….di pesisiran pantai kota orang boleh mandi sambil melihat ikan yang berenang2. Rugi rasanya kalau ke pulau2 ini tidak terokai terubu karang sambil berenang2 bersama ikan…. Sungguh indah ciptaanNya….























.
Untuk ke pulau2 ini boleh dapatkan Tiket Ferry di Jati Terminal..
1 pulau @ RM23/dewasa, RM18/kanak-kanak, di bawah 3 tahun FREE kecuali Pulau Gaya.
2 pulau @ RM33/dewasa, RM23/kanak-kanak, di bawah 3 tahun FREE kecuali Pulau Gaya
3 pulau @ RM43/dewasa, RM30/kanak-kanak, di bawah 3 tahun FREE kecuali Pulau Gaya
4 pulau @ RM53/dewasa, RM38/kanak-kanak, di bawah 3 tahun FREE kecuali Pulau Gaya
(bayaran tidak termasuk Yuran Jeti RM7.20/dewasa dan RM3.60/kanak-kanak)
- untuk peralatan Snorkeling RM15 setiap set (snorkel, topeng, life Jackert)



PASAR FILIPINA
Hari ke 4 – pagi kita orang ke Pasar Filipina, kat sini macam2 ada, dari barangan kering hingga barangan basah.













MUTIARA
Kalau ke sini, Mutiara adalah salah satu centerahati yang sangat popular…ada 2 jenis Mutiara, Mutiara air masin dan Mutiara air tawar…Mutiara air masin lebih mahal berbanding dengan Mutiara air tawar. Apa yang difahamkan, Mutiara air masin lebih cantik bentuknya dan kualitinya jauh lebih baik.












Selamat sampai ke Lapangan Terbang Senai jam 7.35 malam.


Kos percutian/seorang
Tiket Flight                             : RM125.00
Transport  dan  Penginapan    : RM300.00
Jumlah                                       RM425.00

Kos yang murah tapi berbaloi…




Lagi tentang SABAH

Bercuti Ke Sabah bersama family (Kota Kinabalu & Kundasang)