*

Monday, 12 March 2012

Keunikan BONSAI, kreativiti pemiliknya



Bonsai sememangnya ada peminatnya tersendiri dan  menjadi tanaman hias. Bentuknya yang unik dan kerdil menjadi pujaan ramai termasuklah aku. Tanaman bonsai melambangkan kesabaran dan tingginya tingkat kreativiti si pemilik. Membentuk dan menjaga sehingga menjadi sepohon bonsai bukan lah dalam masa yang singkat, ia memerlukan masa berbulan-bulan malah berbelas tahun untuk menjadikannya bonsai yang kerdil dan cantik. Semakin unik dan semakin kerdil tanaman tersebut, semakin mahal harga bonsai. Bagi aku pula menanam bonsai bukan untuk mendapatkan wang tetapi ianya satu kepuasan tersendiri saat bila dapat menghasilkan/ menciptakan bentuk yang unik pada bonsai.

Cara Menanam Bonsai
Untuk menanam bonsai tidaklah rumit, kita boleh membeli bonsai di kedai tanaman atau mengambil tanaman yang kita sukai di halaman rumah. 

1.      Pilih tanaman dengan batang utama yang cukup kuat dan pindahkan ke pot dengan sangat hati-hati supaya tidak merusak tanaman tersebut. Kemudian bentuk alur tanaman sesuai dengan yang anda suka dengan memakai kawat. Periksa ranting dan cabang yang tumbuh secara rutin untuk membentuk bonsai sesuai dengan apa yang kita mau. 

2.      Pemilihan tanah, tanah yang bagus bagi bonsai bukanlah tanah yang penuh humus, namun setiap jenis bonsai memerlukan tanah tanah tertentu yang berbeza-beza satu sama lain. Pilihlah tanah dengan kadar humus sedikit dan jagalah kelembaban tanah tersebut namun jangan biarkan terlalu banyak air atau sampai menyebabkan tanah menggumpal, kerana dapat mengancam hidup tanaman. Pemilihan tanah sangat penting kerana disanalah pembentukan batang, ranting dan dahan ditentukan.

Cara Menjaga Bonsai
1.      Menjaga bonsai kita hanya memerlukan penjagaan yang sederhana sahaja dan sedikit pengetahuan agar bonsai tanam kita dapat hidup lama.

2.      Berikan air pada masa pertama kali menanam bonsai, dan jangan lupa berikan air lebih banyak saat cuaca kering dan suhu udara meningkat. 

3.      Pilihlah pot/ pasu bunga yang dapat meratakan penyiraman air ke berbagai penjuru. 

4.      Keseimbangan kadar oksigen dalam tanah dan juga penting untuk tanaman. Berikan baja untuk menambah kilap daun, memperkuat ranting dan dahan dan sebagainya. Pangkas ranting, daun, dahan secara rutin yang tumbuh diluar bentuk yang kita inginkan, juga akar liar yang akan membentuk. 

5.      Semasa membentuk bonsai elakkan supaya tidak menimbulkan kerosakan/ luka di batang bokok. 

6.      Letakkan bonsai di tempat yang terkena cahaya matahari pagi, namun terlindungi dari terik matahari siang. 

7.      Untuk pencegahan hama, semburkan racun anti hama yang dapat anda beli di kedai tanaman bunga.

Bagi peminat bonsai bolehlah kongsi pengalaman bersama.



Bonsai-Bonsai kesayanganku.



Pokok bunga kertas yang aku bentuk jadi bonsai.











Pokok Santalia sangat mudah dibentuk menjadi bonsai dan penjagaannya juga mudah. (Sudah hampir 12 tahun bonsai ini bertahan)














Anak pokok Santalia yang baru dibentuk untuk menjadikan bonsai.








Taman bonsai















9 comments :

  1. ctiknyer bonsai2 jie...
    beli da siap or semai & olah sndiri?

    ReplyDelete
  2. T/kasih...ini semua buat sendiri...ikut kretiviti sendiri membentuknya...sebenarnya x lah susah sangat...tp kena rajin bentuk dan potong daunnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak,pokok bonsaisaye byk semut la.mcm mne nk buat

      Delete
  3. santik.. puas hati nengoknyer....

    ReplyDelete
  4. boleh potong mcm tu je ke ranting2 pokok kertas yg tumbuh panjang2 tu ? ke ada teknik tersendiri ?

    ReplyDelete
  5. Boleh ambik pokok yang besarpun tak pe... lepas tu potong dahan sehingga rendahnya seperti mana yang kita mahu... dia memang jadi macam tunggul kayu je...x de daun... tapi nanti akan tumbuh tunas baru.... bila tumbuh tunas baru je potong lagi..dan seterusnya... bila selalu di potong tunasnya akan menjadi lebih lebat dan banyak dahannya... pastikan potong selepas tempat tunas yg akan tumbuh....

    semasa kita tanam... pastikan akar pokok dinaikkan sehingga nampak akar2 yang besar... kat situ baru nampak cantiknya bonsai... lagi banyak nampak akar lagi cantik.. bila akar tu timbul...lama2 akan jadi seperti batang pokok yg tua... pastikan semasa potong akar pokok tu... akar tu biar panjang.. jadi kita boleh tanam hujung akar je...

    harap makluman ini dapat membantu... tahniah semoga berjaya...

    ReplyDelete
  6. wah sukanya noy tengok baru nak belajar tanam bonzai

    ReplyDelete
  7. Salam kak..sya bru je nak
    jinak2 ngn bonsai ni..xtau
    ape2 ag teknik2 nak wat
    bonsai ni..ayah sya ada la
    bbrapa pokok bonsai..minat
    tu nurun kt sy lak..ayah ada
    pokok ara bsaiz kecil..ada
    2..dlu ada dlm pasu..skang
    da tanam kt tanah
    da..pasunye da pecah sbb
    akar dy kot..boleh bentuk
    ag ke lau pokok ara
    ni..minta pendapat kak..tq

    ReplyDelete
  8. ada semut n kulat putih2kan.... ke kedai bunga beli racun serangga n sprey kan pada pokok... cair je jgn byk sangat sbb nnti daunnya takut lecur dan pokok boleh mati...... tapi kalau akak tak guna racun serangga pun... guna air paip, picit hujung getah paip biar air tu kecil dan kuat... dah pancitkan pada pokok bonsai tu... semut dan kulat2 tu akan tertanggal..buat selalu sampai semut tu x datang lagi... kalau ada di tanah dalam pasu, kerap siram nanti semut2 tu akan keluar..... selamat mencuba...

    ReplyDelete