*

Friday, 1 February 2013

Selamat Hari Lahir


 

Assalaamualaikum...

Dah beberapa minggu aku tidak menjenguk & kemaskini blog aku....terlalu sebuk, tapi tetap rindu...

Semalam aku telah diamanahkan menyiapkan satu video untuk satu program hari ini... Makanya bila last minit baru di beritahu macam lipas kudunglah aku menyiapkannya.....Alhamdulillah....siap juga akhirnya ...... tu lah orang kata kalau dah minat...bersengkang mata sampai pagi pun tak pe//// wink..wink..wink..

Untuk boss aku....
SELAMAT HARI LAHIR.... semoga dilanjutkan usia, diberi kebahagian, kesihatan yang baik dan diberkati serta dirahmati Allah dunia dan akhirat....amin......


 



Lahirmu telah ditakdirkan
wirawati kurniaan tuhan
Dikau melalui liku dugaan
Dengan tabah penuh kesabaran

Hadirmu sememangnya nanti
kerana kau mempunyai nilai tersendiri
Wawasanmu diperjuang hingga mati
Wawasan suci penuh beerti

Allah memilihmu menerajui persada
Usaha gigihmu memartabatkan anak bangsa
Nama PPD Kulai dijulang bagaikan wira
Setiap ucapan ungkapan bermakna

Usaha gigihmu diteruskan
Harapan murnimu dinobatkan
Pendukung wawasanmu maju ke hadapan
Membawa PPD Kulai ke mercu kejayaan

Kini kami luahkan apa yang terpendam
Sebagai tanda kasih yang mendalam
SELAMAT HARI LAHIR
Semoga Datin Hjh. Hasnah binti Md Sem
Ceria siang dan malam







No comments :

Post a Comment