*

Sunday, 22 October 2017

Telapak Buruk & Gunung Berembun




Hai.. jumpa kembali kita dalam Ekspedisi Gunung Berumbun yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1014 meter. Gunung Berumbun mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.






 
14 Oktober 2017 - Kita orang parking kereta di Loji Rawatan Air Pantai.  Bermula dengan menaiki 4wd sejauh 12 km menuju ke Puncak Telapak Buruk dengan ketinggian 1193 meter. Kali ni trip kita orang TBB bermakna masuk  ikut lain kluar ikut lain.





Starting point  dari Puncak Telapak Buruk. Pukul 9.30 pagi (lewat 30 minit dari jadual perjalanan) kita orang seramai 25 Peserta memulakan perjalanan kami dengan regangan otot dan bacaan doa. Trek yang santai tapi berbecak, licdan berakar kayu memerlukan tumpuan setiap kaki melangkah. Silap langkah boleh masuk dalam lumpur becak dan cedera. Pacat mula kelihatan dan hinggap di kaki. Jeng jeng jeng… aku memang fobia. Hihi… maap ye kekawan aku terpaksa speed, tak berani berhenti lelama…






Kita orang tiba di Aircraft Crashed Area jam 11 pagi. Kat sini  kejadian pesawat terhempas pada 23 Ogos 1945, pesawat pengebom RAF B24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya, Namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti dan mengorbankan semua krew. Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga krew terlibat. Setelah hampir 6 dekat di hutan, krew pesawat RAF B24 Liberator disemadikan. Namun, bangkai pesawat masih tersadai di lokasi asal ianya terhempas.
  






 







Kita orang  mulakan perjalanan ke Gunung Berembun.  Trek lebih kurang sama dengan laluan tadi santai dan landai. Tiba di Puncak Berembun pada 4.95km. Di puncak ini terdapat Beirut zaman British. Beirut ini juga dikenali sebagai batu sempadan bagi pembahagian daerah-daerah yg terdekat. Rehat dan bergambar. Baru terjumpa seorang hiker lain dari Negara Polan. Kutuk punya kutuk rupanya dia fasih berbahasa melayu… padan muka kita orang. Tapi dia ramah dan mesra, sempat juga kita orang selfie dengan dia yang tinggi mencanak… hihi macam orang kerdil jadinya aku bila berdiri sebelahnya… (Malaysia masih aman… hiking sorang-sorang pun orang asing berani di Malaysia)
  





Kita orang meneruskan perjalanan menuju ke Gua Kambing. Trek menurun dan curam. (kalau hiking naik dari Loji Rawatan Air Pantai lebih mencabar sebab trek mencanak 90 darjah, lebih pawei). Disini kita orang berhenti dan rehat. 






Pukul 2.30 petang kita orang turun  dan berhenti di Lata Berembun. Kat sini air terjun memang cantik. Rugi kalau korang tak kecemur and mandi manda…. Sejuk tu.





Tanpa membuang masa kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Loji Rawatan Air Pantai. Pawei… Alhamdulillah, tamat sudah misi hari ni.

Terima kasih pada semua yang terlibat.


Tamat ekspedisi. 






Alhamdulillah, tamat sudah misi hari ni. Sesudah sampai, kami berehat sambil membersihkan diri di situ sebelum bergerak pulang ke tempat masing-masing. Apa pun, perjalanan kali ni memang terbaik dan menarik Terima kasih pada semua yang terlibat.

Read more at: https://www.menara.my/ekspedisi-gunung-berembun-telapak-buruk-crash-area-b-24-liberator/

2 comments :

  1. Salam kak Jie..egt kte lg x..Lost contact lh fon hilang hritu.ble nk ajak joined hiking.mcabar x....pcat ad x..huhu.0167424916 no bru Fiqa

    ReplyDelete