*

Saturday, 6 April 2013

Contoh soalan KPSL N27 (Bab Perintah Am)

Assalamualaikum,
 
Beberapa hari ni, saja update blog aku ni dgn soalan & jawapan KPSL N27. Bukan kerana nak tunjuk pandai, tapi utk di kongsi bersama rakan2 pembaca yang mana tahun ni akan mengambil KPSL N27........ termasuklah aku...
 
Moga kita berjaya...
 
 
 
 
 
Soalan :

Semasa menghadiri majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik Samad telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadirkan diri. Selepas membukanya, Encik Samad mendapati ianya satu hadiah yang cukup bernilai. JELASKAN dari segi peraturan sedia ada mengenai syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Samad.  
 (5 markah)
 
Soalan nih nak kita jelaskan syarat pemberian hadiah. kau orang blh rujuk BAHAGIAN II TATAKELAKUAN dalam BAB D - Peraturan2 Peg. Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Jawapan :

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.

(2) Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempenan persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.

Rujukan : Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian II Tatakelakuan - 8 ( 1-2)

 
 

Soalan :

Doktor Vanessa, seorang ahli Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) ingin menghadiri mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan? Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya?
(4 markah)

Jawapan :

Tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh meluluskan  cuti tidak berekod kepada pegawai pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka. Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar biasa sahaja.

Rujukan : Rujukan : Perintah Am - Bab C Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian VI Cuti Tidak Berekod (45)
 
 
 




Nuffnang Ads




 
 
 

11 comments :

  1. As salam.. maaf ye..rujukan untuk jawapan no. 2 tu ade pembetulan..
    Rujukan : Perintah Am - Bab C Cuti VI CUTI TIDAK BEREKOD (45)

    ReplyDelete
  2. W'salam ... TQ, atas maklumbalas...Taiping erra....

    ReplyDelete
  3. bagusnye mahu share cara menjwb yg betul, dah 3x seat exam ni, satu paper pun takde yg lulus, semuanya kandas.. tahun ni insyaallah akan seat sekali lagi setelah tahun lepas dah missed... hrp kalau ada sebarang info boleh lah di share bersama.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama..asyk knadas ja.tahun lepas x ambil pn sbb dh frust.thun ni cuba jwb yg trbaik..tq sis atas info..

      Delete
  4. ni soalan ramalan ke soalan bocor??? tahun ni ambik jugak KPSL...first time

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cth soalan taun lps..baca ja buku insyaallah LULUSS!!! sya pn baru 2 seat dh lulus 2 alhmdllah..rajin2 membaca

      Delete
  5. Boleh jawab cara mcm yg tertera tu ke...

    ReplyDelete
  6. Sunguh baik hati. Moga mendapat kebaikan dunia dan akhirat.. apa2 pun kebajikan dan kebaikan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.. saya sendiri pun terkandas juga dlm exam ni.. naik letih dah.. terima kasih byk2.. kalo ada soalan dan jawapan lagi boleh bagi tak.. tahun ni berazam nak ambil balik.. email saya sayang811@yahoo.com.
    ..kak jue..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian, moga mendapat kebaikan dan ganjaran disisi Allah ....

    ReplyDelete
  8. Tq for sharing... tahun lepas x boleh pi sb clash dengan final exam... nanti jemput la singgah blog dida https://edaariff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam..klu soklan utk bhgn II kena ltk rujukan skali ke?..

    ReplyDelete