*

Friday, 29 March 2013

Kawasaki Ninja 150RR

Assalamualaikum..

Macam mana nak cerita ye...tiba2 aku boleh pulak jatuh cinta kat motor ni... Kawasaki Ninja 150RR. Memang aku minat sangat... satu petang tu aku boleh pulak pergi servey kat beberapa kedai motor... akupun cuba2 lah tonggang.... WAUUU...memang best gila lah... ada gaya syyy.... walaupun kaki aku terpaksa terjengkit sikit, (sbb bdn kicik) tu no hal... semua boleh bikin.... Harganya memang boleh tahan mahal..... RM11,800.00 termenung kejap aku.... hahahhh, tapi tak jadi masalah.....

Korang cuba bayangkan kalau aku bawak motor tu gi office ... vroommmm...vroommmm.....vroommmm.....  berhenti betul-betul depan pintu office........ 'wa cakap lu....gempak beb...'.

Aku ni memang suka 'Angan-Angan Mat Jenin'.... Tapi tak mustahilkan, kalau memang JODOH... ia tetap jadi milik ku... kwang..kwang..kwang...jangan marah...

 
 


Jiwa kalau dah memang ada...  pasti aku memilikinya... Andainya terjadi, satu masa aku akan mencari mu....Kawasaki Ninja 150RR.

 

Hijau Warna Idaman Ku............ Kawasaki Ninja 150RR


 

Spesifikasi untuk Kawasaki Ninja 150RR


◾ Type: 2-lejang, kotak engkol reedvalve, SuperKIPS, HSAs
◾ Diameter x Strok: 59,0 x 54,4 mm
◾ Sistem Penyejuk Penyejuk dengan air
    
Bilangan ◾ & Isi Silinder: Satu buah-buahan & 148cc
    
Perbandingan ◾ Mampatan: 6.8: 1
◾ Kuasa maksimum: 22.1 KW (30.1 PS) / 10 500 RPM
◾ tork maksimum: 21.6 Nm / 9000 RPM
◾ Karburetor: Mikuni VM 28
◾ sistem Starter: Kick
◾ Penghantaran Jumlah: 6 kelajuan, jaringan berterusan, peralihan pulangan
   
Jenis ◾ sistem pengurangan utama: Gear
◾ Pengurangan nisbah: 3,272 (72/22)
◾ Clutch: basah, cakera berbilang
◾ Penghantaran Jenis lawatan: 6-kelajuan, jaringan berterusan, kembali anjakan
◾ Pergigian Nisbah: 1 2700 (27/10), 2 1706 (29/17), 3rd 1300 (26/20), 4 1090 (24/22), 5 0952     
    (20/21), & 6 0863 (19 / 22)
◾ Sistem jenis pemacu akhir: memandu Rantaian
◾ Pengurangan nisbah: 3,000 (42/14)
◾ memandu nisbah Keseluruhan: 8479 @ gear teratas
◾ Sistem Pelinciran Minyak: Minyak Suntikan
◾ Minyak Kapasiti sampingan: 1 liter
◾ Kapasiti Penghantaran / Minyak Enjin: 0,87 liter
◾ ekzos / selendang: Catalic Penukar
◾ Kapasiti penyejuk: 1.3 liter
◾ Barisan Penggantungan Penggantungan: Fork teleskopik
◾ Penggantungan Belakang: Penggantungan Monoshock
◾ Front Brek: Brek Cakera Twin Pot
◾ brek Belakang: Pot Brek Cakera Twin
◾ Tayar depan: 90/90-17 49S-jenis Tube
◾ Tayar Belakang: 110/80-17 57S-jenis tiub
◾ PanjangxlebarxTinggi: 1975mm x 719mm x 1090mm
◾ Seat Height: 780mm
◾ Wheels Paksi jarak: 1.305mm
◾ Jarak ke tanah: 145mm
◾ Berat: 124,5 kg
◾ Isikan tangki gas: 10.8 liter
◾ Bateri: 12 V 4 Ah
 



 
 


 

Wednesday, 27 March 2013

Janganlah Bersedih Hati



 
Assalaamualaikum…

Kekadang kita rasakan hidup ini bagaikan satu permainan. Apabila diuji, kita kononnya merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang.

Tapi ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan, bila kita diuji dan diuji tahap kesabaran serta keiman. Sehingga kita merasanya cukup lemah dan hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila pelbagai tekanan, tomahan, hinaan, cacian dan kadangkala ia menjadi fitnah yang dilemparkan terhadap kita hingga menyebabkan kita tidak mampu menghadapi, hilang semangat untuk menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Subhanallah. Maha suci Allah!

Itu lah ujianNya, Allah SWT sedang menduga dan menguji di mana tahap kelemahan dan ke imanan hambaNya. Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.

Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahu apa yang berlaku. Moga kita renung dan fikirkan...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah : 216)


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Ali Imraan : 139)


"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Al-Baqarah : 45)


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."
(At-Taubah : 111)


"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


Ingatlah,  bahawa kehidupan di dunia hanya sementara, segala kemewahan, pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar pinjaman. Usahlah riak dan takbur dengan apa yang kita miliki hari ini. Semua kebahagia dan kasih sayang itu milik Allah SWT.

Suatu masa nanti pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujianNya. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhaiNya. Bersabar Duhai Hati..…..
 
 
 

 

Monday, 25 March 2013

ETIKA PAKAIAN PENJAWAT AWAM


Assalamualaikum...

Kat sini aku nak kongsi dgn kau orang tentang Etika dan Protokol berpakaian. Cuba kau tengok kalau orang gomen gi kerja...ada x yang pakai seksi........nilah yg aku nak cerita topik ni sebab aku yakin ramai yang tak tahu tentang adanya Etika Berpakaian bagi pejawat awam, terutamanya orang awam....atau adik2 yg baru masuk kerja gomen yg tengah tercari tentang penampilan diri.... 

Sebenarnya sebagai penjawat awam ni..... kita orang telah termaktub dalam pekeliling mengenai cara pemakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai. So mana yg x tau tu jom kita terjah kat sini.... Kit Perkhidmatan Awam . Di dalam Kit ini ada maklumat yg perlu kau orang tahu dan patuh.

Tu yg aku nak citer tentang ni.... sebab aku tengok dah ada yang memakai skirt, seluar, blouse dan sebagainya (yang perempuan) ..macam-macam ada. sebenarnya pakaian jenis tu (yg menjolok mata) TIDAK BOLEH dipakai. sukahati dia org je nak pakai...yeekkh! .. tapi bagi bangsa lain yg bukan beragama islam dibolehkan memakai blouse n skirt labuh... tapi ia perlulah sopan...

Aduhaiiisss  ... mana yg dah lupa n buat2 lupa tu jom kita baca balik .... ok....




ETIKA PEMAKAIAN PEGAWAI AWAM



* SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013... 


1. KIT PERKHIDMATAN AWAM


2. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 1985

- PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM



3. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

- FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI



4. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

- PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS




Riadah Hujung Minggu: Hutan Bandar Putra Kulaijaya



Assalaamualaikum, 

Anak-anak dah mula cuti sekolah, hujung minggu aku pakat dengan suami nak beriadah…rehatkan minda, tenangkan hati dan lupakan seketika rutin tugasan di tempat kerja yang membosankan.. Aktiviti santai kita orang bermula jam 7.30 pagi… Sampai saja di Hutan Bandar Putra jam 8.00 pagi…..kita orang join Senam Robik, wahh seronok juga, walaupun nampak santai tapi jugaklah peluh berpeluhlah jugak...! perghhh penat seyyy… al maklumlah dah lama tak beraktiviti seperti ini…..
 
Kalau kau orang nak tau setiap hujung minggu di sini akan mengadakan diadakan aktiviti Senam Robik bermula jam 7.30 pagi anjuran MPKU Kulaijaya… lepas ni jom pakat dengan member kita join ramai2 …
 
Bila bersama anak2, penat tak terasa,...... santai ... happy melihat anak2 gelak ketawa and riang, enjoy...! Memang sangat best!...
 
 
 

 SENAM ROBIK
 
 
Jom bersenam robik...sihatkan badan, cergaskan minda



BERJOGING

 
 

 
 
 
 
PEMANDANGAN
 

Pemandangan di sini sangat cantik, sejuk mata memandang...



 
 
 
 
 
 
 
IKAN

 
 

 
 

 Setelah penat berjoging... kita orang berehat seketika melihat ikan-ikan berenang...
 
 
 
 
BURUNG GAGAK
 
 
 
 
Di sini banyak juga terdapat Burung Gagak....
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 

Saturday, 23 March 2013

Bicara Hati







 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

duhai pelangi...
warna cantik berseri..
gagah melingkari sekeliling bumi...
walaupun muncul mu x pasti...
tapi tetap di nanti...
walaupun muncul mu ...
hanya sekali...
warna mu tetap diingati...
kerna sudah terpatri di hati...
kan di kenang hingga ke mati...


23 Mac 2013 - Fariz 


✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽



Pelangi Petang
walaupun seketika..
tapi ia menghiburkan..
walaupun seketika....
tapi ia tetap menceriakan...
walaupun seketika..
buat orang ingin melihatnya..

tapi bila ia hilang...
buat orang tertanya...
bila ia akan muncul lagi...


23 Mac 2013 - shikin


✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 


teman....ketahui lah
andainya kau sepi..
aku juga begitu..
andai kau sendiri..
aku juga begitu...
andai kau merasai..
aku juga begitu...

teman....jgnlah berkecil hati..
andai kau sedih...
... aku jadi hiba..
andai kau menangis...
aku jadi merana...
andai kau kecewa..
aku jadi sengsara...

teman...
maafkan aku..
andai aku melukai hati mu..
maafkan aku...
andainya aku tak mampu membuat kau tersenyum..
maafkan aku..
andainya aku tak bisa membahagiakan diri mu...


23 Mac 2013 - Fariz

 
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽


utk kamu..ku msh setia bertandang ke tman ini...
wlaupun jarang bersua...
utk kamu.... ku  msh mnyiram bunga ...
walaupun kau x ketahui..

utk kamu.... ku msh belai tiap  kuntuman
kerna ku pasti kau akan menyentyhnya...
untk kamu ...ku msh semai & Baja pohon bunga...
kerna ku pasti kita kan bersama brsama lg ke taman ini..

& percayalah ...
waktu itu...semua bunga kan berkembang segar..
menyambut kita penuh warna2 cinta....



23 Mac 2013 - Fariz

 

 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽


ku masih ke taman bunga kita...
walaupun bunganya tak sebanyak dulu...

ku tetap siramnya..
agar ia tak kan layu..
ku siram tak kira waktu...
pagi, tgh hari, petang, mlm, mahupun subuh...

ku akan terus siram ...
walaupun sendirian...
kerna ku amat sayang...
pada taman bunga ini... 


23 Mac 2013 - aini

 
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

 

Buat teman ku
Hari ini....aku sendirian...
Tanda-tanda...itu makin jelas....
Andai benar...
aku akan sedemikian....
terima kasih.

Tapi izin kan ku terus mengingati mu....
Walaupin aku seakan ingatanan..
Izin kan aku menanya kabar..
walaupun kau tak meminta...
Izin kan ku terus mengingatkan mu.....
Walaupun kau tak inginkannya...
Izinkan......izinkan.....izinkan.

Kerana aku sudah tidak boleh melupakamu..
 

23 Mac 2013 - Fariz
 
 
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽

 

 
teman.....
maaf andainya tadi...
namamu sentiasa ku seru
wajahmu sentiasa ku tatap
matamu sentiasa ku renung
 dirimu sentias ku puja

teman.....
maaf andainya tadi...
kataku menyinggung mu
gurauku tak di senangi
tingkahku sumbang bagi mu

teman maafkan aku...
 


22 Mac 2013 - Fariz

 

 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 
 
Klau aku yg curi...
aku tak kan pulangkan...
klau aku yg larikan...
aku tak kan hantar pulang...
klau aku yang rampas ...
akuakan simpan smpai bila2...
supaya sentiasa ada bersama ku...
selamanya...

 

 
22 Mac 2013 - amir

 
 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽


tanda Tanya.?..
nak katakan kena curi
dia yang mencuri
nak katakan kena larikan
dia yang melarikan
nak katakan kena rampas
dia yang merampas
nak katakan terjatuh
sama2 telah terjatuh...

 
22 Mac 2013 - Fariz

 
 

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 


 
 
 
sepertinya telah ku jangka
pasti hujan kan kunjung tiba
bila terasa sebak di dada
tanpa di pinta berderai jua

turun lah wahai air mata
lepaskan apa yg dirasa
janganlah sentiasa berduka
hilangkan segala derita

... wahai hati
relakan lah ia pergi
usahlah ditangisi
kerna itu ketentuan Illahi.
 

 
21 Mac 2013 - Fariz
 
 
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽



 
 
seharian kita bersama
meronda mengililingi kota
panas terik tak kita rasa
kemarau kontang kita rentas jua

dari hulu ku redah belantara
mengharung deras menuju ke muara
inilah penjelas yg dikata
bagi membukitkan betapa cinta

sanggup meninggalkan pagi
untuk mengejar tengahari
petang jua tak jemu menanti
dengan setia menunggu pelangi..
 

 
21 Mac 2013 - Fariz
 
 
✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 
 
 
benarkah apa yg di kata
benarkah apa yg di janji
benarkah apa yg di ucap
benarkah apa yg di lafas

benarkah apa yg di impikan
benarkan apa yg di angankan
benarkah apa yg di harapkan
benarkah apa yg di matrikan

benarkah kau menyayangiku
benarkah kau mengasihiku
benarkah kau menyintaiku

benarkah ini bukan bermimpi
benarkah ini bukan hayalan
benarkah ini bukan cerita dongeng

jika benar buktikan lah....
 
 
21 Mac 2013 - Fariz
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 
 
 
Apakah erti sebuah pertemuan...
andai kegembiran tak menyapa....

apakah erti sebuah pertemuan...
andai keceriaan tak muncul tiba...

apakah erti sebuah pertemuan.....
andai kata-kata tersusun di jaga.....

apakah erti sebuah pertemuan....
... andai ada yg tek beria....

apakah erti sebuah pertemuan....
andai kita sering tak berbicara....
 
 
 
21 Mac 2013 - aini
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 
 
 
teman...
kesepian kini....menjadi teman hidup ku..
kesepian....menjadi rakan karib ku....

kesepian....hadirmu kerap sekali..
hadirmu...bersaman sahabat sunyi..
mengetuk pintu keresahan.....

... kebimbangan...seiring jalan berjabat tangan
ketakutan...menyambut dgn kegigilan..

di mana teman setiaku....
yg ku kenali dahu.....
di mana teman setiaku....
yg sama gelak tawa....
di mana teman setiaku....
yg kerap bergurau senda....
di mana, di mana, di mana......

masa kini guru abadi....
mendidik hati naluri.......
mengenal erti ketabahan...
mengenal erti jati diri....
mengenal erti sebuah pertemuan dan perpisahan

kau lah guru
yang mengajar a b c, 1 2 3
yg pernah ku baca....
 
 
19 Mac 2013 - shikin
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽


setiap kali mata ku celik..
nama mu terus menari2 d minda ku..
setiap kali mata ku celik..
fon sasaran utama ku..
setiap kali mata ku celik
nombor mu bermaind jari ku

pejamlah mata..
pejamlah buat selamanya..
 
 
16 Mac 2013 - shikin
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 

ia hadir tanpa di pinta
ia hadir tanpa di sedari
ia hadir mbawa bahagia
ia hadir mbawa erti

ia hilang jadi derita
ia hilang jadi sepi
ia hilang tidak direla
ia hilang tidak dijanji

ia kisah dua jiwa
ia kisah penuh misteri
ia kini penuh cereta
ia kini seakan disemadi..

 
16 Mac 2013 - oxie
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽


adakalanya kita terpaksa tersenyum
walaupun hati merintih

adakalanya kita terpaksa berbohong
walaupun bukan niat kita

adakalanya kita terpaska berdiam
walaupun sebenarnya rindu

adakalanya kita terpaksa berubah
walaupun sebenarnya pedih

adakalanya kita terpaksa pergi
walaupun terlalu menyintai nya..

 
16 Mac 2013 - fariz
 
 
 ✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽






 
 

Friday, 22 March 2013

✽ UNTUKMU SAHABAT KU ✽




✽ UNTUKMU SAHABAT KU ✽



❥ Aku bukan teman yang bisa memberikanmu segala yang kamu perlukan jika kamu Berada dalam kesulitan..
❥ Tapi yakinlah, aku adalah temanmu yang tetap setia disisimu meniupkan kata-kata Semangat jika kesulitan menghantui dirimu..

❥ Aku juga bukan teman yang akan memberikan kamu segunung harapan agar kamu bisa Berharap dan bersandar terus padaku..
❥ Namun aku akan menjadi teman yang akan berusaha meratakan segunung beban jika Suatu hari kelak bebananmu menumpuk hebat..

❥ Aku justru bukan teman yang akan berjanji seribu madah indah untuk menyenangkan hatimu..
❥ Tapi aku akan memastikan aku tidak akan mengucapkan sepatah pun kata hina yang Bisa menyakitkanmu..

❥ Aku malahan bukan teman yang akan menyuburkan benih cinta yang ada dalam jiwamu..
❥ Namun aku berjanji bunga cinta yang telah hidup dalam jiwamu akan tetap subur mewangi dan tidak akan pernah mati..

❥ Semoga BERMANFAAT.(◡‿◡✿)

✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸•♥•.¸✽¸.•♥•.¸✽
 
 
 Sumber :  Lembut Hatimu Anggun Pribadimu~Duhai Muslimah Sholehah
 
 
 
 


Terima Kasih Atas Penghinaan...

 
SELAMAT TINGGAL PENDERITAAN
 
Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan

Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 8 March 2013

JAMUAN MAKAN MALAM PPD KULAIJAYA DI THE LEGENDS GOLF COUNTRY RESORT

The Legends Golf Country Resort....1.3.13

Kira2 jam 7.30 mlam aku sekeluarga menempuh kegelapan malam di iringi hujan yang turun dengan lebatnya semata2 untuk menghadari Majlis Makan Malam PPD Kulaijaya. Memandangkan aku tidak pernah menjejaki kaki ke resort ini...terasa jauh lah pulak di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan....jalan yg sememangnya gelap gelita...memang membosankan....

Syukur alhamdulillah...walaupun agak jauh untuk sampai ke sini...tapi kehadiran para tetamu amat memberangsangkan....Tapi sayang ke dua2 boss aku tidak dapat hadir sama meraikan kemeriahan malam itu kerana atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Majlis di mulakan dengan bacaan doa...sambil kami menikmati jamuan yang tersedia....cabutan no bertuah telah diadakan dan diselangseli dengan persembahan karoke yang tidak asing lagi artis PPD Kulaijaya ialah En surjana...... Malam tu rasa bertuah jugalah sebab nombor aku 53 di panggil naik ke pentas untuk menerima hadiah.... Alhamdulillah....rezeki dari Allah....















Sunday, 3 March 2013

1313

                                                                                                            shikin'aini aixie



Assalammualaikum…

Ada orang menganggap angka 13 itu membawa sial… betul ke? Boleh ke kita menganggap sial angka tertentu, demikian pula hari, bulan ataupun apa2 je lah yg seangkatan dgn nya…

Tapi tidak bagi aku….angka 13 bergitu bererti dlm hidup aku… 1313 sepertinya tlh di takdirkan angka itu begitu keramat bagi aku…dan aku yakin ada sesuatu yg tersembunyi yg telah Allah rencanakan utk hambanya ini..

Tanggal 1.3.13 hari Jumaat yg penuh barakhah….merupakan hari pertama aku duduk di kerusi empuk utk aku memulakan tugasan pertama aku sebagai KPT (Ketua Unit Perkhidmatan & Pentadbiran). Sesuatu yg tidak pernah terjangkau di kotak fikiran aku…bagi aku itu adalah sesuatu yg bergitu besar ertinya sepanjang penglibatan aku dlm kerjaya. Itulah rezeki Allah utk hambanya..

Maka aku kuatkan semangat dan iktizam… 1.3.13 menghadari mesyuarat pertama utk membentangkan laporan….dak dik duk …. berdebar … rasa mcm nak jatuh jantung aku… dgn rasa getar, itu lah merupakan ucaptama aku pada 1.3.13… tq teman2 kerana sentiasa memberikan semangat dan motivasi. Aku akan sentiasa ingat dan  berpesan pada diriku "Jangan terlalu memandang ke langit, hingga lupa rumput di bumi” kerna hari ini kita berada di atas esok lusa siapa yang tahu...... ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..

 
 

So, tiada istilah sial dalam angka 13

Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alusy Syaikh rahimahullahu menjawab:

Tidak boleh, bahkan hal itu termasuk kebiasaan orang-orang jahiliyyah yang syirik, di mana Islam datang untuk menolak dan membatilkannya. Dalil-dalil yang ada demikian jelas menyatakan keharaman kebiasaan tersebut. Perbuatan atau anggapan sial seperti itu termasuk kesyirikan dan sebenarnya tidak ada pengaruhnya dalam menarik kemanfaatan atau menolak kemudaratan, karena tidak ada yang memberi, yang menolak, yang memberi manfaat dan memberi mudarat kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللهُُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلاَ رَادَّ لِفَضْلِهِ

Jika Allah menimpakan kepadamu kemudaratan maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia dan bila Dia menghendaki kebaikan bagimu maka tidak ada yang dapat menolak keutamaan-Nya.” (Yunus: 107)

Dalam hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma disebutkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَوِ اجْتَمَعَتِ اْلأُمَّةُ عَلَى أَنْ يَّنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ يَّضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ

Seandainya umat berkumpul untuk memberikan kemanfaatan bagimu dengan sesuatu niscaya mereka tidak dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan sebaliknya, jika mereka semuanya berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu niscaya mereka tidak dapat menimpakan kemudaratan tersebut kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran (catatan takdir)1.”

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu mengabarkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ

Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (menganggap sial dengan sesuatu), tidak ada kesialan dengan keberadaan burung hantu dan tidak ada pula kesialan bulan Shafar.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat:

لاَ نَوْءَ وَلاَ غُوْلَ

Tidak ada nau`2 dan tidak ada ghul3.” (HR. Muslim)

Dalam hadits ini penetap syariat (yakni Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam) menolak thiyarah berikut apa yang disebutkan dalam hadits. Beliau mengabarkan bahwa thiyarah itu tidak ada wujudnya dan tidak ada pengaruhnya. Thiyarah itu hanyalah anggapan-anggapan keliru dan khayalan-khayalan rusak di dalam hati.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: (وَلاَ صَفَرَ) menolak keyakinan orang-orang jahiliyyah yang menganggap bulan Shafar sebagai bulan sial, mereka mengatakan bulan Shafar adalah bulan bencana. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun meniadakan kebenaran anggapan tersebut dan membatilkannya. Beliau kabarkan bahwa bulan Shafar itu sama dengan bulan yang lain, tidak ada pengaruhnya dalam menarik kemanfaatan dan menolak mudarat. Demikian pula hari-hari, malam-malam dan waktu-waktu lain, tidak ada bedanya. Dulunya orang jahiliyyah menganggap sial hari Rabu, menganggap sial untuk melangsungkan pernikahan di bulan Syawwal secara khusus. Sehingga Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahiku di bulan Syawwal, maka siapakah yang lebih memiliki keutamaan/keberuntungan daripada diriku?

Hal ini seperti anggapan sial orang-orang Rafidhah terhadap angka sepuluh, dan mereka tidak suka dengan angka ini karena kebencian dan permusuhan mereka terhadap Al-’Asyrah Al-Mubasysyarina bil jannah (10 shahabat Rasulullah yang diberi kabar gembira masuk surga ketika mereka masih hidup4). Yang demikian itu disebabkan kebodohan dan kedunguan akal mereka.

Demikian pula ahli nujum, mereka membagi waktu menjadi waktu nahas dan sial. Yang kedua; waktu bahagia dan baik. Tidaklah samar lagi haramnya ramalan bintang ini dan ia termasuk jenis sihir.

Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata: “Tathayyur adalah menganggap sial dengan apa yang dilihat dan apa yang didengar. Bila seseorang melakukan tathayyur ini, ia membatalkan safar yang semula hendak dilakukannya dan ia menarik diri dari perkara yang semula ia bersikukuh padanya, dengan begitu berarti ia telah mengetuk pintu kesyirikan bahkan ia telah masuk ke dalamnya. Ia berlepas diri dari tawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia membuka untuk dirinya pintu ketakutan dan bergantung kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala. Orang yang menganggap sial dengan apa yang dilihat atau didengarnya berarti telah memutuskan diri dari apa yang dinyatakan dalam ayat berikut:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ

Hanya kepada-Mu kami beribadah dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ

Maka beribadahlah engkau kepada-Nya dan bertawakallah.” (Hud: 123)

عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيْبُ

Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku akan kembali.” (Asy-Syura: 10)

Jadilah hatinya bergantung kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala baik dalam bentuk ibadah ataupun tawakal, sehingga rusaklah hatinya, iman, dan keadaannya. Tinggallah hatinya menjadi sasaran thiyarah dan senantiasa digiring kepadanya. Syaitan pun mendatangi orang yang telah rusak agama dan dunianya ini. Berapa banyak orang yang binasa karenanya dan ia merugi di dunia dan di akhirat. Dalil-dalil tentang haramnya tathayyur dan tasyaum (menganggap sial) ini ma`ruf dan terdapat pada tempat-tempat pembahasannya, maka kita cukupkan dengan apa yang telah disebutkan. (Fatawa Al-Mar`ah Al-Muslimah 1/132-134)

Sesungguhnya yg baik itu datangnya dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala…..