*

Thursday, 30 August 2012

Koleksi Sajak / Puisi Hari Kemerdekaan


 


Tinggal beberapa jam lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan, sempat lagi aku megemaskini catatan blog aku untuk di kongsikan dengan para pembaca. Aku telah pilih beberapa sajak kemerdekaa yang dikarang, disulami emosi dan jiwa yang merdeka oleh karyawan-karyawan yang tidak asing lagi dan ada juga sajak-sajak yang aku pilih  dari sumber-sumber internet yang menarik minat aku untuk dikongsikan bersama. Semoga Hari Kebangsaan kali ini akan menjadikan kita sebagai seorang yang enlighten dan berupaya untuk menanamkan sifat patriotisme yang tinggi bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain juga.

 
 
5 sajak nukilan Allahyarham Dato' Usman Awang

NOTE:  sajak-sajak yang dikarangkan oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Dato' Usman Awang. Sajak yang dikarang disulami emosi dan jiwa yang merdeka.. 

 

MERDEKA

 
Satu jeritan yang banyak berulang meresap
meresap... seperti senyum gadis di pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah malam
merempuh... seperti kereta kebal di medan perjuangan.
 

Pekiklah!
Jeritlah!
Dan...
Maralah!

 

Tongkat Warrant
4 Julai 1954

 

 

 

PAHLAWAN DAN TANAHAIR
 

Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi.
Tanahair dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia.

Untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair

Tongkat Warrant
1958

 

 

PAHLAWAN KEMERDEKAAN
(kepada pahlawan Pahang)
 

Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang
 

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.
 

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

 
Tongkat Warrant

 

 

 

JIWA HAMBA
 

Menung seketika sunyi sejenak
kosong di jiwa tak berpenghuni
hidup terasa diperbudak-budak
hanya suara melambung tinggi
 

Berpusing roda, beralih masa
berbagai neka, hidup di bumi
selagi hidup berjiwa hamba
pasti tetap terjajah abadi
 

Kalau hidup ingin merdeka
takkan tercapai hanya berkata
tetapi cuba maju ke muka
melempar jauh jiwa hamba
 

Ingatan kembali sepatah kata
dari ucapan seorang pemuka
di atas robohan Kota Melaka
kita dirikan jiwa merdeka

 

Tongkat Warrant
1948

 

 

 

 

TANAHAIR
(menjelang kemerdekaan)
 

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani
 

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai
 

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati
 

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

 
Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan
 

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
 

Tongkat Warrant
1956
 




Sajak Kemerdekaan A. Samad Said

NOTE: sajak-sajak yang dikarangkan oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said.


 

HIDUP BERSAMA

 

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

 

~A Samad Said

 

 

ERTI KEMERDEKAAN

Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama

tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.

 

A Samad Said

 






Sajak-Sajak Kemerdekaan yang diambil daripada Berita Minggu
 
NOTA: Sajak-sajak ini dipetik sepenuhnya daripada Berita Minggu. Semua sajak-sajak ini bertemakan kemerdekaan. Penulis-penulisnya menggambarkan kemerdekaan menerusi sajak-sajak ini. Mari kita menghayati sajak-sajak kemerdekaan ini sempena dengan bulan kemerdekaan kita.
 
  
 

SAJAK KEMERDEKAAN: DI PENTAS KEBEBASAN
 

Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan
semarak darah generasi abad dua
puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.

Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?

Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.

Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.

Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.

Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.

 

KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

 

 

31 OGOS, 1957

 
Engkau tarikh keramat
kami terlepas daripada belenggu
akan kami kenang sampai bila-bila.
 

ISMAIL RESTU
Kg. Bujang, Kedah

 

 

SAJAK KEMERDEKAAN: 31 OGOS TIBA LAGI
 

Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.
 

Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.
 

Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik.
 

Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.
 

Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!
 

WAN ZAHARI WAN ALI,
SMK Saujana, Setiu, Terengganu.

 

 

SAJAK KEMERDEKAAN: KETAATAN DAN KEBERANIAN
 

Berjanjilah kami demi keberanian
melalui suara-suara hijaz
putaran kemerdekaan
 

menyusur sungai-sungai mati
kepada insan seikat masyarakat
yang telah bebas.
 

Dalam sejarah kepahitanmu
terselit larian aku anak kecil
dibentuk dalam kelas-kelas rendah
hingga ke kamar dewasa
jiwa ini digantung loceng mongel
lalu direntap-rentap
terbawa-bawa.
 

Titisan darah ibuku
pada papan cendana pejal
masih melekat di situ
di perigi yang telah terkambus
hanyir masih terbau
tembuni dalam diam berubah fosil
atas tanah yang merdeka.
Seperti selalu
 

berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil
menyamai pemberian hadiah bapamu

kami menyebut MERDEKA!!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!!
 

NAFISA
Marang, Terengganu

 

 

PUISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA
 

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
 

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
 

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.
 

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
 

ZULKIFLI MOHD TOP
Universiti Malaya

 

 

 

SAJAK KEMERDEKAAN: MENYAMBUT MERDEKA
 

Sambutannya berulang lagi
saban tahun ia kembali
keranamu Malaysia aku di sini
menabur bakti ibu pertiwi.
 

Jalur gemilang berkibar megah
sana sini mencipta indah
namun segelintir tiada endah
satukan hati bukannya mudah.
 

Hanya Malaysia negara tercinta
pejuang bersusah untuk merdeka
jangan siakan apa yang ada
sayangilah tumpah darah kita.
 

ZAINAL ABIDIN AHMAD
BTP

 

 

 

SAJAK KEMERDEKAAN: POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA
 

Anak merdeka alaf baru!
antara bunga mimpi dan tragedi
dalam membina generasi globalisasi
bukanlah semudah mencipta
cerita kosong di kedai kopi
atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi.
 

Anak merdeka alaf baru!
tanamlah, semailah, bajailah
anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi
demi generasi dan agama
mentafsir wawasan membina jati diri
meraih akar dalam tunjang diri
menegak pepohon yang merendangkan
dedaun semangat.
 

Anak merdeka alaf baru
siramkanlah falsafah minda
jangan biarkan kering dan mati
kerana pokok bangsa itu adalah serumpun
kerana pokok bangsa itu
adalah kita yang merdeka.
 

AMYLIA HUSSAIN
Jambatan Merdeka, Sg. Petani

 













KEMERDEKAAN HIDUP


aku tak pernah tertarik
tentang debat sebuah kemerdekaan hidup
sebab peluh dan airmata darah
mengucur itu lebih menyentuhku
saat aku jumawa dengan kemewahanku
saat penyakit mudah puasi diri menjeratku
bagai merak berjalan anggun

aku lupa lagi belajarlah dari penderitaan sesama
yang adalah reinkarnasi tentang kemewahan yang rendah hati
sebab kadang kitab kehidupan yang kau baca
membuatmu merasa paling hidup
sehingga membuatmu saling menghakimi
Sumber: Messakh Djaha

 

 



Wassalam...

 
 
 
 
 
 



Saturday, 25 August 2012

FAREEDA oh FAREEDA


Assalammualaikum.

Sekarang ni, ke sana sini dengan Tudung FAREEDA. Aku tengok semangkin hari semangkin ramai pula yang pakai, bererti semangkin ramai peminat tudung ini. Satu fenomena yang baik...   

Walaupun tudungnya agak mahal, harganya mencecah ratusan ringgit sehelai tetapi bila dah tergoda, macam kemaruk lah pulak,  tengah malam pun sempat lagi check di FB, nak tahu kalau-kalau ada stok baru. Tudung ini sangat mudah dipakai hanya perlu disarungkan ke muka dan terus boleh digayakan dan amat sesuai untuk semua jenis muka, kualitinya pula memang terjamin dan puas hati.


Setakat ni dari segi servis memang bagus, biasanya kalau booking hari ini dalam masa satu, dua hari dah sampai. Semua dihantar menggunakan tapeware atau kotak dan dihantar menggunakan perkhidmatan pos laju/ pos berdaftar.
 
 
Tapi kalau beli di butik lagi puas hati sebab boleh tengok dan pilih. Sekarang ni pun sudah mula banyak jual di butik-butik. jadi mudah untuk aku buat pilihan.
 
 
Bila harganya mahal, cara penjagaan yang perlu dititik beratkan supaya tudung tidak mudah rosak. Jadi untuk penduan penjaggan tudung, boleh klik  Petua Penjagaan Tudung FAREEDA @ Tudung Jenis Kain Chiffon (klik disini)


 







Saturday, 18 August 2012

Petua Penjagaan Tudung FAREEDA @ Tudung Jenis Kain Chiffon



* Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan pencuci selama 5 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (di tempat cahaya matahari yang tidak terlalu terik).

* Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan tangan di bahagian yaan kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

* Jangan sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan.

* Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung bersama tudung lain saja.

* Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat bahagian awning tudung, seeloknya simpan menggunakan tapaware atau sangkut mengunakan hanger supaya awning tidak mudah patah.

* Bagi tudung fareeda, ia tidak perlu digosok kerana kain jenis berkenaan tahan kedutan terutama jika digantung dengan cara yang betul, jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya menggunakan suhu yang rendah dan hanya di bahagian kedutan sahaja. Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan menjadi tidak sempurna apabila dipakai.
 
 
* Jika bahagian owning terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.
 
 
Berkaitan : FAREEDA (KLIK di sini)
 
 

e-PENYATA GAJI


e_PENYATA GAJI & LAPORAN (KLIK DISINI)


Bagi kakitangan kerajaan, kalau nak dapatkan penyata gaji, sila lawati laman web http://www.anm.gov.my/ bawah ni. Jangan lupa daftar dulu bagi pengguna baru.

Friday, 17 August 2012

Koleksi Kad Hari Raya Kartun

Assalaimulaikum,  terima kasih sbb telah klik blog ini,
ada tak yang suka kad raya kartun,
dibawah ni kau orang boleh tengok, kalau berminat.
aku dah adit menjadikan ia kad raya, khas buat kau orang..


























































































Sumber: Internet


Banyak lagi yang menarik mengenai ucapan selamat hari raya :

Koleksi Terbaik Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terbaik
Kad Raya Klasik
Koleksi Kad Hari Raya Kartun





Wednesday, 15 August 2012

Kad Raya Klasik



Assalammualaikum,

Apa kata sesekali guna wallpaper kad raya klasik,
cantik juga kan. Banyak lagi kat bawah ni aku nak kongsi kat kau orang...




























        Sumber: scarysoul-quest.blogspot

Banyak lagi yang menarik mengenai ucapan selamat hari raya :

Koleksi Terbaik Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Yang Terbaik
Kad Raya Klasik
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya