*

Wednesday, 2 May 2018

Hiking Gunung Pulai via Jeram, Johor



KULAI 1 Mei 2018:  Hiking Gunung Pulai via Jeram, Johor.

Dengan ketinggi an 654 meter dari aras laut. Gunung Pulai meliputi kawasan seluas 80 kilometer persegi mempunyai  keindahan Flora dan fauna yang terletak kira-kira 30 ki­lometer (km) dari Bandar raya Johor Bahru dan hanya 10 km dari susur keluar Plaza Tol Kulai, pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi ‘pintu masuk’ ke hutan lipur berkenaan. Selain keindahan alam sekitar dan airnya yang jernih, hutan lipur ini menjadi tarikan bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan lasak terutamanya jungle tracking dan mendaki gunung.


Kali ni aku terpanggil untuk buat trip Gunung Pulai via Jeram. Sudah pastinya ramai yang tidak mengetahuai bahawa Gunung Pulai terdapat beberapa  trek untuk sampai ke puncak.






Seperti yang di rancang, jam 7.00 para peserta seramai 36 orang telah berkumpul di kaki gunung. 






Di mulakan dengan taklimat, sesi bergambar, bersenam bagi regangan otot dan bacaan doa bagi memulakan pendakian.



8.00 pagi kita orang memulakan pendakian  melalui hutan menuju ke CP1 Jeram Kecil. Untuk trek yang kami lalui ini agak samar dan banyak persimpangan. Jika tidak biasa korang boleh tersesat so dinasihatkan supaya mendapat hikmat guide jika korang ingin melalui trek ini. 








Dari CP1 ke CP2 korang akan melalui trek yang agak mencanak,mendaki  di lereng batu besar hingga ke puncak bukit. 3 orang peserta tidak dapat meneruskan pendakian dan 5 peserta diiringi 1 guide terpaksa melalui jalan pintas atas faktor keselamatan



Dari CP2 ke CP3 trek licin dan curam. Dan sekali lagi kita orang kena melintasi anak jeram sebelum mendaki semula hingga ke CP3 (50 meter berhambiran trek masuk hutan pelajar). Untuk sampai ke sini mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. 






Jika orang nak lalu trek ini pastikan membunyai stamina yang cukup. Laluan jeram hingga ke peak Gunung Pulai sejauh 1100m mengambil masa 4 hingga 5 jam. Hanya 16 orang meneruskan pendakian.






Trek bertambah licin kerana hujan sudah mula turun.  Kami terpaksa memperlahankan pendakian kerana salah seorang peserta sudah mula pewai. Tapi atas semangat yang tinggi dan dorongan rakan-rakan yang lain kami berjaya menghabiskan pendakian bersama hingga ke PUNCAK GUNUNG PULAI.







Waktu turun kabus mula menyelubungi puncak gunung. Rezeki kami berpeluang melihat keindahan kabus tebal disetiap ruang udara....









Semua peserta selamat sampai kaki gunung jam 3.30 petang...


GELERI JERAM







2 comments :

  1. salam kak ..ada no conntact guide tk.. ingtt nk daki ahad ni dgn kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry bru bukak blog... kalau nk naik bgitau je. akak selalau naik.. wassap 0167236921 kak jie.

      Delete