*

Monday, 25 March 2013

ETIKA PAKAIAN PENJAWAT AWAM


Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsi dgn kau orang tentang Etika dan Protokol berpakaian. Cuba kau tengok kalau orang gomen gi kerja...ada x yang pakai seksi........nilah yg aku nak cerita topik ni sebab aku yakin ramai yang tak tahu tentang adanya Etika Berpakaian bagi pejawat awam, terutamanya orang awam....atau adik2 yg baru masuk kerja gomen yg tengah tercari tentang penampilan diri.... 

Sebenarnya sebagai penjawat awam ni..... kita orang telah termaktub dalam pekeliling mengenai cara pemakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai. So mana yg x tau tu jom kita terjah kat sini.... Kit Perkhidmatan Awam . Di dalam Kit ini ada maklumat yg perlu kau orang tahu dan patuh.

Tu yg aku nak citer tentang ni.... sebab aku tengok dah ada yang memakai skirt, seluar, blouse dan sebagainya (yang perempuan) ..macam-macam ada. sebenarnya pakaian jenis tu (yg menjolok mata) TIDAK BOLEH dipakai. sukahati dia org je nak pakai...yeekkh! .. tapi bagi bangsa lain yg bukan beragama islam dibolehkan memakai blouse n skirt labuh... tapi ia perlulah sopan...

Aduhaiiisss  ... mana yg dah lupa n buat2 lupa tu jom kita baca balik .... ok....




ETIKA PEMAKAIAN PEGAWAI AWAM



* SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013... 


1. KIT PERKHIDMATAN AWAM


2. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1985

- PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM



3. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

- FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI



4. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

- PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS




4 comments :

  1. Salam sejahtera, berkenaan dengan kod pakaian. Jika satu majlis perayaan sesuatu kaum diadakan, bolehkah bangsa lain memakai pakaian kaum tersebut untuk meraikan majlis tersebut bersama-sama.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Seorang pegawai yg dikehendaki menghadari sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana ditentukan bagi upacara itu, dan jika etika pakaian bagi upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian yg sesuai bagi upacara itu ... (Rujuk Perintah Am Bab B : Bahagian II - Tata Kelakuan)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum , adakah benar pemakaian jubah tidak dibenarkan kerana dianggap sebagai 'one piece'?

    ReplyDelete
  4. yelah...arini kawan ada btau,jubah x boleh dipakai sesama bertugas untuk kakitangan awam...tapi kenapa pegawai2 atasan masih memakai jubah....

    ReplyDelete