*

Tuesday, 25 April 2017

JOM MENDAKI GUNUNG PULAI



Hai,
Kali ni aku nak story sikit pasal Gunung Pulai. Bukan tak pernah pergi ke sini, sejak dari zaman ramaja lagi tempat ni dah jadi salah satu tempat kita orang lepak-lepak dan mandi-manda dari zaman remaja lagi.

Tapi yang bestnya kali ni bukan tujuan nak lepak-lepak or mandi-manda.... jom aku kenal-kenal sikit pasal Gunung Pulai dulu.  

Gunung Pulai merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Kulai, Johor, Malaysia. Gunung Pulai mempunyai ketinggian setinggi 654 meter. Gunung Pulai mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat Stesen Pemancar TV dan radio meliputi daerah Johor Bahru. Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan daerah Kluang. Pemancar ini juga menjangkau ke Singapura dan Pulau Batam , dan pulau-pulau yang berdekatan di Indonesia. Sistem 'troposcatter' telah dipasang di puncak Gunung Pulai dengan Kuching, Sarawak bagi meningkatkan perhubungan telefon antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur pada tahun 1970. Hubungan kawat SEACOM juga telah dipertingkatkan sejak 1967.
Gunung Pulai merupakan salah satu pemancar terpenting di Malaysia bagi Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.

So dah tau kan.... apa yang ada kat atas puncak Gunung Pulai tu. Hari ni sempena cuti kelepasan am Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong, aku bawa anak-anak mendaki Gunung Pulai.... Seawal 7.45 pagi kami dah mulakan pendakian. Sesampai je di kaki gunung aku tengok orang ramai dah nak mulakan aktiviti mendaki.

BERSEMANGAT, sebab ini kali pertama kami akan mendaki Gunung pulai.




Jam 7.45 pagi orang ramai dah mulakan aktiviti mendaki



Menikmati pemandangan yang indah, suasana hutan yang damai dan udara yang segar







Pada ketinggian 4000 meter... berbaki 2000 lebih lagi untuk mendaki.... (sampai sini pun dah tercungap2)








PUNCAK GUNUNG PULAI 
Terdapat Pemancar TV dan Radio

Kawasan Larangan -  pendaki tidak dibenarkan mendekati kawasan pemancar, ada askar yang ditugaskan untuk mengawal keadaan.

MACAM X DE APA PUN....
Panjat tinggi-tinggi tapi sampai atas tiada apa-apa yang menarik.... seharusnya pihak berwajib memikirkan sesuatu untuk menarik minat pendaki... contoh dengan menyediakan tempat beristirehat, tempat papan tanda jarak ketinggian dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh dibina bagi menarik minat orang ramai.... 







mendaki sejauh 6000 meter dan patah balik untuk turun ke bawah memang sesuatu yang menguji ketahanan mintel dan fizikan...

Apa-apa pun memang best... 
Lepas ni nak plan mendaki melalui laluan hutan (bukan jalan tar) pasti lebih mencabar....