*

Tuesday, 10 July 2018

LADY BIKERS TOURISM JOHOR RIDE 2018




LADY BIKERS TOURISM JOHOR RIDE 2018

Assalamualaikum, hai semua…, kali ni aku nak story pasal aktiviti yang aku join 6-8 Julai 2018. Lady Bikers Tourism Johor Ride  2018, aku rasa ini adalah event bikers yang terbesar dan terbaik yang pernah aku sertai.   First aku nk ucapkan setinggi2 jutaan terima kasih  pada puan Asikin Lady Bikers Johor yang contact aku untuk sertai event ini dan Mama Maznah Lady Bikers KL yang memberi aku peluang untuk aku turut serta dalam event yang aku rasa cukup gah,  Tq tq tq….. muahhh.

Event selama tiga hari ini membabitkan convoi 108 bikers  berkuasa tinggi yang disertai dari seluruh negara termasuk Brunei dengan jarak rider sejauh 1,000 kilometer. 

Sepanjang program ini kita orang singgah di pelbagai lokasi pelancongan sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar bertujuan mempelbagaikan lagi tarikan pelancongan Negeri Johor selain membangunkan pakej pelancongan bagi aktiviti bermotosikal. Yang paling teruja kita orang dapat singgah di Istana Pasir Pelangi dan bersarapan pagi  bersama Tuanku Sultan Ibrahim, Tuanku turut berkenan merakam gambar kenangan bersama peserta convoi sebelum berangkat pulang.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga turut berkenan menyempurnakan majlis pelepasan Lady Bikers Tourism Ride '18 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 7 Julai 2018.

Sepanjang 3 hari 2 malam menyertai program ini banyak pengalaman yang aku rasa, debaran semangat yang membara, jiwa yang kental, berhujan berpanas, rider dalam kepenatan dan keletihan, demam sakit pening semua ku rasa. Menjadikan kami bersatu hati sentiasa berkerjasama dan berdisplin. Aku rasa memang best, sempoi, happy dan enjoy.…. Tq pada mama Maznah selaku pengurus event ini, semua Ajk, marshall, polis, medic, 4x4 abam pejoi dan abg zul resque yang telah bertungkus lumus menjayakan event ini. Sesungguhnya ia menjadi satu kenangan yang terindah buat aku serta semua yang turut serta. 





LBTJR2018 Itinerary
Jumaat 6 Julai 2018
07:00 AM : Lady Bikers tiba & berkumpul di Kementerian Pelancongan, Putrajaya
( Pastikan tangki minyak anda penuh )



09:00 AM : 
Pelepasan dari Putrajaya oleh Menteri Pelancongan Malaysia (atau Timb. Menteri Pelancongan) bersempena pra kempen 'Visit Malaysia Year 2020'

Fuel stop : 
RNR Jejantas Air Keroh (Petronas) 

Fuel Stop :
RNR Machap (Shell)



01:00 PM : 
🔹 Ketibaan konvoi di Puteri Harbour Marina, disambut oleh YB Exco Perlancongan Johor, Pengarah Tourism Johor dan Pengarah Urusan UEM Sunrise Sdn Bhd, diserikan dgn paluan kompang, bunga manggar dan persembahan kebudayaan. 

🥘 Jamuan tengahari disediakan oleh UEM Sunrise SB.





02:00 PM : 
🔹 Bergerak ke Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, JB
🔹 Bergerak ke Kompleks Yayasan Warisan Johor disambut oleh Pengarah Yayasan Warisan Johor.
Minum petang di Dapur Warisan.
bergambar di Stadium Tertutup JDT



🔹 Konvoi bergerak menuju ke Dataran Bandaraya Johor Bahru & Sesi bergambar di Dataran Bandaraya Johor Bahru 





🔷 Konvoi bergerak ke Laman Mahkota dan Laman Serene, Istana Bukit Serene ,JB
Refuel tank di Petronas Bukit Indah, JB ( ⚠ Pastikan tangki minyak penuh sebelum balik ke hotel⚠ )
05:30 PM : Check-in di Granada Hotel, JB 
07:30 PM : Makan malam( Lucky Draw, )






REST




Sabtu 7 Julai 2018

07:00 AM : Sarapan pagi and check-out


8:00 AM : 🔹 Konvoi bergerak diperkenan berarak memasuki ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru
Minum pagi disediakan
Pelepasan konvoi oleh Tuanku






10:00 AM : Konvoi bergerak menuju Laman MPJB ) Zero Miles, JB 



11:00 AM : 🔹 Konvoi bergerak menuju Muzium Tokoh, JB 



12:00 PM :🔹 Konvoi bergerak menuju ke Muzium Nelayan, Tanjung Balau, Desaru melalui Lebuhraya E22.


1:30 PM :🔹Konvoi tiba di Muzium Nelayan, Desaru 







02:00 PM : 🔹 Konvoi bergerak dan check-in ke Bayu Balai Resort, Desaru Jamuan tengahari disediakan (di taja oleh KEJORA )



07:30 PM: Bicara bersama Puan Anita Yusof  Glodal Dream Ride



08:00 PM :Dinner Bbq & Sesi Karaoke diraikan PBT Pengerang


REST


Ahad 8 Julai 2018
07:00 AM :Penyerahan kunci
08:00 AM : Sarapan pagi and check-out
09:00 AM : 🔹 Konvoi bergerak ke ELS Golf Club, Desaru 
Fuel stop : Bandar Penawar (Petronas), Desaru





10:30 AM : 🔹 Konvoi memasuki Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS ) menuju ke Muar.
Fuel stop : 
RNR Machap ( Petronas ). 
Exit di Tol Pagoh.
12:00 AM : 🔹 Konvoi tiba di Tanjung Emas, Muar. 
01:00 PM : Jamuan tengahari di rumah Pegawai Daerah Muar.
🔹Sesi bergambar di Mural Bangsa Johor 
🔹 Sesi bergambar Muar River Cruise, Tanjung Emas 






03:00 PM :🔹 Bergerak ke Desa Keroma Eco Resort, Muar 
🔹Minum petang dan penyerahan sijil oleh Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan serta majlis penutup dan pelepasan pulang.








  

04:00 PM :🔹 Ucapan penutup & pelepasan pulang ke KL oleh VVIP 

Fuel stop : 
RNR Ayer Keroh
 
ETA KL 07:00 PM

sekian.




Antara liputan media.




















Pautan yang berkaitan:

Sultan Johor sempurnakan pelepasan konvoi Lady Bikers Tourism ...

Sultan Ibrahim flags off Lady Bikers Tourism Ride | New Straits Times ...

Konvoi Lady Bikers promosi pelancongan di Johor - Komuniti - Utusan ...

Menarik!!! Lady Bikers Tourism Johor Ride 2018 - Portal Komuniti Satu ...

Sultan Johor sempurnakan pelepasan konvoi Lady Bikers Tourism ...

Program Lady Bikers Tourism Ride 2018... - Kementerian ... - Facebook

Sultan Johor lepaskan 108 penunggang Lady Bikers | Wilayah | Berita ...

 

 

 

 GELERI LBTJR2018

 

 



































































Laporan Event

Lady Bikers Tourism Johor Ride 18 telah diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Julai 2018 bermula dari Putrajaya membabitkan konvoi 108 penunggang wanita dari seluruh negari termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan serta Brunei Darussalam.

Konvoi membabitkan perjalanan sejauh 1,000 kilometer itu bermula dari Putrajaya, dan melibatkan penjelajahan ke 14 lokasi tarikan pelancongan di negeri Johor antaranya Marina Puteri Harbour, Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos Larkin, Kompleks Yayasan Warisan Johor, Dataran Bandaraya Johor Bahru, Laman Mahkota, Istana Pasir Pelangi, Muzium Tokoh, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Pantai Tanjung Balau, ELS Golf Club, Desaru, Muar River Cruise dan Desa Keroma Eco Resort, Muar.

Program anjuran Tourism Johor itu telah dilepaskan dari Putrajaya oleh YB Mohamaddin Ketapi Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.  Ketibaan konvoi di Puteri Harbour Marina, disambut oleh YB Exco Perlancongan Johor, Pengarah Tourism Johor dan Pengarah Urusan UEM Sunrise Sdn Bhd, diserikan dgn paluan kompang, bunga manggar dan persembahan kebudayaan. 

Konvoi berkenaan bermalam di Granada Hotel, JB. Majlis makan malam telah dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri  Mohd Khuzzan  Abu Bakar, Pengarah Tourism Johor Tuan Abdul Malik Ismail dan Ketua Lady Bikers merangkap Ketua Sekretariat Konvoi, Maznah Mohamad. 

Sementara itu, Liow menerusi kenyataan berkata objektif penganjuran program itu adalah bagi mempromosikan produk pelancongan Johor. Tourism Johor telah  melancarkan tiga pakej pelancongan permotoran negeri Johor untuk pakej tiga hari dua malam membabitkan tiga laluan.

1. Pakej pertama membabitkan laluan Putrajaya-Johor Bahru-Desaru- Kota Tinggi-Kluang-Muar-Putrajaya.
2. Pakej kedua membabitkan laluan Putrajaya-Muar-Batu Pahat-Putrajaya manakala
3. pakej ketiga, Putrajaya-Johor Bahru-Kluang-Segamat dan Putrajaya

Pada hari ke dua DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar seorang sultan yang berjiwa rakyat dan berjiwa bikers turut berkenan menyempurnakan majlis pelepasan Lady Bikers Tourism Ride '18 di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. Hadir sama pada majlis pelepasan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Ketua Lady Bikers merangkap Ketua Sekretariat Konvoi, serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri.

Konvoi bermalam di Bayu Balai Resort, Desaru dan para peserta berpeluang turut serta dalam program “Bicara Bersama Anita Yusuf” seorang ikon dan Lady Bikers eXprorer Global Dream Ride.

Konvoi hari terakhir memasuki Lebuhraya Utara-Selatan ( PLUS ) menuju ke Muar.

Majlis penyampaian sijil dan penutupan di Desa Keroma Eco Resort, Muar telah di sampaikan dan dilepaskan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahma Menteri Belia dan Sukan, seorang menteri yang sangat sporting dan sempoi.

Program ini julung kali dianjurkan kerajaan negeri melalui Tourism Johor merupakan kembara  yang melibatkan wanita berlatar belakang pelbagai profesion telah di mendapat perkenan dari seorang sultan dan disempurnakan oleh 2 menteri serta beberapa exco negeri menjadikan evant ini sangat hebat dan berprestij.

Berpunca dari idea bernas dan unik Pengarah Tourism Johor Tuan Abdul Malik Ismail dan di sokong oleh Exco wanita dan pelancongan negeri Johor YB Liow Cai Tung, di realisasikan oleh Ketua Lady Bikers merangkap Ketua Sekretariat Konvoi Maznah Mohamad serta ahli jawatan kuasa yang berpengalaman , staff-staff tourism, barisan Marshall yang hebat, barisan PDRM negeri Johor serta barisan peserta yang sangat berhemah telah menjadikan event ini sangat berjaya.

Sekian.


Create by Pujie