*

Wednesday, 29 May 2013

BENGKEL HRMIS SKT LNPT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KULAI

 

Assalamualaikum,

Hari ini 84% pegawai dan staff sokongan telah turut serta dalam Bengkel Hrmis SKT LNPT yang telah di adakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kulai bagi mengisi data Penilaian Prestasi Tahun 2013 manakala 16% tidak dapat hadir kerana terlibat dengan urusan rasmi lain. Bengkel ini telah di adakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor. Seramai 5 orang pegawai dari Jabatan Pelajaran Johor dan seorang Pembantu Tadbir dari SK Taman Sri Pulai telah turun padang bagi membantu melancarkan dalam pelaksanaan dan latihan kepada semua pegawai dan staff PPD Kulai. Pejabat Pelajaran Daerah Kulai merupakan antara daerah yang pertama megadakan bengkel ini.... dan akan di ikuti dengan daerah lain2 yang akan di adakan pada 30 Mei 2013, 3 Jun 2013 dan 4 Jun 2013.

Ucapan terima kasih terutamanya kepada Datin Hajah Hasnah binti Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya kerana memberi kebenaran dan sudi meluangkan masa untuk turut serta bersama dalam bengkel ini... dan tak lupa juga pada En. Shahat Bin Md Shah, Timbalan Pelajaran Daerah Kulaijaya kerana telah mengaturkan dengan jayanya bengkel ini.

Tahniah kepada semua pegawai dan staff yang terlibat, sehingga petang tadi, hampir 80% pegawai dan staff berjaya mengisi data dan maklumat SKT LNPT. Semoga sehingga 15 Jun 2013 ini, PPD Kulai berjaya mencapai 100% KPI dalam Modul Pelaksanaan Pengurusan Prestasi HRMIS.












 

Friday, 24 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2013



Nuffnang Ads







Assalamualaikum…


Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk bagi aku… Namun bukanlah alasan aku tidak turut serta untuk menyebokkan diri dalam program Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya…
apa tak nya … pada hari isnin aku berada di Jabatan Pelajaran Johor  manakala belah petang pula aku terpaksa bergegas ke Melaka untuk menghadari bengkel selama 3 hari 2 malam… memang terasa macam “ ehhh … sayangnya x dpt join…”  tapi itu bukan alasan kan….
 

.K... Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya tahun ini berbeza dari tahun2 sebelumnya…. tahun ini telah di adakan buat pertama kalinya di pekarangan Pejabat Pelajaran Daerah Kulai… ok lah… satu khemah besar telah di setiakan dan berpuluh kemah lain bagi tujuan pameran dan gerai jualan…
 
Karnival ini telah di adakan selama 2 hari… bermula semalam 22 Mei 2013 hingga hari ini 23 Mei 2013.. Selama 2 hari telah di adakan bermacam aktiviti yang disertai oleh guru2 dan pelajar2 Daerah Kulaijaya..

Pada belah malam aku dapatlah juga turut serta menghadarikan diri dalam Forum Ceramah Perdana…Tajuk ceramah yang disampaikan amat bersesuaian dengan tema hari guru tahun ini…..  Tema hari guru tahun ini adalah ....

“GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA”

Sedikit huraian mengenai 1ASPIRASI iaitu Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk pembangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.1ASPI RASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

Dan 1AGENDA membawa maksud Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kulaijaya 2013 ini telah disempurnakan oleh En. Md. Hasidin bin Hj. Zaini, Tim. Pengarah Pelajaran Negeri Johor.


Alhamdulillah, syukur nikmat Allah s.w.t… semuanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang… Tahniah … Terutaman kepada Datin Hjh Hasnah binti Mohd Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, barisan Jawatankausa dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tak langsung dalam menjayakan program ini…. Tahniah....





Majlis disempurnakan oleh Tim. Pengarah Pelajaran Johor



 
 
 
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai





Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Johor, dan Lagu Didik Jasa
Disampaikan oleh Guru2 SMK (V) Indahpura







Antara Aktiviti yang disertai pelajar

 
 
Gerai dan Pameran 
 





 Pameran Pejabat Kesihatan






Nuffnang Ads












 Gerai Makanan yang tersedia




Pendaftaran SK Kulai





Bergambar bersama Penerima Anugerah Guru Inovasi.... Tahniah
 
 
Ceramah Perdana 







sekian.....





Nuffnang Ads






Saturday, 18 May 2013

Cara Tukar Anak Panah Mouse Kepada Cursor Bentuk Lain

 
 
Assalamualaikum..

Dah bosan dengan cursor anak panah di Blog korang...apa kata korang cuba tukar pada cursor yang lain pulak..


1. Pilih la cursor yang diminati kat
Totallyfreecursor atau egobox
dan pilih cursor.

2. Klik cursor yang disukai dan dapatkan kod. Bila dah dapat, masuk ke ruangan Layout.

3. Klik pada Add Gadget dan pilih add HTML/JavaScript

4. Kemudian copy dan paste code cursor yang telah dipilih dalam ruangan add gadget.

5. Preview dulu. Kemudian Save.






Nuffnang Ads




 








Cara Nak Letak Lagu dalam Blog

Assalamualaikum...

Haii ...korang tentu sedang tercari2 macam mana nak letak lagu pada blog korang...ni aku kongsikan bermacam mana nak letak lagu kat blog..

Step 1 :
Korang pergi dekat link ini dulu. >klik sini

Step 2 :
Tengok kat atas tu, ada gambar macam kat bawah ni tak?


Korang blh klik, mana-mana box yang ada kat atas tu...pastu ia akan keluar judul lagu mengikut pilihan korang...

atau  


Korang blh klik, kat link-link lagu macam kat gambar bawah ni...lepas tu, akan keluar judul2 lagu...




atau

Korang blh scroll ke bawah, lihat sebelah kanan, ada gambar macam kat bawah tak? Untuk lihat senarai judul lagu yang telah tersedia...



Step 3 :
Pilih lagu yang korang suka!

Step 4 :
Klik judul lagu yang korang suka tu...dia akan keluar macam kat bawah ni..




Step 5 :

Seterusnya, DASHBOARD > LAYOUT > ADD A GADJET > HTML/JAVASCRIPT


Step 6 :
Copy kod lagu tu...mcm kat gambar bawah ni...

 


Step 7 :
Paste kod yang korang copy tadi tu di : (Html/JavaScript...)

Step 8 :
Jangan lupa save and preview ....cuba tengok menjadi tak...

hahh..x susahkan...senang je...