*

Monday, 31 December 2012

aLaHAi...bBy kU sAYaNG...






Assalammualaikum...
 
Pgi ni semua orang masih tidur lena n diulit  mimpi indah....aku yg mmang sudah mengantuk klau di sorong bantal pasti terbuai lena juga....Tapi hati seorang ibu, manakan mungkin begitu bila melihat anak masih merengek n x dpt tidur...aku sanggup dan rela  berjaga biarpun terpaksa menongkat mata ini dengan batang mancis sekalipun...demi anak ...


Dah 4 hari bby kena bergini...puas berubat sana sini tp x juga jumpa jodohnya...sebelum ni pun pernah kena tp x lah seteruk ini...penuh 1 kepala dgn nanah...hati ibu mn yg x tersentuh bila melihat anaknya menderita, hanya tuhan yg tahu.......ujian demi ujian, dugaan demi dugaan yg diberi, ....tapi aku tahu Allah x akan menguji hambanya di luar kemampuan...aku pasrah....


“Ya Allah, Tuhan Pemelihara Manusia, hilangkan penyakit, sembuhkanlah! hanya Engkau yg bisa menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali dariMu, Kesembuhan yg tidak meninggalkan satu penyakitpun”


 
 


 


31/12/2012, 3.30 am..
 
 
 
 
 
 


Keadaan BBy pada 1/1/2013
Selamat Tahun Baru...
Penuh dugaan..
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


Friday, 28 December 2012

Selamat Tahun Baru


Assalammualaikum…
semua orangpun tahu tinggal beberapa hari je lagi tahun baru akan menjelma. Macam tahun2 lepas, bila tibanya tahun baru, baru sibuk kita memikirkan tentang azam baru kononnya nak memperbaiki atau mempertingkatkan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.

Begitu juga dengan aku, macam2 azam yang bermain di benak fikiran aku. ialah…kalau boleh semua yang aku azamkan, aku ingin laksanakannya... agar aku dapat mencapai sesuatu diluar jangkaan, diluar kapasiti dan semuanya mahu yang terbaik… kalau kita berusaha pasti berjayakan?...bak kata pepatah ,dimana kemahuan disitu ada jalan’ so yang penting usaha untuk mengapainya…agar ia menjadi milik kita….

 
Cuma kekadang kita selalu terlupa untuk muhasabah diri dan mengingatkan semula waktu2 yang telah lepas. Sebab tu lah tanpa kita sedari kita mengulangi kesilapan lalu dan lebih teruk lagi kita menjauhi matlamat yang telah kita tetapkan. Tapi apalah salahnya kalau azam yang tak kesampaian & kita tak berjaya mencapainya, kita bawanya ke tahun hadapan…. kerana orang yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa walaupun kekadang kita perlu ambik balik apa yang telah terlepas...
 
 
Mengikut Ibnu Qudamah:

"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."

 

Ibnul Qaiyim pula berkata:

"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."



Sabda Rasulullah saw :

"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"

 

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita & lebih2 lagi aku, sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan terutamanya lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari2 kita yang sebelum ini. Insyaallah….

SELAMAT TAHUN BARU....

 
 

Tuesday, 25 December 2012

Pelangi Petang - Sudirman

 
 
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kanmenyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kanpasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

Lirik Pelangi Petang - Sudirman @ Lirikami
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, 24 December 2012

CUTI-CUTI DI LOTUS DESARU BEACH RESORT (21-22/12/12)

 

Sepanjang cuti sekolah, ni lah baru aku ada berkesampatan untuk bawa anak-anak pulang ke kampong belah keluarga aku… dalam bulan ni kan banyak sangat aktiviti aku tu yang terbatas pergerakan. Kesihan juga pada anak2 yang sering kali bertanyakan tentang kampongnya…rindu pada sepupu & saudara di kampong agaknya….,




Aku 4 beranak sampai di kampong pada jam 9 malam hari Khamis…dah lama x balik sendiri, my habby x dapat balik sama sbb ada kerja. Sebenarnya x de lah lama sangat x jumpa dia orang lebih kurang 1 bln setangah je…ialah bila keluarga kepala memang best, sempoi, fun ….. sehari x jumpapun pasti terasa rindunya…









Pagi tu bila dah jumpa lain pulaklah jadinya … Apa lagi…tengah hari pedezupppp…go to Lotus Desaru….hehehe bercuti lagi aku …..




 

 


Kita orang check in jam 2.30 petang…sampai saja apa lagi…..anak2 dan sepupu2nya x sabar2… terus gedebusss… terjun dalam kolam…bukan sebab jakun x pernah mandi kolam renang…tapi happy sangat sebab dapat bercuti lagi bersama saudaranya…

 


 

 






Yang bestnya tengok gelagat ci cilik yang comel tu….wahhhh happy…. seronok sangat..dan yang mengembirakan, aku dapat lihat terpancarnya keriangan di wajah anak2ku….



 

 

   

 






Ada lagi yang best & melucukan hati aku….petang tu selesai je mandi aku 3 beranak naik ke bilik, dengan confident dan yakinnya aku tekan bell sambil mata melilau keadaan sekeliling…..bila pintu di buka…….seorang lelaki bersama anaknya terpacul di muka pintu sambil terpinga2 memandang aku yang basah kuyup mendokung si baby …… alamak…minta maaf ye….saya salah bilik…hehehe …malunya…. (Kawasan Resort ni memang besar, banyak blok sama je... klau x ingat no bilik memang tersalah... jangan jadi macam aku ye)



 

 
Tempat sarapannya x de lah jauh mana, boleh sangat berjalan kaki….tapi kerana mengada2 nak naik bas yang memang telah disediakan…erm layannnn….


 

 









Bermacam2 menu ada tersedia pilih je nak yang mana satu…cuba tengok ci baby tu…bukannya makan …habis dibuat main ….bersepah2…suka hatilah nak..

 




Oleh keran kita orang pergi ni musim tengkujuh, maka tak boleh mandi laut…ombak lautnya kurus semangat….takut tengok….sebab tu lah Bendera Merah naik….amaran laut bergelora yang memang susuh nak reda….apakan daya…aku cuma mampu tengok je lah laut yang terbentang luas….cantik, indah sungguh ciptaan Allah….









Kalau kau orang nak bercuti dan santai2…aku rasa tempat ni memang sesuai untuk bercuti bersama family…bukan setakat taman temanya yang menarik, kemudahan hotel dan bilik tersedia lengkap…di samping itu tempatnya memang strategic untuk beristirehat dan bersantai2..


















Friday, 14 December 2012

Bercuti di Water Park Bukit Gambang

 
 
 
Jam 5.30 pagi aku telah bertolak dari Kulai, hujan masih renyai-renyai, sejuk terasa….Destanisi percutianku bersama keluarga kali ini ke Water Park Bukit Gambang, Kuantan. Perjalanan aku berhenti seketika di hentian Machap untuk bersolah suboh.
 
 
Dengan mengunakan MPV Grend Livina, perjalanan ku kali ini lebih selesa berbanding percutian ku sebelum-sebelumnya…Anak-anak masih dibuai mimpi manakala suamiku memandu penuh berhemah sedangkan aku yang duduk di seat belakang lebih banyak mengalamun dan menikmati keindahan pemandangan di sepanjang jalan…Perjalanan ini terasa amat jauh sangat….
 
Aku tak tau lah kesilapan aku atau papan tanda yang diletak tu salah tampat….maka aku berpusing 2 kali sejauh kira2 8 km mencari arah yang di tuju tidak juga kelihatan. Mujurlah aku sempat menelifon teman ku meminta bantuan tujuk arah yang sebenarnya..al maklumlah dia dah pergi awal seminggu dari aku……jadi dapat jugalah info daripadanya.
 
 
 
  
 
 
Sampai sahaja di Lobi, aku telah mendapat no untuk check in, bagus perkhidmatannya… mudah dan cepat. Agak awal juga aku dapat masuk bilik, sekitar jam 12.05 tgh dengan no bilik N3-03-01. Aduh…dahlah dapat tingkat tiga takde liff pulak ada tapi jauh nun di hujung sana...…terpaksa menapak aku naik ke atas….
 
Bila masuk bilik yang pertama aku check keperluan asas yang disediakannya. Tuala, Tv, aircorn, dapur semua ok... Ruangnya luas, siap dengan meja makan, kerusi minum petang dan 2 katil bersaiz Q…agak selesa. Tapi kekurangannya ia tidak menyediakan keperluan lain seperti berus gigi, shampo, body shower dan juga bantal tidur…dia hanya menyediakan 2 biji bantal sahaja, jadi aku terpaksalah meminta dia menghantar 2 lagi bantal…itu pun dikenakan cahs sembanyak RM5…kedekut betul, tahi hidung masin…hotel lain kebiasaan pasti menyediakan sekurang-kurangya 4 biji bantal…

 
  
 
    


 
Bilik yang aku dapat terletak di jujung nun disana, disisinya semua hutan, jadi malam2 tu sunyi sikit lah….tapi dalam kegelapan dan kesunyian malam sempat juga aku mencatatat sesuatu untuk tatapan korang semua…

 
 

 
Satulah lagi yang x bestnya apabila aku hendak masuk taman tema airnya….tertipulah pulak aku rasa….aku telah membuat tempahan bilik melalui Agoda…ku sangkakan seperti di Tiara Beach Resort, N.Sembilan masuk taman tema air x perlu bayaran lagi…rupanya aku tersalah membuat tapsiran…masuk ke taman tema air tidak tersedia di dalam pakej…sabo je lah…tapi dah kerana alang-alang penjeluk pekasam….aku masuk juga taman tema airnya dengan terpaksa membeli tekit bernilai RM23 utk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak.



 
 
  


 
 
Sebelum pergi ke Taman Tema Airnya. Aku telah memberikan sesuatu untuk anak-anak ku…”Seprizzz” .wah…bestnya melihat keceriaan dan kegembiraan mereka…
 
 
 
  
 
   
 
 
 
 
Petang tu aku menemani anak2 ku bermandi manda di pantai buatannya…punyalah seronok anak2 ku…bermain lah sepuasnya ye sayang….dalam masa 2 hari ini memang aku habiskam masa ku untuk bersama anak2…

 
 
 
 

 

 
 
  

 


 
 Sebelah malam pula, suami je yang keluar makan malam di Bukit Gambang...aku lepak dalam bilik sebab anak2 dah tertidur, kepenatan bermain air agaknya siang tadi.
 
 
Jam 8.00 pagi kita orang bersarapan, bermacam2 menu yang terhidang...tinggal pilih saja...



  
 
 


 
 
Kita orang Check Out jam 12 tangah hari...balik sempat singgah di Bandar Kuantan, sudah hampir 13 tahun aku tidak menjejaki Bandar ini. Tapi aku rasa x banyak perubahan.. Sampai di rumah jam 11.30 malam... masing2 kepenatan...tapi menyeronokkan..
 
 
 

  
 
   
 
 
 


Ya Allah Ya Tuhan ku...
Kau berkatilah keluarga ku ini dengan penuh kasih dan sayang, kebahagiaan dunia dan akhirat dengan penuh keredhaan dan keberkatanmu Ya Allah...amin.....



TQ sayang....