*

Sunday, 6 August 2017

GUNUNG LAMBAK





Assalamualaikum, storry minggu ni aku daki Gunung Lambak.

Kalau korang tengok Gunung Lambak mudah dilihat dari Bandar kluang. Gunung Lambak mempunyai puncak berkembar sebab tu di panggil Gunung lamba. Ketinggiannya mencapai 510 meter.





Aku mulakan pendakian bermula jam 8.20 pagi dengan menaiki jalan berkonkrit lebih kurang 100 meter dan seterusnya mula mendaki anak tangga yang hadang dengan papan dan tanah. Lebih kurang 300m aku dah mula terasa penatnya sebab pendakian sudah semangkin mencabar, terpaksa mendaki melalui cerun yang tinggi, berbatu dan licin. Korang mendaki kena hati2 sebab tanah licin mudah terpeliset.



Keadaan pendakian yang curam hampir 95 darjah menegak memang menguji ketahanan minda, emosi dan fizikal yang kuat.







Sampai di puncak Gunung Lambak jam 9.30 pagi. Kalau korang sampai di puncak gunung korang boleh nampak menara penyiaran TV. Dipuncak juga ada disediakan pondok untuk korang berehat tapi kalau nak makan kenalah berhati2 sebab banyak monyet. Bag, makanan or fon kena la berhati2 takut dirampas monyet2 yang memang tak takut pengan pengunjung.   










Lebih kurang 1 ½ aku berehat dan bersantai2 di puncak aku mula menuruni gunung. Mengigil kepala lutut beb... sebab aku melalui jalan yang sama. Memang sepanjang perjalanan bercerun curam tiada jalan yang landai hanya akar2 kayu tempat berpaut. Perlukan perhatian dan tidak boleh cuai kerana bahaya sentiasa menanti.





 Sampai di 500 meter akhir aku melalui laluan balak yang tembus ke sebuah Resort Gunung Lambak (Tidak beroperasi lagi). Laluan disini agak landai tapi agak jauh.

Jam 12.15 aku selamat sampai di kaki Gunung Lambak. Pendakian yang best, kalau untuk traning Gunung Lambak la tempat yang paling sesusai sebab kat gunung ni semua ada, tanah licin, batu, akar kayu, pacat semua ada….

Selamat mendaki… yang penting kena kuat mental. 





No comments :

Post a Comment