*

Monday, 21 April 2014

Bercuti Di Serawak




Assalamualaikum,

Baru je balik bercuti di Serawak. Kali ni aku bawa family cuti bersama, suami n anak-anak.

Senyum riang…tergambar kegembiraan wajah2 insan yang aku sayang…betapa terujanya anak2 bila berpeluang bercuti di Serawak... sesekali bawa anak2 belajar manaiki flight....

6 bulan yang lalu aku telah menempah 5 tempat duduk melalui online di Air Asia… murah je.. RM410 utk 5 orang pergi dan balik… (korang kalau tambang nak murah, daftar ahli, biasanya Air Asia akan emailkan jika setiap kali ada promosi..)

Di Serawak aku telah sewa sebuah kereta utk 3 hari. Tak perlu kereta yang mewah2, yang penting perjalanan kita selesa dan selamat… untuk tiga hari aku sewa baru RM250 je.


Aku bermalam di 360 Hotel Urban Resort… Hotel ni aku rasa aku nak bagi 4/5« ...… kedudukan hotelnya tidak jauh dari Bandar Kuching, kira2 5 minit je nak ke Bandar. Ruang bilik yang amat selesa mengadap sungai Serawak, kelengkapan yang dan keperluan bilik tahap maksima, dilengkapi Aircorn, TV, Alat pengering rambut, peti ais, sterika baju, kopi/teh semua ada, bilik air yang lengkap Tab Mandi. Mempunyai Kolam Renang di Lavel 4, (kanak-kanak dan dewasa). Kalau korang bercuti lama tapi malas nak bawa baju banyak2…. nak cuci baju pun boleh, siap disediakan 2 mesin pencuci baju terletek di setiap level bangunan, percuma tanpa bayaran….. And tahap keselamat yang baik… kerana kalau korang keluar tak bawa kad slot bilik....jawabnya tidur di liff aja leee…sbb liff tak akan bergerak jika tidak di sentuh menggunakan kad slot bilik…

 

  

 







Salah satu tempat menarik di sini ialah JONG,S CROCODELIS FARM & ZOO… kat sini merupakan tempat simpanan dan pembiakan buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya Muara, Buaya Air Tawar Irian dan Buaya Sepit.


 Kesah Bujang Senang -  Bujang senang adalah nama seekor buaya yang telah bermaharajalela di Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Serawak sejak 1941. Bujang senang dikatakan berumur 50 tahun.  Pada 20 Mei 1992 seorang wanita bebangsa Iban telah menjadi mangsa Bujang Senang. Bujang Senang telah Berjaya di tembak mati dan tengkoraknya di pamerkan di sini… Tiket masuk ke taman buaya ini RM16 utk dewasa dan RM8 utk kanak2..... kawasannya agak luas, semput juga den nak mengabiskan lawatan ke taman buaya ni....




 



Melalui Serian mengambil masa kira 1 ½ jam sejauh 90 km, aku ke TEBEDU, sempadan yang memisahkan Serawak dan Kalimantan Indonesia. Sebenarnya aku tiada niat pun nak masuk ke seberang jiran… kerana aku telah mendapat makluman dan dimaklum oleh beberapa orang bahawa untuk memasuki ke  memerlukan passport. So selepas packing kereta aku bersama anak2 dan suami berjalan menuju ke pintu jeriji… saja2 nak snap beberapa foto yang tertulis IMIGRESIN TEPEDU.



Kalau korang nak tau, aku ni kekadang ramah tak bertempat….huhuhu…saja2 menghampiri seorang petugas menjaga pintu jeriji…. “Nak masuk ke sempadan sana tu sekarang kena guna pasport ke, boleh tak kalau masuk menggunakan pas kelompok…” sambil memimpin si comel yang berusia 3 tahun bersama anak perempuan aku…..

 






 

 Jeng..jeng..jeng…Kita orang dibenarkan masuk dengan membawa kenderaan sewa tanpa passport…. Macam pelik jeee….kan….sbb yang aku tahu kenderaan sewa dilarang masuk melepasi pagar jeriji, pengunjung perlu menapak menuju ke perkarangan Imigresin Tepedu – Intikong. Buat selemba blee je kita orang masuk dan bershopping2 kat sana… Alhamdulillah…baliknya pun tiada peperiksaan…. Tapi yang bestnya, pegawai kastam tu pun macam hairan and terpinga2…sbb macam mana kita orag boleh lepas 3 pintu pemeriksaan pergi dan balik…. Huhuhu…. (Sebenarnya kita orang pun rasa mcam pelik jugak…hahahha…) Tapi korang jangan buat.... sbb, itu  dah kira pendatang tanpa izin....  kalau tertangkap...nyayo je....

Kat sini yang aku rasa kurang sikit ialah Papan Tanda Jalan…menjajau2 cari jalan…mujur ada GPRS…. (Guna fon je)…tapi ok lah juga…aku rasa sebab tu orang kat sini ramah2 belaka …Morel and story....dia suruh kita bertanya kalau tak nak sesat jalan…. …agaknya la....



Malam aku bawa anak2 bersiar2 di sepanjang sungai Serawak…. Pemandang waktu malam di sini sangat cantik dan menarik, korang boleh lihat Bangunan Dewan Undangan Negeri Serawak… Tapi sorry lah sbb tak dapat snep gambar…beteri fon dah kong…di sepanjang tepian sungai ni ramai penyanyi jalanan… macam2 usia ada....ada yang boleh tahan... sedap juga suara artis jalanan ni…

Kalau ke Serawak jangan lupa membeli Ikan Terubuk Masin dan Kek Lapis Serawak…. Memang ia sangat popular, rasanya tak sah kalau tidak di jadikan oleh2 untuk di bawa pulang…. Korang boleh belinya di PASAR KUBAH RIA, pasar ni terletak di jalan Satok di seberang sungai Serawak. Di sini banyak pilihan dan murah2 lagi… Macam2 buah2an yang jarang terdapat di semenanjung ada dijual di sini… ulat gendon pun ada ….ergg..







 



 




Setelah dua hari mencari Mee Kolok…akhirnya tercapai jua hajat suami aku…sebenarnya Mee Kolok ni sesalu disebut oleh orang2 yang bukan berasal dari Serawak  Di Serawak, Mee Kolok menjadi makanan 1 Serawak….Rasa kuahnya lebih kurang mcm Bakso je…Cuma Bakso ada rasa cuka sikit/ rasa masam2 sikit….Selain Mee Kolok, Laksa Serawak juga popular di sini.

Dah namapun KUCHING... kalau ke sini tak sah rasanya kalau tak bergambar di TUGU KUCING…..sangat comey…. meow meow …

 Antara tempat yang boleh di kunjungi ialah di Indian Street Mall... kat sini banyak terjual pakaian dan cenderahati...


Antara bangunan lama yang masih dikekalkan...




Percutian yang santai2…  




 



Jumpa lagi di lain catatan...


No comments :

Post a Comment