*

Monday, 10 February 2014

Bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum,

Cuti Tahun Baru Cina telah berlalu, Aku sempat juga meluangkan masa untuk membawa anak2 aku bercuti. kali ni tak lah jauh sangat, cuma di Bandar Bersejarah Melaka saja...

Kami telah menginap di Mahkota Hotel Melaka... tempatnya agak menarik dan selesa, dilengkapi dengan kemudah spt kolah renang, taman kanak2, sauna, sport, golf dll..

Pada sebelah petang, sempat aku melayan anak2 untk ronda2 kota Melaka, tempat bersejarah..punyalah sesak bagai...nak cari packing pun susah...bila packing tdk ditempatnya, ermmm...faham2 je le...surat pokcik pestol menyusul...huhuhu...(surat saman...)..

Alhamdulillah..percutian yg rengkas, sengkat n simple...tp menyeronokkan...yg penting anak2 happy.....






 


 
























 






Friday, 7 February 2014

MAJLIS PERSARAAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KULAI (DATIN HJH HASNAH BINTI MD SEM)



Assalamualaikum,

Pada tanggal 1 Febuari 2014 ganaplah usia Datin Hajah Hasnah binti Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai 60 tahun. Dengan rasa sebak, pada tarikh ini lah beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, Kulaijaya, Johor kerana terpaksa bersara paksa iaitu pencen pada usia 60 tahun.

Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem seorang yang amat komitad dan bertanggungjawab dalam kerjayanya. Beliau juga seorang yang lemah lebut tetapi tegas dan amat di sayangi oleh rakan sekerja dan pekerja-pekerja di bawah pentadbirannya.

Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem telah di lahirkan pada 1 Febuari 1954 di Jasin, Melaka. Anak kepada seorang Anggota Polis dan telah dibesarkan di Klang, Selangor. Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Istana, Klang dan SM Tengku Ampuan Rahimah, Klang (STAR Kelang). Beliau telah melanjutkan pendidikannya di peringkat universiti dengan segulung Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons-1978) – Pengkhususan Pertama - Pengajian Melayu (Linguistik), Pengkhususan Kedua – Kesusteraan oMelayu dan telah mengikuti khusus Diploma Pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 1979.

Pada 15 Januari 1979, Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem telah melaporkan diri sebagai Guru Siswazah di SMK Dato Hamzah, Pelabuhan Klang. Di sinilah bermulanya perjalanan beliau sebagai seorang pendidik. Dan seterusnya beluau telah bertugas di SMK Bukit Bintang (L), Petaling Jaya.

Pada 1 Disember 1989, Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem telah berhijrah ke Johor kerana mengikuti suami, Y. Bhg Dato’ Hj. Mazelan bin Abu yang bertugas di Johor Royal Flight. Beliau telah bertugas di SMK Senai, Johor.

Pada 16 Jun 2003, Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem telah diberi keperjayaan untuk mentadbir di SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru sebagai pengetua, di sini beliau juga adalah merupakan Pengetua pertama di SMK Taman Rinting 2. seterusnya beliau telah bertugas di SMK Munshi Abdullah, Kulai pada 16 Oktober 2004 dan seterusnya di Naikkan Pangkat di anugerahkan sebagai pengetua cemerlang pada 23 Februari 2009. Beliau menetuskan tugaskan sebagai pengetua cemerlang DG52 di SMK Kelapa Sawit pada 1 Februari 2010.

Pada 24 Februari 2012, Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem telah terus mengorak langkah kehadapan dengan menerima jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah, Kulaijaya sehingga hari ini 1 Februari 2014. Dan pada tarikh ini, ialah tarikh keramat yang beliau terpaksa melepaskan jawatannya Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya kerana BERSARA WAJIB.



Antara Program yang telah diaturkan:
Program Pra Persaraan Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai


Program Menjejek Langkah Pendidikan Cemerlang


23 Januari 2014 Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR), Klang






24 Januari 2014 SMK Dato Hamzah, Pelabuhan Kelang






24 Januari 2014 SMK Bukit Bintang (L), Pertaling Jaya, Selangor.




    
Bertemu dengan sahabat lama yang masih mengajar di SMK Bukit Bintang (L).

  



26 Januari 2014 SMK Senai, Kulaijaya.



   






26 Januari 2014 SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya.






27 Januari 2014 SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru.

   

   




27 Januari 2014 SMK Kelapa Sawit, Kulaijaya




 





  



Majlis Sekalung Budi, Setulus Hati
29 Januari 2014 Hotel Putri Pan Pacific, Johor Bahru.



  
Ditemani suami tercinta Y.Bhg Dato' Hj. Mazelan bin Abu



    





Majlis Semekar Budi Sejembak Memoir, Sentuhan Akhir.
30 Januari 2014 Pejabat Pendidikan Daerah Kulai



    



SELAMAT BERSARA...