*

Sunday, 22 December 2013

Konvoi Kembara Matahari Ke Air Papan, Mersing

 Peserta yang sporting

Anak Jenarasi ke-2



Assalaamualaikum,
 
21 – 22 Dis 2013 – Bertempat di Air Papan Beach Resort Mersing, “Kembara Matahari, Air Papan, Mersing”…. Telah Berjaya melabuhkan destinasinya…

Heheh...Tak semena2 tahun   ni aku boleh join pulak….. KRT Zon Matahari ke Mersing, “Kembara Matahari, Air Papan, Mersing”….

Kita orang berkumpul di Taman Matahari, Indahpura pada jam 8.00 pagi…  sebanyak 31 buah kereta telah memulakan EXDC dengan di iringi 2 buah MPV Polis Kulaijaya…. TQ Polis Daerah Kulaijaya kerana memberi pelepasan pada kita orang punya XPDC….
 






 

Kita orang berhenti di Hentian Wadira Corner, D Panti, …sarapan n buang apa2 yang patut…. bila pergi ramai-ramai ni ..lebih2 lagi dgn family n ada anak2 yang kecil…. Ada yang nak terkucillah... itu lah...ini lah,,….  Ada2 je kan…..




 
 

Air Papan, tempatnya cantik, pantai yang landai tapi kali ni terkena musim tengkujuh lh pulak…… cuaca agak mendung kadang kala hujan, kita orang di larang mandi manda di pantai kerana anginya agak kencang n laut bergelora… dari jauh aku dah Nampak bendera merah dikibarkan menandakan amaran bahaya… benar2 mengujakan aku…

 
 
 


 
 

Petang tu di adakan acara sukannika…macam2 aktiviti telah diadakan seperti lari berganding, bola pimpong, baling telur, langkah galah. Mana kala utk kanak2, kutip gula2, meniup bilon....  memang happy….. macam2 riaksi, gila2 sempoi…. Tahniah kepada pemenang..

 




 
 










 
 

Belah malam, sambil ber BBQ kita orang join aktiviti indoor… kumpulan yg telah ditetapkan dikekendaki mengubah, menyiapkan sepasang pengantin utk dipertandingkan dgn menggunakan surat khabar… mana kala anak remaja di kehendaki menyampaikan 1 persembahan dan kanak2 bawah 9 tahun di adakan pertandingan mewarna…  dia orang sangat sporting gila…

 
 




 
 









 
Pada majlis penutupan, pengerusi KRT Zon Matahari telah menyampaikan sumbangan mangsa banjir kepada wakil penduduk Kg. Air Papan, Mersing…


 

Kalau ke Mersing ni… kalau tak singgah membeli keropok lekor memang tak sah… apa lagi…. Jom borong…

 
 





Memang best…  Aku rasa tercapai matlamatnya….semoga program ini dapat mengiratkan lagi siraturrahim antara kami…. TQ kepada semua, kerana sudi melibat aku dalam konvoi korang…
 
Sekian...

 

Saturday, 21 December 2013

Majlis Meletak Batu Asas Pembinaan Surau Masli Hasnah, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 


Assalaamualaikum...
 
Satu lagi sejarah telah terukir,  dengan rasa kesyukuran ke hidrat Illahi dengan limpah kurniaanNya hari ini 20 Disember 2013/17 Safar 1435, Datin Hajah Hasnah Binti Md. Sem, Pegawai Pendidikan Daerah Kulai, Kulaijaya telah menyempurnakan Majlis Meletak Batu Asas Pembinaan Surau Masli Hasnah Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.





Semoga dengan pembinaan surau ini dapat memberikan menafaat bukan sahaja kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, malah ia juga dapat di menafaatkan oleh penduduk setempat. Semoga ikatan siraturahim akan terus utuh dan mesra antara warga pendidikan dan masyarakat yang diikat kemas oleh talian ikhlas dan kasih sayang.....amin..
 
Untuk makluman, surau ini baru 10% dalam pembinaan... sekiranya ada insan-insan yang sudi dan bermurah hari untuk menghulurkan bantuan ikhlas pembinaan surau ini boleh terus berurusan dengan AJK Surau Pejabat Pendidikan Daerah Kulai.... 
 















 

 








 



 






 Sekian....