*

Thursday, 7 December 2017

Hiking Bukit Payung, Parit Sulong, Batu Pahat



- 3 Disember 2017
- Bukit Payung, Parit Sulong, Batu Pahat :
- 848 ft / 258 m
- Sampai puncak lebih kurang 45 minit bergantung pada stamina masing-masing. Untuk smpai ke bukit2 lain ambil masa dalam 3 jam. (ada 5 bukit)
- View Kawasan Bandar Batu Pahat, Gunung Banang, Selat Melaka, sekitar Parit Sulong dan Yong Peng.




Assalamualaikum. Kali ni aku ajak korang jejak Bukit Payung di Batu Pahat, Johor. No guide main terjah je..... hihi mcm tau la sangat. Plan awal cuma beberapa orang je aku ajak tapi tak sangka la pulak ramai yang nak join. 27 orang termasuk kanak-kanak bawah 12 tahun 5 orang.



 

Keluar Tol Yong Peng Utara masuk jalan Yong Peng arah ke Muar. Guna waze je lagi mudah. Search Homestay Bukit Payung, Parit Sulong... kompom jumpa. Dalam 19 km dari Tol Yong Peng Utara. 17 minit dah sampai lokasi. (Kat Homestay tu ada sediakan tandas kalau nak mandi dengan bayaran rm3 sahaja).

Hujan mula renyai2. Pukul 8 pagi kita orang mulakan pendakian. Jalan terus je melalui denai kebun kelapa sawit, lebih kurang 15 minit akan jumpa lorong kecil semak, pokok resam masuk ke trail Bukit Payung.







Pendakian mula mencanak. Bagi yang baru belajar2 mendaki pasti ini satu cabaran kerana track memerlukan stemina yang lebih dan penggunaan tangan yang banyak untuk memaut pokok dan pada akar kayu.





Memandangkan kali ini ramai bawa kanak2 so perjalanan agak lambat dan slow. Bantuan dan sokongan perlu di berikan supaya mental tidak koyak and tidak mudah pewai.







Walaupaun track menegak sampai puncak Bukit Payung tapi semua perserta berjaya sampai puncak.










Dalam masa yang sama jugak kita orang mendaki bukit lain iaitu Bukit Alam, Bukit Bangkuit dan Bukit Berdiri tapau. Cuma 1 bukit iaitu bukit bendera tak dapat sampai memandangkan kami bawa kanak2. Semua pewai bila bekalan air kehabisan



Perjalanan dari 1 bukit ke 1 bukit tidak la mencabar. Banjaran Bukit Payung, kadang landai dan kadang mendaki. Cuma disetiap bukit ada melalui kawasan lapang dan agak perit bila matahari mula memacak.




Agak kecewa bila Air Terjun Bukit Payong Batu Pahat, satu2nya yang ada disitu tidak dapat ditemui. Kesian kat anak2 yang join. Bersemangat mereka untuk meneruskan pendakian dari bukit ke bukit yang lain tetapi tempat yang di tuju tidak jumpa. Jelas kelihatan hampa di raut wajah mereka. Tak pe lain kali kita cuba cari lagi ye....



Sangat berbaloi, top view yang awesome!
 






Track tak la mencabar tapi licin sebab pasir dan kurang akar kayu tempat menapak. Time turun memang main gelongsor je la...



Dinasihatkan kalau korang nak pergi bawa orang yang pernah pergi/guider sebab track agak samar dan bahaya. Aku pergi pun main agak2 je susur laluan yang agak2 orang lalu. Sampai puncak Bukit Payung untuk ke bukit2 bersebelahan berpandukan pada reben yang ikat di pokok. Laluan sempit. Kalau mis 1 reben kompom boleh sesat.

So jangan wat macam aku ok, yang main redah je.

Selamat turun jam 2.15 petang.

Seronok pasti aku akan repeat lagi...

1 comment :

  1. SELAMAT DATANG DI WEBSITE SAHABATKARTU
    AGEN DOMINO 99 TERBAIK DI INDONESIA
    =====================================
    DENGAN 1 USER ID ANDA BISA MAINKAN 8 GAME
    - POKER
    - DOMINO99
    - ADUQ
    - CAPSA SUSUN
    - BANDARQ
    - BANDAR POKER
    - SAKONG ONLINE
    - BANDAR 66 ( NEW )
    ===================
    - Proses Deposit & Withdraw Hanya 2 Menit
    - Minimal DP & WD Cuma Rp. 20.000
    - Dapatkan BONUS 0.5% Setiap Senin
    - 100% ADMIN + 100% FAIR PLAY
    - JACKPOT HARIAN HINGGA PULUHAN JUTA RUPIAH
    =============================================
    SAHABATKARTU Telah Support Lebih Banyak Bank Local :
    BCA || MANDIRI || BNI || BRI || DANAMON
    ============================================
    NB : TINGKATKAN TERUS NILAI T.O ANDA, SEMKIN TINGGI NILAI T.O ANDA
    SEMAKIN BANYAK JUGA BONUS YANG ANDA DAPATKAN DI SAHABATKARTU
    YANG DI BAGIKAN SETIAP HARI SENIN
    ===================================
    AKSES KE LINK ALTERNATIF DI :
    - www*Skartu99,com
    - www*Skartu99,Net
    - www.Skartu99,org
    - www.Skartu99,info
    =======================
    SILAKAN HUBUNGI KAMI DI :
    Livechat : www.Skartu99,com
    W.A : +85581734028
    PIN BB : 2BCDBEE2

    ReplyDelete