*

Tuesday, 15 January 2013

BaBy kU SaYAng SiHAt kEmBaLi ...... Syukur Alhamdulillah...


Assalammualaikum….
Nak story sikit… tapi kali ni bulan pasal percutian aku yang penuh dengn warna warni…Cuma ini adalah, dugaan dan ujian yang Allah turunkan untuk hambanya…untuk menguji sejauh mana ketabahan hati dan iman umatnya….
 
Setelah pelbagai usaha kami lakukan, sana sini ku bawa berubat, klinik pakar, doctor pakar, hospital pakar aku terejah, wang ringgit aku tolak tepi yang penting bby sihat mcm biasa…itulahkan…hati seorang ibu, pasti kau orang juga seperti aku ……
 
aLaHAi...bBy kU sAYaNG...   telah di tahan di Hospital…..jangan nak tidur lena, makan pun aku tak lalu. Tak kira malam mahupun siang setiap saat pasti terjaga, bersengkang mata, untuk memastikan keadaan bby sentiasa stabil…tidur mendiring salah, terlentang lagilah payah…bantal pasti berdarah dan bernanah…tangan tak lekang untuk mengaru…menangis sendu sendan menahan bisa dan sakit…..memang Allah telah menguji tahap kesabaran hambanya…sejauh mana hati seorang ibu mampu bertahan dalam kepayahan… ku dokung, ku dakap penuh erat, penuh kasih…ku usap lembut tubuhnya, ku belai penuh kasih sayang… hingga ia lena di dadaku….tiada lain selain kalimat “La ilaha illallah” yang ku dendangkan dan kedengar ke telingganya…. Besar sungguh fadilat kalimah itu…
 
Syukur Alhamdulillah, 11 Januari 2013, setelah 5 hari dalam jagaan penuh rapi di hospital…keadaan bby sihat seperti biasa… terima kasih kepada suami, ibu, saudara mara, teman2 dan rakan yang sentiasa membantu dan mendoakan kesejahtaraan dan kesihatan bby…kini baby boleh tersenyum riang dan bermain seperti biasa….

 
Ya Allah…sesungguhnya dugaan yang kau berikan ini ada rahmat yang tersembunyi ada hikmah disebaliknya… kau telah menyatukan hati kami dengan penuh kasih sayang… saling lengkap-melengkapi, berat sama dipikul ringan sama dijinjeng….Kau lebih mengetahui segalanya… amin…
 
 

Wednesday, 2 January 2013

Selamat kembali ke sekolah dengan azam baru...

 
 
Assalammualaikum...
 
Hari ini persekolahan bermula...sejak dari semalam lagi aku dan suamiku sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan untuk permata2 hatiku..
 
 
Mohammad Fadzly
 &
Miza Farzana
 
 
Tahun ini anak perempuan ku berada di tahun 3
manakala anak sulung ku berada di tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR..
 
Pagi2 lagi aku lihat wajah2 ceria anak2ku, bersemangat sungguh untuk ke sekolah semula...
Sayang...binalah azam baru..mama yakin anak2 mama pasti boleh berjaya dengan cemerlang...
 
 
 
Mama sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak mama dalam pelajaran, menjadi anak yang soleh/solehah, di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam segala urusan dan semoga berjaya di dunia dan akhirat...amin...