*

Wednesday, 5 June 2013

Bercuti di Kelantan - Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan

 
2 Mei 2013.

Asalamualaikum…Dalam kesibukan dan kepenatan, sempat juga aku melayan kerenah anak aku, si along… beria-ia dia nak masuk Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ini. Terpaksa juga aku melayan…  Untuk memasuki tempat ini, dewasa dikenakan bayaran RM2.00 dan kakak hanya RM1.00 sahaja.

Muzium ini terletak di atas Lot No. 430, dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu.  Tak susah kalau korang nak gi…sebab ia terletak berhampiran  Pasar Siti Khadijah. Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah.

Korang dapat lihat , kesenian yang diterapkan. Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan.  
 
 

 

 


KERETA KUDA - Kereta kuda ini digunakan semasa Majlis Raja Bersama Rakyat Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Yang Ke 52 di Istana Negeri, Kubang Kerian pada malam 29 Muharram 1423 bersamaan 12 April 2002. Kereta kuda ini dinaik oleh Duli yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan.
 
Kereta kuda ini dipersembahkan dari Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang ditempah khas dari Negara Thailand.

 
 
PERAHU BURUNG PETALAWATI - Perahu Burung Petalawiti ini digunakan semasa perarakan Istiadat Berkhatan Tengku Long Yunus Anakda Tengku Zainal Abidin di Kota Bharu dalam tahun 1933.
 
 
 
 



Antara barangan yang diperbuat dari tembaga...
 

 
 
 
         Terdapat juga gerai menjual cenderahati.........
 

Nantikan catatan bercuti di Terangganu

No comments :

Post a Comment