*

Saturday, 29 October 2011

KUKU PANJANG DAN KOTOR?


Kuku panjang punca anak bodoh dan degil?

Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak tahap satu (tahun 1, 2 dan 3), kadangkala mungkin terlepas pandang untuk sentiasa memerhatikan tahap kebersihan kuku anak masing-masing disebabkan kesibukan yang tidak mengira masa. Begitu juga untuk anak-anak yang berada pada tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6), ada anak-anak yang tahu menjaga kebersihan diri sendiri dan tidak... kurang pula yang memandang ringan perkara tersebut.

Rupa-rupanya, perkara yang kadangkala kita pandang remeh mendatang natijah yang besar kepada pembesaran anak-anak kita. Perkara yang sering kita tangguhkan dengan perkataan... 'sat lagi' atau 'esok-esoklah' rupa-rupanya boleh merosakkan pemikiran dan tingkahlaku anak-anak kita. Kuku panjang adalah di antara punca anak menjadi bodoh, degil serta suka membuat onar kerana memakan kekotoran yang terdapat pada kuku tersebut.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Tidak hanya kepada diri anak-anak, sebagai ibubapa kita juga seharusnya tidak berkuku panjang. Untuk ibu terutamanya... yang sentiasa menyediakan makanan dari air tangan sendiri dan menyuapkan kepada anak-anak... secara tidak langsung kita telah menzalimi mereka tanpa kita sedari bila kita menyimpan kuku panjang. Tiada kebaikan yang diperolehi dengan berkuku panjang. Ikutlah apa yang telah ditetapkan oleh Rasullah s.w.t. Apa yang dilakukan oleh baginda... ada hikmah untuk umatnya.
Lihat seterusnya..

No comments :

Post a Comment