*

Tuesday, 26 September 2017

Cabaran Gunung Nuang



 Ku kibar nama mu SK Polis Kem di puncak Gunung Nuang.... cewahhhhh...

Assalamualaikum. Bersua kembali dengan pendakian menjejaki Puncak Gunung Nuang.
Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.
Tingginya 1493 meter,  4898 ft  pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9' Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Kalau korang nak tau Gunung Nuang di negeri Pahang ni memang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti hiking. Waktu kita orang hiking boleh dikatakan jem jugak. 
Untuk sampai ke puncak perlu meredah perjalanan dan pendakian sejauh 9 km dari pintu masuk. Masa yang sebenarnya dalam 5 or 6 jam sahaja untuk sampai ke puncak dan keseluruhan nya dalam 9 or 10 jam sahaja. 



23 September 2017. Drive dari Johor pukul 12 tengah malam dan sampai di Pondok keselamatan jam 5.15 pagi. Pukul 5.30 pagi kami seramai 22 orang berkumpul di pintu masuk gunung, Melakukan sedikit pergerakan memanaskan badan dan doa sebelum memulakan pendakian. Pukul 5.40 mulakan pendakian melalui jalan konkrit  telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki lebih kurang 2 km untuk sampai wakaf 1. Dari wakaf 1 hingga wakaf 6 memalui jalan balak. Untuk sampai ke wakaf 6, berjalan kaki mengambil masa 1 jam 10 minit, 4 km melalui jalan yang selesa tetapi agak memenatkan.

  




                                                 Solat Subuh di Wakaf 6, Buluh Minyak.





Seterusnya kita orang menyusur ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air/empangan. Kita orang mula meredah kawasan hutan dan menyeberangi 4 anak sungai mengambil masa 30 minit perjalanan untuk sampai tapak perkemahan Kem Lolo.






 


Kem Lolo








Menyeberang 1 lagi anak sungai untuk meneruskan pendakian ke Kem Pacat, lebih kurang  2 jam 10 minit untuk sampai ke Dataran Pacat.



Haha…. x de pacat pun kat sini (beria kita orang sapu krem pacat kat kaki)…. Tapi cendawan yang bentuk macam pacat ada la..….

 Unit... Bentuk cendawan yang macam pacat..





Antara cendawang tumbuh segar

kat sini yang bestnya ada pokok tumpang yang unit. Rugi kalau tak selfie ... unik kan,.....



 Pokok tumpang yang unit di Dataran Pacat


laluan dari Kem Lolo ke Dataran Pacat curum dan licin bertanah liat. Kalau hujan kompom memang becak and piak……



 Kita orang meneruskan pendakian ke Puncak Pengasih. 14 orang telah berdezup jauh kehadapan, seorang peserta sangkut di Dataran Pacat (tidak boleh meneruskan pendakian) dan tinggal kami 7 orang meneruskan pendakian bersama. Trek mula licin, curam dan mencanak ke langit 85 darjah. Kalau korang tak kuat mentel and fizikel kat sini memang akan selinder gila. Seorang member mula kena kejang otot menyebabkan pergerakan mula terbatas. Pukul 11.30 baru sampai Puncak Pengasih.





 Trek yang semangkin mencanak.... mental kena kuat..


Anjing ni memang menjadi peneman pendaki antara Kem Lolo ke Puncak Kasih. 
Ada 2 ekor kuning dan hitam.  


Dari Puncak Pengasih kita orang menuruni bukit lebih kurang 30 minit sebelum menempuh kembali trek yang sangat curam.  Dari Puncak Pengasih suhu sudah mula sejuk dan berkabus.






  Meniti akar kayu melintasi selut lumpur piak. Kerjasama yang tinggi..... hihi... 

Alhamdulillah….. Berjaya sampai ke puncak Gunung Nuang jam 12.50 tengah hari. Di puncak gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Yang bestnya kat sini ada terdapat tupai-tupai yang comel dan jinak. Aku pun berpeluang memberi tupai makan. Jinak sangat…. 






Tupai comel and jinak

 
Cuaca sejuk dan berkabus

Pukul 1.30 kita orang mula turun gunung. Waktu turun dari puncak gunung ke Puncak Pengasih seorang member dah pula cedera jari kaki. Pergerakan kita orang semangkin perlahan. Untuk sampai ke Dataran Pacat kita orang terpaksa bersabar dan bertabah bila 2 orang lagi injured (sorang lutut kaki kanan dan sorang lagi kedua2 lutut). Pergerakan semangkin diperlahankan atas faktor kesakitan…. Aduh… turunan gunung yang sangat mencabar.



Sampai di Kem Lolo kita orang dah mula kehabisan tenaga.  Untuk korang yang baru nak berjinak jinak dalam aktiviti hiking ni, memang tak boleh nak  bajet masa sebab perbagai kemungkinan akan berlaku.

Pukul 6.30 petang kita orang terpaksa kerah juga tenaga untuk turun kerana dari nasihat hikers lain.  Menurut mereka, waktu magrib tidak digalakkan berjalan di dalam kawasan hutan. Banyak benda2 yang akan menganggu dan mengacau, mulut tu kena kawal supaya tidak terlalu celupar….. seram beb, berdiri bulu roma bila melintasi setiap rimbunan pokok2 buluh.  Mentel mula koyak bila hari semangkin gelap. Jam 7 malam selamat sampai wakaf 6.

Untuk sampai ke kaki gunung terpaksa menembuh 4 km lagi, dengan saki baki tenaga yang ada, bekalan makanan dan air kehabisan. Masa ni mentel bukan setakat koyak tapi hampir rabak bila seorang lagi peserta hampir pitam dan terpaksa memapah sejauh hampir 2.5 km. Prghhhhh… dugaan .... Waktu ini lah pentingnya semangat teamwork. Walau apa pun terjadi kami tetap bersama dan mambantu antara satu sama lain.

Alhamdulillah…. Selamat sampai di pondok pengawal jam 9.30 malam. Keseluruh masa pendakian 16 jam….. erghhhhh.... masa perjalanan dan pendakian yang terlalu panjang, memenatkan dan membosankan.

Pengajaran yang aku dapat, kena bawa makanan (nasi goreng, roti, coklat, buah) dan air yang lebih sikit (2 liter).  Trek yang agak panjang memerlukan stamina yang tinggi, rehat yang cukup mentel yang kuat.

Sekadar satu pekongsian atas pengalaman.



*PLEASE TAKE NOTE UNTUK BAKAL PESERTA*

✅KESIHATAN YANG BAGUS
✅MEMPUNYAI DAYA SEMANGAT YANG KUAT
✅PERLU TRAINING SEBAIK MUNGKIN SEBELOM TRIP INI DILAKUKAN
✅ TEAM WORK
✅ BERSEDIA ON TREK 15-18 JAM
✅ NO SELFISH ISSUE
✅ SUDAH BIASA DENGAN DUNIA HIKING
✅ TIDAK SOMBONG DAN BERSOPAN SANTUN