*

Tuesday, 31 January 2017

Bercuti di PD Tiara Bay Apartment - KOPTIARA


Assalamualaikum,

Korang ke mana cuti raya cina yang lepas. Jom aku nak kongsi cerita kedestinasi mana aku bawa anak2 aku bercuti. Kali ni aku bawa pecutian family bajet ke Port Dickson.

Kalau korang nak tau skrang bukan Tiara Beach Resort sepenuhnya tap dah disabkan pada beberapa syarikat lain. Sekarang dah tukar nama PRIMALAND Port Dickson Resort & Convention Centr
dan beberapa badan koperasi telah mengambil alih. Aku telah tempah melalui KOPTIARA  PD Tiara Bay Apartment, Port Dickson lebih murah.

Dari Kulai Johor ke lokasi lebih kurang 261 km dan kira2 3 jam perjalanan melalui hyway utara selatan and exit di Tol Seremban.





 Aku chek in pukul 3 petang. Anak2 dah teruja tak sabor nak terjun.... huhu. Beli tiket 2 sesi, dewasa RM35 and kanak2 RM30, dapat harga diskaun. korang kena beli melalui KOPTIARA sebab kalau beli di kaunter PRIMALAND ikut sesi.





Bilik di resort ini adalah berhawa dingin dan mempunyai TV. Disediakan juga cerek di dalam bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi. Bilik luas siap ada dapur and ruang tamu, kira agak selesa la jugak untuk family boleh sumbat ramai2...huhuhu... baru RM150 1 malam.




Pemandangan kolam renang luas dan selesa. Kalau nak buat sukannika or BBQ pun boleh. Kalau nak makan kat sini pun ada sediakan restoran. Tapi aku beli kat luar je sebab bnyak kedai di sekitar sini.
























Kat sini kalau korang nak main main ping pong pun ada, resort ini juga menawarkan sewa basikal.  

Lokasi boleh dikatakan stratigek, nak ke Melaka adalah 47 km dari KOPTIARA - PD Tiara Bay Apartment, manakala Seremban adalah 33 km jauhnya. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 42 km dari KOPTIARA - PD Tiara Bay Apartment.