*

Tuesday, 30 April 2013

Selamat Menyambut Hari Pekerja



Bila sebut 1 Mei , ingat ‘CUTI’. Apa taknya, setiap tahun semua pekerja di Malaysia menyambutnya, ianya merupakan cuti khas untuk kita sebagai pekerja. Tak kiralah kerja apa, sektor awam, sektor swasta ataupun bekerja sendiri, kita tetap menjadi penyumbang kepada kemajuan Negara.
 
Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1972, dan 1 Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai cuti umum. Perhimpunan Hari Pekerja pertama diadakan di Malaysia  yang dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991.



Nuffnang Ads



Tema Hari Pekerja tahun ini adalah
 
“Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”
 
Pemilihan tema ini adalah seiring dengan inisiatif Kerajaan dalam membentuk, menjana atau melahirkan faktor atau persekitiran yang mempercepatkan sesuatu tindakan atau perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan).
Dalam erti kata yang lain, ia merupakan proses peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain, daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna.
 Dalam konteks negara kita, agenda transformasi adalah yang merangkumi transformasi ekonomi, sosial, pendidikan, sektor awam serta lainnya telah dan sedang digerakkan bagi merealisasikan wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

 
Selamat menyambut Hari Pekerja 2013 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia, Semoga kita terus komited dalam melakukan segala kerja yang telah diamanahkan kepada kita.
 
 
 

No comments :

Post a Comment