KULAI
1 Mei 2018: Hiking Gunung Pulai via Jeram, Johor.
Dengan ketinggi an 654 meter dari aras laut.
Gunung Pulai meliputi kawasan seluas 80 kilometer persegi mempunyai keindahan Flora dan fauna yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari Bandar raya Johor Bahru dan hanya 10 km dari
susur keluar Plaza Tol Kulai, pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai
yang menjadi ‘pintu masuk’ ke hutan lipur berkenaan. Selain
keindahan alam sekitar dan airnya yang jernih, hutan lipur ini menjadi tarikan
bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan lasak terutamanya jungle tracking dan
mendaki gunung.
Kali ni aku terpanggil untuk buat trip Gunung
Pulai via Jeram. Sudah pastinya ramai yang tidak mengetahuai bahawa Gunung
Pulai terdapat beberapa trek untuk
sampai ke puncak.
Seperti yang di rancang, jam 7.00 para peserta seramai 36 orang telah berkumpul di kaki gunung.
Di mulakan dengan taklimat, sesi bergambar,
bersenam bagi regangan otot dan bacaan doa bagi memulakan pendakian.
8.00 pagi kita orang memulakan pendakian melalui hutan menuju ke CP1 Jeram Kecil. Untuk
trek yang kami lalui ini agak samar dan banyak persimpangan. Jika tidak biasa
korang boleh tersesat so dinasihatkan supaya mendapat hikmat guide jika korang
ingin melalui trek ini.
Dari CP1 ke CP2 korang akan melalui trek yang
agak mencanak,mendaki di lereng batu
besar hingga ke puncak bukit. 3 orang peserta tidak dapat meneruskan pendakian dan 5 peserta diiringi 1 guide terpaksa melalui jalan pintas atas faktor
keselamatan
Dari CP2 ke CP3 trek licin dan curam. Dan sekali lagi kita orang kena melintasi anak jeram sebelum mendaki semula hingga ke CP3 (50 meter berhambiran trek masuk hutan pelajar). Untuk sampai ke sini mengambil masa dalam 2 jam 30 minit.
Jika orang nak lalu trek ini pastikan
membunyai stamina yang cukup. Laluan jeram hingga ke peak Gunung Pulai sejauh 1100m mengambil masa 4 hingga 5 jam. Hanya 16 orang meneruskan pendakian.
Trek bertambah licin kerana hujan sudah mula
turun. Kami terpaksa memperlahankan
pendakian kerana salah seorang peserta sudah mula pewai. Tapi atas semangat
yang tinggi dan dorongan rakan-rakan yang lain kami berjaya menghabiskan
pendakian bersama hingga ke PUNCAK GUNUNG PULAI.
Waktu turun kabus mula menyelubungi puncak gunung. Rezeki kami berpeluang melihat keindahan kabus tebal disetiap ruang udara....
Semua peserta selamat sampai kaki gunung jam 3.30 petang...
GELERI JERAM
salam kak ..ada no conntact guide tk.. ingtt nk daki ahad ni dgn kawan
ReplyDelete