*

Sunday, 30 June 2013

MAJLIS PEMANTAPAN KEROHANIAN KEKELUARGAAN

"Mulakan hari ini dengan ketenangan dan fikiran yang lapang ! Insyallah hari ini akan menjadi hari yang terbaik berbanding sebelumnya"
 
 
 
 
 
Assalaamualaikum,
 
Syukur Alhamdulillah, Majlis Pemantapan Kerohanian Kekeluargaan yang dianjurkan oleh Kumpulan Pelaksana Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya telah di laksanakan dengan jayanya pada 27 Jun 2013 di Dewan Sulu Bestari, SMK Senai, Johor.
 
Majlis telah di mulakan dengan Bacaan Yassin dan tahlil dan seterusnya ceramah telah disampai oleh Ustaz Haji Abd Ghani bin Khamis.










"YA ALLAH ...TERIMALAH AMALAN-AMALAN KAMI, PERKENANKANLAH DOA-DOA KAMI, BUKAKANLAH PINTU KEBAIKAN UNTUK KAMI, SEPERTIMANA ENGKAU BERIKAN KEPADA PARA ANBIYA' & AULIYA'MU DAN HAMBA-HAMBA MU YANG SOLEH"


Stiker Dinding 3D




Assalaamualaikum…
 
Dah 3 bulan aku duduk di bilik ini… teramatlah membosankan and berserabut kepala otak aku bila berada di bilik yang agak sempit dan berselerak… so aku kena buat sesuatu...
 
 
 
Langkah Pertama, 5S…. tentu kau orang tahu apa tu 5S…( Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal…) … bila semua dah aku lempar and sorok tah kemana…. Barulah Nampak lapang….
 
Bila semua dah kemas barulah mula langkah ke dua. Tengok belakang tempat duduk aku tu kosong je…tak menariklh pulak kan?.....  terfikir aku nak letak sesuatu… ehh... nak letak apa ye....? asyik Fram2 gambar je.. bosanlah…. kita cuba yang lain..
 
Time aku buat kerja, time tu juga lah dia nak berdokung.... ermmm...layan..


 
 
Saja nak buat lain sikit… 'wall sticker 3D'… sebenarnya aku ni bukanlah kretif sangat… tampal-tampal je.. janji boleh…
 

 
 simple je kan ..ermmm tak susah pun…
 
 
hahhh...inilah tempat duduk aku yang telah aku 5S kan nya....
 
 Sebelum...serabut...macam otak aku juga serabutnya...

Lapangggggg... barulah selesa nak buat kerja,,,,
 
 
 
 

Kalau kau orang nak buatpun boleh… sekarang ni banyak jual sticker macam tu… kat kedai RM2 pun ada…. Kos nya murah, kalau kau orang kretif menyusunya… lagi nampak cantik and menarik… 
 


Antara Skiter2 yang korang boleh pilih, cantik dan menarik.
 
 
 
 yang ni aku tambal kat rumah aku, suka tengok...

 
 

 Selamat mencuba....
 






 
 

Sunday, 23 June 2013

Nisfu Syaaban

 
 
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat. Ayuh kawan2 kita perbanyakkan doa di malam ini, moga2 doa kita diperkenanNya....amin...
 
Marilah kita bersujud dan dan perbanyakkan doa:
 
"Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu."
 
 "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."
 
"Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
 
 
 
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
 
 
amin....semoga mendapat keberkatanNya....
 
 

 

Friday, 21 June 2013

LEGOLAND Malaysia


 
 
 
Haiii…. semalam aku berpeluang dan tertunai sudah hajat aku untuk ke Legoland….. apa taknya...kan Legoland merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia, sebagai rakyat Malaysia terasa rugi jika tidak dapat masuk ke situ...


Sampai je di Legoland, kami seramai 40 orang (terdiri Pegawai PPD Kulai dan guru2 Daerah Kulai) telah disambut oleh petugas Legoland. Di “mindstorms” kita orang telah diberi taklimat secara rengkas…. dan kita orang telah di beri baucer makan bernilai RM30 setiap seorang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Kemudian di ‘Interactive Lego” kita orang berpeluang membina pelbagai bentuk bangunan yang tinggi mencakar langit... yang bestnya model yang di bina boleh di uji ketahanan dan ke kukuhan benaannya.

 
 
 
 
 
 
Di sini pula kalau bawa anak2 pasti mereka akan seronok....kerana di sini mereka boleh membina pelbagai bentuk kenderaan dan boleh di uji tahap kelajuannya.... hehehh aku pun buat juga tau.... tapi takllah secantik mana..tapi bolehhh..

 
 
 

Kalau korang masuk di "Lego Mindstorms", kau orang akan berpeluang bermain dan menguji kepintaran bermain robot dengan mengunakan komputer,,,

 
 
 
 Masa aku naik “Dino Island”,  kat sini pun sebenarnya dah kecut perut....dah lah basah lokus dengan percikan airnya...
 
 
 
 
 
 
Tak cukup dengan tu konon..... nak yang lebih mencabar.... hahhhhah.. naiklah “Project XXX”  fuhhh... macam mati hidup semula weee.... punyalah laju.... menjerit sekuatnya...mengigil kaki wayy bila turun... ....

 
  
 Sepanjang melalui laluan Legoland, banyak terdapat reptika berbagai bentuk dan saiz yang cantik dan menarik.. ..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
"Miniland" banyak Reptika bangunan2 sejarah dan menjadi merju tanda sangat cantik dan menarik... rugi kalau kau orang tak tengok,.....kalau korang pergi jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini...
 
 
 
 
 

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan Mughal di dalam memori isteri beliau. Ia dianggap sebagai sebuah karya seni bina Mughal. Ia mengambil masa lebih dua puluh tahun untuk membina dengan menggunakan beribu-ribu orang pekerja.
 
 
 
 
 
 
 
 
 Wat Arun adalah Kuil Budha yang terdapat di sungai Chao Pharaya di Bangkok. Wat Arun bermaksud "Kuil Dawn" ia dibina pada abad ke-19 dan ia dihiasi dengan kerang dan kepingan porselin yang digunakan sebangai ballast dalam bot dari Negara China.

 
 

Karawak Hall tongkang gergasi terletak di tepi Tasik Kandawgyi di Yangon, Myanmar. Ia diilham oleh baj diraja purba: perkataan "Karaweik" berasal dari mitos nama burung. Di dalamnya sebuat restoran yang besar di mana tetamu boleh melihat kraf tradisional dan tarian.


 

Pelabuhan yang merupakan pelabuhan muatan pindah kapal utama di Malaysia ini terletak di lokasi yang strategic iaitu di pertembungan laluan utama kapal dai Timur dan Barat. Pelabuhan ini terletak di muara Sungai Pulai di kawasan Baat Daya Johor, PTP ialah pelabuhan laut dalam tertutup dengan kedalaman 14-19 meter.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Masjid indah yang dibina di atas Tanah perkuburan Melayu yang pertama di Bandar. Belakang masjid, terletak kombinasi Sungai Klang dan Sungai Gombak di mana sebelum ini dikenali sebagai Sungai Lumpur, yang bermaksud "Sungai berlumpur".

 

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu bangunan tertua di Kuala Lumpur dan paling unik untuk di rakam. Pada tahun 1957, bendera Malaysia telah dinaikan buat pertama kalinya di hadapan bangunan ini.

 
 
Tak sempat nak explore semua tempat…  
 





 
 
Overall, memang enjoy di Legoland Malaysia walaupun cuaca berjerebu and bahangnya agak panas.. kalau korang nak percutian seisi keluarga especially yang ada anak kecil (3-12 tahun).. kat sini memang sesuai…kalau rating aku bagi 9/10 (1 tu tolak sebab tak siap sepenuhnya : iaitu taman teman airnya)

Jika ada kesempatan…dilain kali pasti aku akan pergi lagi ke sini bersama keluaga dan anak2…. Pasti mereka seronok dan gembira….

.....