*

Wednesday, 30 August 2017

Gunung Belumut, Kluang, Johor



 
Assalamualaikum,
Kali ni aku nak bawa korang ke Gunung Belumut pulak. Bagi penduduk Daerah Kluang memang taka sing bagi mereka kerana tempat ni merupakan salah satu tempat beriadah  bagi penduduk setempat dan sekitarnya. Gunung Belumut yang terletak kira-kira 18 kilometer di timur Kluang ialah gunung ketiga tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter, sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.

Jam 7 pagi kita orang telah berkumpul dikaki gunung. Memandangkan waktu pagi itu hujan lebat pendakian ditunda hingga jam 8 pagi. Memandangkan kita orang kena turun kaki gunung sebelum jam 5 petang kerana sekiranya lewat pendaki akan dikenakan denda RM50 bagi setiap kumpulan. Kita orang teruskan juga mendaki walaupun dalam hujan lebat. laluan agak mencabar kerana keadaan treck yang becak dan licin.

 
Biasalah bila hujan turun pacat pun memang menunggun mangsa. So kalau korang nak ke sini pastikan sapu losen untuk mencegah pacat kalau tak memang korang jadi mangsa attack pacat la... heeee macam aku kena...



Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau.So kalau korang sampai dibahagian atas gunung memang cantik, lumut tumbuh segar di batang-batang pokok dan batu.







 



Seperti hutan lain, kat sini juga terdapatnya harimau di gunung tau. Aku memeng tak berani la jalan sorang-sorang, kami sentiasa bergerak berkumpulan. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.





Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, ia juga terkenal dengan panggilan batu kerang kerana bentuknya juga seakan-akan kulit kerang. kalau nak sampai ke batu ni ambil masa dalam 2 jam.









 

Kita orang sampai di puncak gunung jam 12 tengah hari. Seeloknya bawalah makanan dan minuman kerana sampai di atas pasti korang akan kelaparan dan keletihan kerana pendakian mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai di puncak.












 Jam 1.15 kita orang mula menuruni gunung. Waktu turun aku memang tak berani berhenti lama kerana takut pacat akan hinggap di kaki. Selamat sampai di kaki gunung jam 4.30 petang. Walau bagaimana pun 2 orang lagi member aku sampai jam 5.30 petang kerana salah sorang rakan kami mengalami kecederaan di kaki.



Sekian.


Sunday, 6 August 2017

GUNUNG LAMBAK





Assalamualaikum, storry minggu ni aku daki Gunung Lambak.

Kalau korang tengok Gunung Lambak mudah dilihat dari Bandar kluang. Gunung Lambak mempunyai puncak berkembar sebab tu di panggil Gunung lamba. Ketinggiannya mencapai 510 meter.





Aku mulakan pendakian bermula jam 8.20 pagi dengan menaiki jalan berkonkrit lebih kurang 100 meter dan seterusnya mula mendaki anak tangga yang hadang dengan papan dan tanah. Lebih kurang 300m aku dah mula terasa penatnya sebab pendakian sudah semangkin mencabar, terpaksa mendaki melalui cerun yang tinggi, berbatu dan licin. Korang mendaki kena hati2 sebab tanah licin mudah terpeliset.



Keadaan pendakian yang curam hampir 95 darjah menegak memang menguji ketahanan minda, emosi dan fizikal yang kuat.







Sampai di puncak Gunung Lambak jam 9.30 pagi. Kalau korang sampai di puncak gunung korang boleh nampak menara penyiaran TV. Dipuncak juga ada disediakan pondok untuk korang berehat tapi kalau nak makan kenalah berhati2 sebab banyak monyet. Bag, makanan or fon kena la berhati2 takut dirampas monyet2 yang memang tak takut pengan pengunjung.   










Lebih kurang 1 ½ aku berehat dan bersantai2 di puncak aku mula menuruni gunung. Mengigil kepala lutut beb... sebab aku melalui jalan yang sama. Memang sepanjang perjalanan bercerun curam tiada jalan yang landai hanya akar2 kayu tempat berpaut. Perlukan perhatian dan tidak boleh cuai kerana bahaya sentiasa menanti.





 Sampai di 500 meter akhir aku melalui laluan balak yang tembus ke sebuah Resort Gunung Lambak (Tidak beroperasi lagi). Laluan disini agak landai tapi agak jauh.

Jam 12.15 aku selamat sampai di kaki Gunung Lambak. Pendakian yang best, kalau untuk traning Gunung Lambak la tempat yang paling sesusai sebab kat gunung ni semua ada, tanah licin, batu, akar kayu, pacat semua ada….

Selamat mendaki… yang penting kena kuat mental.