*

Tuesday, 16 October 2018

TRANS PULAI (Tasik biru, Gunung Pulai 2 dan Gunung Pulai 1)





290918:

Hai... jom aku bawak korang jelajah trans pulai. Tran pulai akan melalui tasik biru, puncak Gunung Pulai 2 dan puncak Gunung Pulai 1.  Perjalanan mengambil masa dalam 7 jam. Jarak 14.9km.

Kami seramai 24 orang telah menunggu di lokasi pertama iaitu di kaki Gunung Pulai seawal 7 pagi. masa yang dijanjikan tapi biasalah janji melayu kan, ada yang baru sampai pukul 8.00. (part ni memang aku tak suka).


Taklimat ringkas dari en Nizam mengenai tantetif progrem dan kewajipan memelihara kebersihan hutan.

 Dengan menaiki bas bukit kepung (antik tu) melalui pekan nenas dan sampai di Bandar baru Kangkar Pulai jam 10.00 pagi. Matahari dah mula menyinari, terasa kehangatan berjalan sejauh lebih kurang 1km untuk memulakan hiking di Tasik Biru.

Bas antik... masih jumpa lagi loncing bas macam ni...




Tibe dipuncak tasik biru/bergambar. Tasik Biru manang tidak dinafikan keindahan pemandangan disekitar tasiknya. Walau berpuluh kali ke sini pasti tetap berselfie.... haha hantu selfie kan...

Pemandangan yang cantik dari puncak Tasik Biru





Kesan pokok dicakar/gigitan oleh binatang buas (Beruang Matahari). Aku jumpa antar CP1 ke CP2









Sarang Tabuan Tanah



Trek dari CP2 ke CP3 agak landai dan santai





 
Kem Kopi




Dari Gunung Pulai 2 nampak puncak Gunung Pulai 1 (menara). Untuk sampai ke sana mengambil masa dalam 4 jam.








CP4, Puncak Gunung Pulai 2. boleh lihat JPO Kulai.










CP6



 


 
Akhirnya dampai di puncak Gunung Pulai 1 jam 5.30 petang. Dari puncak Gunung Pulai 1 boleh nampak puncak Gunung Pulai 2 serta Tasik Biru, kangkar pulai. Chek point pertama.
.

Tiba di parking kaki gunung jam 6.30 petang. basah tekak dengan ABC. 5 hinggit je....





Tentatif - Jarak perjalanan 14.9km
6:30 am - berkumpul Di tapak parking gunung pulai 1
7.00am - Naik bas@van ke tasik biru
7:40am - Tiba di tasik biru
                                          (Janji melayu... pukul 8 pagi baru gerak ke tasik biru)
8.00am - start mendaki     (Pukul 9.15 pagi baru mula Hiking)
8.50am - tibe dipuncak tasik biru/bergambar.
9.00am - Tiba Di CP1
10.00am - Tiba di CP2
11.30am- Tiba di CP3 ( berehat + goodies)
1.30pm- Tiba di CP4 kem jpo ( lunch + view selfie)
2.30pm- water point ( solat )
4.00pm- Tiba di CP5 puncak gunung pulai 2 
5.00pm- Tiba di CP6 
6.00pm- Tiba di Menara gunung pulai 1 (Pukul 5.30 petangsampai di Menara)
7.00pm- Tiba di parking                          (pukul 6.30 petang tiba di perking n ngeteh)
7.15pm- salam² bersurai



* mase bergantung pada peserta dan cuaca*

 *Senarai kerperluan asas mendaki*
1- Bag daypack
2- Headlamp walaupun tidak bermalam
3- Baju hujan/poncho (standby)
4- lunchpack
5- Minuman 1.5l minimum (jika cuaca panas kemungkinan lebih)
6- Energy food @energy bar (coklat,kurma,gula2 dll..)
7- Energy drink @ air manis
8- First aid/ubatan peribadi jika ada penyakit yg memerlukan ubat khas
9- Glove (wajib)
10- Pisau, wisel, lighter
11- Walking stick/pole untuk penjagaan lutut (jika perlu)
12-botol spray utk wuduk.
13-plastik sampah besar(sekurang2nya)utk solat dan santai2.
*Sila pakai pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti mendaki terutamanya kasut*


Rumusan:

Keseluruhan, trek santai tiada yang mencabar/bahaya... banyak laluan landai dan tiada yang curam, cuma agak jauh yang boleh menyebabkan letih. Bagi yang sukakan cabaran kurang mencabar. pengurusan dari Group WAKAKA terbaik siap dengan lunch pack, coki2 dan air. Bayaran Rm75 normal kerana siap makan dan transport untuk ke Tasik biru.

Sekian.



4 comments :

  1. Hai Assalamualaikum, saya berminat utk aktiviti yg mencabar ni. , so macam mana saya nak lead my team utk ke sana ?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam, kak Jie, kem kopi tu dekat area mana?

    ReplyDelete
  4. Okay then...

    This might sound pretty weird, maybe even kind of "out there"....

    HOW would you like it if you could simply hit "PLAY" and LISTEN to a short, "magical tone"...

    And INSTANTLY bring MORE MONEY to your LIFE??

    And I'm talking about BIG MONEY, even MILLIONS of DOLLARS!!

    Do you think it's too EASY?? Think this couldn't possibly be for REAL??

    Well, I've got news for you..

    Usually the most magical miracles life has to offer are the SIMPLEST!!

    In fact, I will PROVE it to you by letting you listen to a real-life "magical money tone" I've produced...

    And TOTALLY FOR FREE

    You simply press "PLAY" and the money will start coming into your life.. starting pretty much right away..

    CLICK here NOW to enjoy the mysterious "Miracle Wealth Building Sound Frequency" - it's my gift to you!!

    ReplyDelete