*

Saturday, 21 September 2013

JALAN RIA & PELANCARAN SENAMROBIK PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI 2013




Assalamualaikum,
 
Syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada Kelab KITA dan Sub Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dengan kerjasama KEPTAN Cawangan Kulaijaya kerana telah berjaya menganjurkan program ini.
 
Rasional
Program Jalan Ria Pejabat Pendidikan Daerah Kulai 2013 merupakan anjuran Kelab Kita dan Sub Unit Sukan PPD Kulai sempena sambutan bulan kecergasan tahun 2013. Program ini bertujuan supaya semua penjawat awam sentiasa sihat tubuh badan, mental dan fizikal agar dapat memberi sumbangan yang berterusan dan sanggup berkorban dengan bekerja lebih masa berteraskan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan tahap kerja perkhidmatan awam.
 
Objektif
*Membentuk amalan penjagaan kesihatan kepada warga pendidikan Daerah Kulaijaya. 
*Memberi kesempatan beriadah santai sambil mengeratkan silatulrahim di antara warga pendidik Daerah Kulaijaya.
*Meningkatkan amalan budaya senaman untuk kesihatan di kalangan warga pendidik Daerah Kulaijaya.
*Membentuk jatidiri yang positif terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
 
Program ini telah diadakan di Hutan Bandar, Bandar Putra, Kulaijaya. Program telah dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta. Senamrobik telah dipimpin oleh JU Senamrobik MSSD Kulaijaya. Selesai sahaja peserta menamatkan Jalan Ria PPD Kulai, Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Datin Hjh. Hasnah binti Md Sem telah merasmikan Pelancaran Senamrobik Pejabat Pendidikan Daerah Kulai 2013. (Senamrobik akan di adakan setiap hari Rabu jam 5.00 petang bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya, Semua ahli dijemput hadir bagi menjayakan program ini).
 
Program dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan program berakhir jam 10 pagi.
 
 
 
Senamrobik telah dipimpin oleh JU Senamrobik MSSD Kulaijaya.
 
 
 





Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Datin Hjh. Hasnah binti Md Sem telah membunyikan syeren bagi melepaskan Jalan Ria PPD Kulai.











 
 
 
Program dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah
 



 








 Nuffnang Ads



Acara bebas

 
 








sekian....




Friday, 13 September 2013

LAWATAN KERJA NAZIRAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

 
 
Sirih bertepuk pinang menari, Gong dipalu alunan berbunyi
Irama bergema rentaknya tari, Tanda bermula majlis disini
Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang Burung Tempua
Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua...
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Misuan bin Mohamed. Pejabat Pendidikan daerah Kulai mengucapkan selamat datang kepada Cik Zarita binti Dato' Zainol Abiddin, Penolong Setiusaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia bersama rakan-rakan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulai atas urusan Lawatan Kerja Naziran. Jabatan Pelajaran Johor merupakan negeri yang ke enam dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulai merupakan daerah yang pertama di Johor terpilih untuk di lawati oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ini.  Kehadiran beliau ke PPD Kulai sangat di alu-alukan dan harapan kami agar lawatan ini memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman.
 
 
 





 

sekian...






 Nuffnang Ads




 
 

LAUNGAN MERDEKA SEMANGKIN HAMBAR


 
 
ESOK adalah 16 September … Sambutan Hari Malaysia. Telah genaplah 56 tahun negara tercinta kita Malaysia Merdeka. Hari Malaysia telah mengendelamkan Laungan merdeka, merdeka yang  sebelum bergema di setiap pelosok Negara. Kini laungan itu semangkin hambar, sepatutnya laungan itu perlu dihayati sepenuhnya agar semangat laungan tidak tinggal laungan semata-mata. Ada yang tidak merasakan apa-apa kesan dengan ketibaan tarikh itu. Tarikh atau peristiwa itu seakan tidak memberi apa-apa signifikan buat kita. Ia dibiarkan berlalu begitu saja bagaikan tarikh lain yang tidak membawa erti.
 
Seharusnya kita sebagai rakyat mempunyai kesedaran, dan pemerintah hari ini juga harus ikhlas dan sedia menerima peranan pihak lain. Selagi kerajaan yang ada hari ini menafikan peranan dan pengorbanan semua pihak, maka selama itu sambutan kemerdekaan kita akan layu, lunyai dan 'laaih' dan ia hanya tidak ubah sebagai sebuah pesta atau keramaian hiburan yang tidak memberi apa-apa signifikan pun kepada kita. Sambutan itu akan dilihat sebagai sebuah propaganda.
 
Pada 31 September 2013, aku telah turut serta dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.. para peserta begitu bersemangat dalam menyertai perbarisan... tapi sayang tiada sambutan dari orang awam... stadium lengang & lapang. Seharusnya pihak penganjur harus peka akan keadaan ini, mungkin promosi yang di adakan kurang menarik minat orang ramai untuk turut serta...


 
 
 
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kulaijaya 2013
 



 


 

 

 
 
 
Malam Ambang Kemerdekaan
 




 
 
Kelab Basikal Antik







Percikan Bunga Api menarik perhatian pengunjung...
 

 
 
Turut sama di Menyambut Malam Ambang Kemerdekaan

 
Sekian..