*

Thursday, 30 November 2017

Hiking Gunung Ledang via Asahan








Hiking Gunung Ledang via Asahan
Ketinggian 1,276 meter 
25 November 2017 (Sabtu)
70 orang penyertaan
Hantaran RM50.00



Assalamualaikum,

Gunugn ledang?...  aku rasa okey je sebab baca komen di face book ramai yang kata Gunung Ledang trek lebih okey berbanding dengan Gunung Nuang. Tapi jangkaan aku jauh tersasar. Perghhhh… lagi pewai beb….
Gunung Ledang di Daerah Tangkak, Johor. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu lagenda, iaitu lagenda Puteri Gunung Ledang.


Buat pertama kalinya aku menjelajah ke Gunung Ledang. Perjalanan daytrip melalui Trail Asahan, trail lebih jauh dari Sagil. Dari kulai Johor keluar tol Tangkak dan lebih kurang 40 minit ke 1 jam untuk sampai ke trail Gunung Ledang via Asahan. Waze je, InshaAllah akan sampai  Marking Trailhead adalah Laman Tiga Budaya Asahan.



Kita orang pergi seramai lebih 70 orang dari belbagai daerah dan Negeri. Aku memang sengaja bergerak dari Kula, Johor awal pagi supaya ada waktu untuk berehat dan solat subuh di Tol Tangkak. Meetting point kita orang di Pos pendaftaran Taman Negara, Laman Tiga Budaya Asahan.
 







Semua peserta di berikan taklimat  secara ringkas oleh guide dan pantang larang sepanjang ke Puncak Gunung Ledang.






Kita orang dinasihatkan supaya tidak mengambil gambar pencawang yang ada dikawasan Gunung Ledang kerana ia dilarang oleh pihak Jabatan Hutan.

Peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan ada guide dan seorang sweeper yang mengawal setiap perjalanan. Perjalanan bermula pada jam 8.15 pagi.  Kita orang akan melalui 8 CP:

CP1 (319m) Enggang Berangan
CP2 (514m) Hentian Tanuman
CP3 (581m) Hentian Unggas
CP4 (648m) Lembah Beruang
CP5 ( 837m) Batu Belumut
CP6 (948m) Padang Batu
CP7 (1078m) Gunung Rundok
CP8 (1276m/4187ft) Puncak Gunung Ledang

Perjalanan dari Entrance ke CP1 (319m) Enggang Berangan trek sudah mula mendaki hingga ke CP2 (514m) Hentian Tanuman. 







Untuk ke CP3 (581m) Hentian Unggas trail masih sama kadang-kadang landai dan trek berakar perlu berhati-hati. CP3 merupakan Kawasan Penanda (landmark point) untuk memastikan kumpulan samada dalam keadaan sesuai untuk meneruskan pendakian. 
 



Trail ke CP4 (648m) Lembah Beruang kadang landai dan menurun tetapi mula mencanak untuk sampai ke CP5 ( 837m) Batu Belumut hingga ke CP 6.


Untuk sampai ke CP6 kita orang menempuh batu hampar yang amat tinggi. Tempat ni cantik. 50-60 % darjah kecuramannya. Tali disediakan tetapi perlu berhati-hati. 


Kita orang perlu sampai di CP6 (948m) Padang Batu sebelum jam 12 pm. Alhamdulillah kita orang sampai awal 1 jam iaitu jam 11 pagi (tenggah bersemangat agaknya hihi…). Jika lewat dari masa yang ditetapkan kita orang dilarang untuk meneruskan pendakian. Di sini peserta perlu mendaki batu yang agak tinggi. Sini juga ada watersource, ada air terjun kecil. Ada paip yang memang dah dibuat oleh pihak Jabatan Taman Negara. perserta boleh mengisi bekalan air untuk ke Puncak. Disediakan juga tandas dan tempat bersolat.










Trek menurun semula dari CP 6 dan pertengah trek mula mencanak, pacak dan batu-batu hampar curam ketinggiannya hingga 70-80 degree untuk sampai ke ke CP7 (1078m) Gunung Rundok.  kat sini korang perlukan tenaga and stamina yang tinggi terutamanya semasa mendaki batu-batu hampar yang curam ketinggiannya…… sayup-sayup je.  gayat weeii…. Maunya pitam tengok bawah….




 





Peserta perlu sampai CP 7 sebelum jam 1 petang. Seramai 10 orang peserta tidak dibenarkan meneruskan perjalanan kerana sampai di sini jam 1.10 petang. Puas memujuk guide tetapi itu keputusannya. Kuatir jika lewat sampai puncak pendaki gagal turun sebelum malam. 

Alhamdulillah, dengan usia 45 tahun aku diberi kesihatan yang baik,  tubuh badan yang sihat, berjaya sampai ke puncak jam 12.40 petang.






Jam 1.15 petang kita orang mulakan pergerakan untuk turun. Tiba di Padang Batu untuk bersolat dan mengisi bekalan air sepanjang perjalanan turun ke Pos Pendaftaran.
Waktu turun mantel agak koyak bila rasa dari CP2 untuk sampai ke CP1 terasa terlalu jauh. ‘Kenapa tak sampai-sampai ni….arghhhhh’ …. Sebenarnya dah terlalu pewai…..haha


Tiba di Pos Pendaftaran Asahan jam 5 petang. Agak berbangga dengan pencapaian diri sendiri bila berjaya menghabiskan pendakian dengan mengambil masa 8.45 minit dan merupakan antara 10 orang yang terawal membuat pendaftaran keluar…. Bersurai.