Sungai Pelepah Kiri adalah sungai di Johor dan berdekatan
dengan Bukit Sisek, Lombong dan Gunung Panti Barat. Sungai Pelepah Kiri juga
berhampiran dengan Air Terjun Kota Tinggi. Puncak Sungai Pelepas Kiri
ialah Bukit Pasir.
7.00
pagi: Alhamdulillah sampai tepat masa
yang dijanjikan di meeting point petama
di hadapan Balai Polis Batu Ampat. Kelihatan beberapa orang rakan yang aku kenali telah tiba lebih awal. Kali
ni aku bawa rakan dari Kulai Hikers seramai 10 orang.
Sampai
di chek point kedua di hadapan pintu
Air Terjun Kota Tinggi. Kami perking kereta disini. Kelihatan sudah ramai
menanti. Group JGL seramai 26 orang dan 1 group lagi seramai 15 orang. Kami
bergabung menjadi 42 orang termasuk guide kami abg Nan. Bayaran untuk this
trip adalah RM35 seoran dan dibekalkan dengan luch pack (Roti and air mineral) sahaja oleh pihak penganjur.
Memang menjadi kebiasaan aku kalau hiking hanya bawa 2 liter air, roti 2
bungkus, coklat 1 peket dan gula2. Tapi mana yang tidak tahan lapar kenalah
bawa bekalan makanan lebih sedikit.
Seperti
biasa sebelum memulakan hiking kita
orang diberi taklimat secara ringkat oleh guide. Melakukan sedikit senaman dan
doa supaya perjalanan kita orang selamat.
Kita orang memulakan expidisi dengan merentasi anak sungai, melalui ladang kelapa sawit serta jalan balak.
Kita orang memulakan expidisi dengan merentasi anak sungai, melalui ladang kelapa sawit serta jalan balak.
Trek bermula dari tingkat pertama Air Terjun
Sungai Pelepah Kiri (CP1) berhampiran tapak khemah. Air terjun tingkat pertama
terletak hanya beberapa minit perjalanan dari tapak khemah. Permulaan trek dalam
100 meter agak landai tetapi laluan semak dengan pokok resam.
Pendakian mula curam dan mencabar. Paling
mencabar apabila terpaksa mendaki kawasan berbatu, licin serta curam dan
melalui di tebing sungai serta air terjun.
Dengan kepadatan pokok yang tumpat, rotan dan
resam, sekali sekala terpaksa mengharungi anak sungai sedalam paras dada dan
berlilu-liku serta berjeram. Dengan pengalaman yang ada aku cuba membantu dan
memastikan rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dalam dunia hiking sentiasa
selamat dan meminimakan dari belaku kecederaan.
Dan kemudian trek menjadi landai semula dengan
melalui anak sungai yang dipenuh dengan pokok pandan air. Kat sini korang akan
dapat melihat pokok pandan air tumbuh subur. Trek landai sampai ke Puncak Bukit
Pasir.
Berhampiran puncak bukit terdapat kawasan perkemahan dan kita orang
berehat seketika sebelum meneruskan pejalanan.
Puncak bukit agak lapang dan terdapat pasir putih seperti pasir pantai.
Puncak bukit agak lapang dan terdapat pasir putih seperti pasir pantai.
Keistimewaan di Sungai Pelepah Kiri ialah apabila
kita orang dapat menikmati pemandangan dan panaroma hutan yang indah dan damai.
Disini korang boleh mandi manda di air terjun yang sangat cantik. Kalau berani
boleh mencabar diri dengan bermain gelonsor di batu laluan air terjun setinggi kira-kira
20 kaki. Aku sendiri pun tidak lepaskan peluang untuk mencuba, memang seronok
dan mencabar kerana laluan air tidak rata dan agak curam.
Kesimpulannya hiking kali ini lebih santai
bermain air kerana hampir 60 % melalui trek air. Pakai kasut getah trek
berbatu, licin dan berair.
Tq.
No comments :
Post a Comment