*

Friday, 28 September 2012

Kursus Peningkatan Profesionalisme & Pengurusan Pentadbiran Sekolah Untuk GPK HEM Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulaijaya di Klebang Beach Resort Melaka

 
Assalammualaikum,

Hari ini aku berada di Klebang Beach Resort Melaka bagi membantu menguruskan Kursus Peningkatan Profesionalisme & Pengurusan Pentadbiran Sekolah Untuk GPK HEM Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kulaijaya selama 3 hari 2 malam bermula semalam 25 September 2012 hingga 27 September 2012.

 

Sepanjang disini sempat juga aku meninjau-ninjau keadaan sekeliling resort ini. Tempatnya boleh lah, agak menarik cantik, ada juga terdapat kolam renang dan terletak di tepi pantai. Pantainya tidak berapa sesuai untuk melakukan iktiviti riadah atau bermandi-mandi kerana kawasan pantainya yang agak sempit kerana ada terdapat seperti pelantar untuk bersantai




 
Bilik yang aku menginap tidaklah begitu besar (standart size je, mungkin kalau size dulax lebih besar dan selesa) . Kemudah asa sahaja yang tersedia seperti bahan bandian, aircon, television, pemanas air dan peti ais manakala bahan-bahan tambahan tidak kelihatan (gula, susu, kopi/teh uncang, tisu muka, tisu tandas). Bagi dewan seminar pula boleh memuatkan hampir 100 perserta, dilengkapi dengan kerusi meja, aircon, sound sistem dan memudahan Wi'Fi.


 
Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam semua telah tersedia mengikut waktunya. Dari sudut masakan dan menu sajiannya pula aku boleh katakan sedap dan boleh bagi 4 daripada 5 bintang. Hidangan istemewanya Ikan Masak Asam Pedas, memang sedap. Kalau tidak percaya kau orang boleh cuba..

 
 

 
 

Pada malam kedua, semua peserta berpeluang ber BBQ sambil menikmati keindahan malam, angin sepoi-sepoi bahasa dan kedengaran deruan ombak laut yang sekali memecah pantai.

 
 
 
 
 
Kursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme dan pengurusan pentadbiran sekolah untuk guru penolong kanan Hel Ehwal Murid sekolah-sekolah daerah Kulaijaya. Penceramah yang memberikan ceramah untuk kursus ini diundang dari PPD dan JPNJ. Antara tajuk ceramah yang disampaikan oleh penceramah ialah:
 
1. Stasus Kewargenagaraan & Keciciran Murid - En. Anuar bin Jaafar, Pen. PPD Menengah, Kulaijaya
 
2. Tatacara Tindakan Disiplin - Hj. Roslan b Hayun, JPNJ
 
3. Pengurusan Aduan dan Isu Pendidikan - En. Abdul Rahman bin Safii, Pen. PPD Psikologi dan Kanuseling.
 
4. Intergeriti Perkhidmatan Awam - En. Abdullah b. Yusof Pen. PPD JB
 
5. Kemahiran Berkomunasi - En. Mohd. Narawi b. Mohamae, JPNJ
 
6. SKPM Standart 3 dan 5 - En Surjana bin Shukor, Pen PPD Pengurusan Kualiti
 



 
 
 
 
 

Saturday, 22 September 2012

BERJALAN 10 RIBU LANGKAH PPD KULAIJAYA


Hari ini sempena sambutan bulan kecergasan tahun 2012, Unit Sukan PPD Kulaijaya dengan kerjasama Kelab Kita telah menganjurkan program 10 ribu langkah. Resionalnya program ini bertujuan supaya semua penjawat awam sentiasa sihat tubuh badan, mentel dan fizikal agar dapat memberikan sumbangan yang berterusan dan sanggup berkorban dengan berkerja lebih masa atau ‘work extra time’ dengan berteraskan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan tahap kerja perkhidmatan awam.
 
 
 
 
 
 
Bermula jam 7.00 pagi pendaftaran peserta program berjalan 10 ribu langkah telah bermula. Dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku, lagu Didik Kualiti Jasa dan Bacaan doa.
 



 
 
7.45 pagi, senamrobik telah dimulakan dibawah pimpinan guru SMK Kelapa Sawit.
 
 
 
 
 


 

 
 
 
 
Selesai sahaja senamrobik, kami memulakan langkah dengan berjalan sejauh 2.4 km (Laluan di sekitar PPD dan IPD Kulaijaya).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sampai garisan penamat. yess...Berjaya juga kami menamatkan perjalanan ini.
 
 
 

 



Setelah kami berehat dan menikmati jamuan yang telah tersedia, cabutan bertuah dimulakan.


 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
Jam 11.00 pagi kami bersurai…
 
 
 
Semoga objektif program ini tercapai iaitu membentuk amalan penjagaan kesihatan, meningkatkan amalan budaya senaman untuk kesihatan dan memberi kesempatan beriadah santai sambil mengeratkan sitarulrahim diantara kepada warga pendidikan daerah kulaijaya. Dan yang pentingnya ia dapat membentuk jatidiri yang Positif terhadap tugas dan tanggungjawab yang amanah.
 
Program ini telah disertai oleh Pengetua/ Guru Besar sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya,  pegawai dan staff PPD Kulai.