*

Tuesday, 30 April 2013

Selamat Menyambut Hari Pekerja



Bila sebut 1 Mei , ingat ‘CUTI’. Apa taknya, setiap tahun semua pekerja di Malaysia menyambutnya, ianya merupakan cuti khas untuk kita sebagai pekerja. Tak kiralah kerja apa, sektor awam, sektor swasta ataupun bekerja sendiri, kita tetap menjadi penyumbang kepada kemajuan Negara.
 
Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1972, dan 1 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Perhimpunan Hari Pekerja pertama diadakan di Malaysia  yang dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991.



Nuffnang Ads



Tema Hari Pekerja tahun ini adalah
 
“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”
 
Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk, menjana atau melahirkan faktor atau persekitiran yang mempercepatkan sesuatu tindakan atau perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan).
Dalam erti kata yang lain, ia merupakan proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna.
 Dalam konteks negara kita, agenda transformasi adalah yang merangkumi transformasi ekonomi, sosial, pendidikan, sektor awam serta lainnya telah dan sedang digerakkan bagi merealisasikan wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

 
Selamat menyambut Hari Pekerja 2013 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia, Semoga kita terus komited dalam melakukan segala kerja yang telah diamanahkan kepada kita.
 
 
 

Monday, 29 April 2013

Pasar Borong Pandan Johor



Assalaammualaikum… kali ni aku nak ajak kau orang meninjau2 Pandan City. Berjalan aja lah kan
 
 
Kalau kau orang nak tau, dari apa yang aku nampak… Pandan City ni ada beberapa bahagian, antaranya Pasar Borong Pandan, Rumah kedai, Bazar Pandan & Pandan Uptown.  
 
Kat sini macam-macam ada dijual. Produk pakaian, jamu & ubatan dan makanan dan pelbagai mainan. Bukan setakat orang sekitar JB aja yang datang, malah orang seberang tambak (Singapore) pun suka ke sini. Sebab macam2 ada.....

 









 







 




 Kat sini kalau kau orang lapar tak perlu risau sbb banyak gerai makan yang tersedia. Macam2 menu makanan yang tersedia...tinggal oder je....
 
 



 
Kalau ke sini, menu utama aku ialah Roti Nan & Satay...
memang sedap. cubalah.... 
 
 
Tapi ada yang aku tak suka..... tahap kebersihannya....
kurang memuaskan...sampah bersepah merata tampat.
 



 
 
Kalau kau orang nak selesa...kau orang bpleh makan di Pandan Uptown, kat sini boleh di katakana bersih lah juga... 
makan lebih selesa....
 




Aku selalu juga ke sini, tapi tak masuk pun pasar basahnya    (Pasar Borong Pandan) .... malas nak berbecak2, susah nak bawa si manja aku ni..... biasanya my hubby je yang masuk, aku tunggu dalam kereta.
 

 













Pasar Borong Pandan (pasar basah)... sempat juga aku snap...tapi dari jauh je...Nanti kalau aku ke sini lagi aku akan buat entry pasal Pasar Borong Pandan pula ye…. ok byyy... 


 

Sunday, 28 April 2013

Riadah Hujung Minggu: Hutan Lipur Gunung Pulai




Nuffnang Ads


 
 
 
27 April 2013 aku bersama anak2 ke Hutan Lipur Gunung Pulai yang terletak, di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Bagi mengawasi dalam aspek keselamatan, my hubby kesayangan aku tentulah turut sama.

 
 


Kau orang tentu ingat, pada Disember 2001, kita telah di kejutkan dengan Satu tragedi tanah runtuh di Hutan Lipur Gunung Pulai (klik untuk berita selanjutnya).Untuk makluman kau orang, Hutan Lipur Gunung Pulai ini masih belum di buka sehingga kini. Tetapi biarpun ditutup, masih ramai yang berkunjuung ke sini, termasuklah aku…hehheh…So, untuk faktor keselamatan, aku bersama anak2 bermandi-manda di kaki gunung sahaja. Malas nak menapak sampai tingkat satu…sbb kenderaan tidak dibenarkan sampai ke atas, kena packing di kaki gunung sahaja.

 
 
 


Aku memang suka tempat2 macam ni, melihat suasana damai dan tenang..pohon2 menghijau,  mendengar deruan air yang mengailir tanpa henti…. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kota… memang tenang dan damai…






 

 

Anak2 seronokan mandi-manda, disamping itu aku tidak lupa menerapkan pemahaman dalam aspek konservasi iaitu melestarikan atau melindungi alam kepada anak2 aku.

 

Di sini banyak khazanah alam amat yang perlu dijaga, khususnya mengekalkan persekitaran alam serta mengaja kebersihannya. Sebab itulah kita kena mendisiplin diri terutamanya anak2. Pembuangan sampah yang merata2 akan menagikatkan pemusnahan tumbuhan, inilah yang  harus diterap ke dalam minda generasi ini agar tahu menghayati dan menghargai ciptaan serta kurniaan Illahi…

 
 
 


 
 
Gambar yg sempat aku snap...
 




heheheh...sekali sekala berkubang seronok juga....
 


 





Nuffnang Ads