*

Sunday, 3 November 2013

Lawatan Penanda Aras Ke Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands

Bahagian 1




Assalammualaikum....


Alhamdulillah.... kertas cadangan aku telah diterima dan dipersetujui... TQ Boss... maka pada 22/10/2013 jam 11.30 malam kita seramai 75 orang bertolak dari PPD Kulai ke PPD Cameron Highlands...


Program Lawatan Penanda Aras ke Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands, Pahang merupakan satu program yang dirangka khas untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran pendidikan dan membuat penambahbaikan selepas lawatan. Program ini diharap dapat memberikan gambaran positif dan strategik dalam usaha mengembangkan ilmu dan pengalaman para peserta lawatan serta dijadikan sebagai satu proses pembelajaran yang berterusan.


Kita orang bersarapan and di RNR Tapah...



a' aaa... sempoi je aku .... ( Baju T merah & Seluar slate hitam)...
pening, tengok ketua dia pakai macam ni nak ke PPD Cameron Highlands....





               Menanda tangan buku lawatan rasmi                 Bersama KPT PPD Cemeron Highlands                     

Setibanya.... kami telah disambut oleh warga PPD Cameron Highlands, terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian pihak PPD Cameron Highlands menerima kunjungan kita orang, Sesungguhnya program seperti  ini merupakan suatu program yang dapat menyumbangkan kepada ikatan kemesraan dan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. Melalui program seperti ini pelbagai aktiviti yang  berkaitan dengan program dapat diteruskan.
Malah, ia  adalah menjadi suatu usaha yang berterusan untuk kita bersama-sama bertukar buah fikiran atau pandangan bagi mewujudkan suatu hubungan dua hala dengan adanya penggunaan media interaktif kini. Kita orang  amat berbesar hati untuk mengalukan pihak PPD Cameron Highlands agar dapat terus bekerjasama melalui penggunaan teknologi masa kini yang boleh dipanjangkan melalui laman web atau blog di internet. Semoga segala usaha murni yang akan kita laksanakan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
 
Melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
assalammualaikum mulanya kata,
saya sembah pembuka bicara…
Tanam lenggun tumbuh kelapa
terbit bunga pucuk mati
budi tuan saya tak lupa
sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
sampan kolek mudik ke tanjung
hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung
Bunga dedap di atas para,
anak dusun pasang pelita,
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.
hehhee....lebih kurang macam tu lah teks ucapan aku.... orang Johor mmg kaya dengan pantun seloka... jadi aku selitkan sikit pantun....

 Salah satu hidangan yg tersedia....strawberry coklat..nyam nyam...sedap..
 

 







3 comments :

  1. as salam puan... nak tanya mcm mana puan buat kertas kerja utk lawatan tue yer?

    ReplyDelete
  2. Wsalam, dari Jabatan mana ye, kalau berminat saya boleh beri contoh kertaskerjanya.

    ReplyDelete
  3. Salam puan, saya dari Pahang..kalau tak keberatan, boleh kongsikan kertas kerja? trima kasih ... ni emel saya ... syakirah7@yahoo.com

    ReplyDelete