*

Thursday, 26 July 2012

BONUS RAYA 2012 UNTUK KAKITANGAN AWAM



Alhamdullillah.... Ada jugak Bonus/Duit Raya tahun ini, yang dinantikan semua penjawat awam kini sudah terjawab. Walaupun tidak dapat 2 bulan seperti yang Cuepacs minta tetapi kita kena tetap bersyukur diatas rezeki yang kita dapat ini. 

Pemberian bonus raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan bayaran Khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara dapat juga meringankan beban penjawat awam untuk membeli persiapan hari raya. Semoga kita berjimat-cermat dan merangcang dalam berbelanja.


Bayaran Bonus  : 9 Ogos 2012
Gaji Ogos          : 13 Ogos 2012
Gaji September : 25 September 2012







Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa




Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat muslimin dan muslimat, pembaca blog, sahabat sahabat handai, rakan sekerja, jiran tetanga dan saudara mara jauh dan dekat

Semoga dibulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT.Insyaallah


Berniaga Berasaskan Lukisan Anak-Anak


Assalammualaikum.

Tertarik aku dengan satu catatan di blog berkaitan dengan dunia anak-anak. Kadang-kadang sebagai ibubapa kita tidak nampak kebolehan anak-anak kita atau kita tidak perasan atau kita tidak sedari bahawa anak-anak kita mempunyai idea yang sangat bagus jika kita pandai menginspirasikannya dari apa yang ingin diluahkan oleh anak-anak melalui lakaran atau contengannya.

Disini sebenarnya aku mahu berkongsi apa yang telah aku baca yang mungkin boleh membantu kamu menjadikan ia satu aktiviti di masa lapang dan seterusnya menjadikannya satu kerjaya yang cukup bagus dan berbaloi. Kamu boleh memulakan perniagaan sendiri dengan membuat dan menjual mainan-mainan / boneka yang berasaskan lukisan kanak-kanak.
Di Kanada, Amerika Syarikat, Australia, Eropah dan Brazil perniagaan ini amat menyerlah. Setiap kraf tangan yang dihasilkan mempunyai nilai tersendiri. Disini aku kongsikan nama syarikat dan di bawah setiap gambar adalah pautan ke laman web mereka,  jika kamu klik, kamu akan dapat melihat lebih banyak kerja mereka.



By Henry, age 6
 
 
 

By Lauren, age 5
 
 
 

By Abby, age 5







By Kylie, age 6



 
By Keegan, age 6





By Lyra, age 5





By Alyssa, age 10




By Trevor




By Brandon, age 7




By David, age 12




By Helena, age 6




By Harli, age 8




By Adrian, age 4





by Lili, age 6




By Augustin, age 6






By Franio, age 4



Sumber : childsown

Thursday, 19 July 2012

Tabiat suka membazir saudara syaitan

APA perasaan kita apabila ditipu? Mesti marah dan malu punya. Kadang-kadang kita kutuk dan kita menceritakan pula kepada semua orang mengenai kejahatan penipu itu.

Kita mesti tidak berpuas hati dan mahu rasanya membalas semula apa yang dilakukan si penipu itu. Itulah fitrah manusia, tidak suka ditipu. Namun sedar atau tidak, kita memang ditipu dan banyak kali tertipu oleh musuh kita iaitu syaitan.

Syaitan sentiasa mencari jalan untuk memerangkap kita. Salah satu cara syaitan menipu kita ialah dengan cara mendorong serta menggoda kita supaya membazir.


Selanjutnya KLIK: Tabiat suka membazir saudara syaitan.

Hindari 70 dosa besar

MEREKA yang melakukan dosa adalah seorang yang menjadi teladan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa itu sedikitpun.

Pada kali ini, penulis me�ngambil beberapa pandangan ulama berkenaan dosa besar dengan harapan kita semua dapat menjauhkan diri daripada dosa.

Dosa besar adalah perlakuan salah yang dijelaskan hukuman, dilaknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunah Nabi Muhammad.

Untuk catatan selanjutnya sila klik : Hindari 70 dosa besar.

Wednesday, 18 July 2012

SOALAN KPSL (BAHAGIAN 111: KOD 3001C)



BAHAGIAN 111 (KOD 3001C: UNDANG-UNDANG UMUM)
Mengandungi enam (6) soalan dan calon diminta menjawab empat (4) soalan sahaja dalam masa 2 jam.

Soalan 1
a)            Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan Nana Ika seorang rakyat Malaysia dengan bapanya seorang jurutera syarikat multinasional warganagera Jepun. Pada 14 Februari 2012, ketika berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.

Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dengan cara kuat kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.
(9 markah)

b)            Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama dua (2) tahun di Chrisrchurh sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf pemastautin tetap di New Zealand. Setelah Berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam Kar Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia tersebut.

Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asa kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya. Nyatakan yang berkaitan.

(8 markah)



c)            Puan Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels, Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand.



Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan Negara tersebut.



(8 markah)





Soalan 2



a)            D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong dijaualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Washington, Amarika Syarikat mulai 27 Jun 2012 hingga 6 Julai 2012. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13 Julai 2012.



Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakan tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong sebelum baginda berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi tindakan tersebut.

(6 markah)



b)            Terdapat tiga (3) keadaan yagn menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak untuk dipilih memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.



Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut.

(9 markah)



c)            Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yagn mencukupi untuk memecat Yang DiPertuan Agong.



(5 markah)



d)            Semua Raja bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagai mana diperuntukkan oleh Pelembagaan Negeri masing-masing.



Jelaskan saman ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagai mamn diperuntukan oleh Pelembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong.

(5 markah)





Soalan 3



Encik Asri berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dn telah berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5) tahun.



a)            Adakah Encik Asri layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen? Berikan alas an anda?

(8 markah)



b)            Balu dan anak lelaki Encik Asri juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampas an terbitan. Nyatakan sebabnya. Tempoh pemberian dn jumlah pencen terbitan tersebut.

(7 markah)



c)            Nyatakan keadaan yang boleh memyebabkan faedah persaraan yang diberikan kepada balu dan anak tersebut terhenti.

(10 markah)




Soalan 4



Senar berikut merupakan beberapa kategori tanggungan kepada seorang penjawat awam yang telah diberikan taraf sebagai pegawai berpencen:



i.         Anak permpuan berumur 12 tahun.

ii.       Anak lelaki berumur 20 tahun tetapi telah berkahwin.

iii.      Anak cacat anggota kekel berumur 45 tahun

iv.     Janda

v.       Balu yang telah berkahwin semula sebulan selepas penjawat awam itu meninggal dunia.



Daripada senarai di atas, nyatakan:



a)            Siapakah yang layak unutk diberikan pencen terbitan? Berikan alas an anda.

(22 markah)



B)            Siapakan yang tidak layak diberi pencen terbitan?

(3 markah)




Soalan 5



a)          Encik Amran seorang warganegera Bangladesh telah diambil berkerja sebagai buruh oleh Syarikat Bina Murni Sdn. Bhd. Melalui permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen kepadanya.



Adakah Encik Amran boleh mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Nyatakan alas an anda.

(9 markah)



b)          Encik Salam mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka gerai makan di hadapan rumahnya. Beliau memperolehi pendapatan secara purata sebanyak RM5,000.00 sebulan.



Adakah Encik Slam boleh mencarum kepada KESP? Nyatakan alasan anda.

(8 markah)



c)          Puan Salmah telah diambil bekerja oleh Dato’ Norimah sebagai pembantu rumah. Beliau telah dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan.



Adakah Puan Salmah boleh mencarum kepada KWSP? Nyatakan alasan anda.

(8 markah)







Soalan 6



Encik Kamaruddin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di kemantarian Pelajaran Malaysia pada 1 Februari 2012. Beliau yang menerima gaji sebanyak RM850.00 sebulan telah diminta membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui potongan gaji.





a)            Mengapakah Encik kamaruddin perlu mencarum kepada KESP?

(9 markah)



b)            nyatakan kadar caruman yang perlu dibayar oleh Encik Kamuruddin kepada KWSP.

(7 markah)



c)            Jelaskan dalam keadaan manakah Encik Kamaruddin boleh mengeluarkan kesemua carumannya dalam KWSP?

(9 markah)









               

SOALAN KPSL (BAHAGIAN 11 : KOD 3001B)



Soalan-soalan berbentuk esei (masa 3 jam)
Ada 8 soalan, jawab 5 soalan sahaja.















SOALAN KPSL (BAHAGIAN 1 : KOD 3001A)




Soalan-soalan berbentuk esei (masa 3 jam)
Ada 8 soalan, jawab 5 soalan sahaja.


Soalan 1

a)          Semasa menghadari majlis anjuran kesatuan sekerja, Encik Kamal telah diberikan hadiah kerana kesudiannya menghadari diri. Selepas membukanya, Encik Kamal mendapati ianya satu hadiah yang cukup bernilai. Jelaskan dari segi peraturan sedia ada mengenai syarat pemberian hadiah yang diterima oleh Encik Kamal?

(5 markah)

Jawapan soloalan 1 a
 
(1)        Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.
(2)        Ketua Jabatan seseorang pegawai boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pegawai itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempenan persaraan atau pertukaran pegawai itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.
Rujukan : Perintah Am - Bab D Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Bahagian II Tatakelakuan - 8 ( 1-2)
 
 
 
Soalan 1

b)          Puan Amanina, seorang Pembantu Penguatkuasa di sebuah jabatan dilihat menggara taraf hidup melebihi daripada emolument atau pendapatannya. Mengikut peraturan sedia ada, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ketua jabatan?

(10 markah)

c)            Cik Alia, Pegawai tadbir N41 di Jabatan Kimia telah diarah oleh Ketua Jabatannya unutk membuat laporan mengenai satu kes keracunan seperti dilaporkan dalam akhbar tempatan. Bagi memastikan laporan yang dibuat adalah berdasarkan fakta sebenar, beliau bertolak dari pejabat pada jam 8.00 pagi dengan kenderaan sendiri ke tempat kejadian yang jaraknya 30 kilometer daripada pejabat dan pulang semula ke pejabat pada jam 6.00 petang.

Dalam kes ini, apakah elaun-elaun yang layak dituntut oleh Cik Alia? Jelaskan.

(5 markah)

Soalan 2

a)          Encik Ghani, seorang pegawai di sebuah jabatan telah disabitkan oleh makamah dengan tuduhan rasuah ke atasnya. Walau bagaimanapun, beliau telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Jelaskan bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadapnya dan pihak yang boleh mengambil tindakan tersebut.

(6 markah)

Bilakah tempoh tindakan berkenaan bermula, dan kesanya dalam tempoh tersebut?

(8 markah)

b)         Dalam satu operasi pencegahan dadah yang dijalankan oleh sepasukan polis di suatu penempatan, dua(2) orang pegawai awam telah termasuk dalam tangkapan yang dibuat. Setelah dikenal pasti, seorang terlibat sebagai penagih dan seorang lagi sebagai pengedar.

Mengikut peraturan tatatertib yang berkuat kuasa, apakah tindakan yang boleh diambil kepada seseorang pegawai awam yang telah disahkan sebagai penagih?

(6 markah)


Soalan 3

a)     i.  Encik Halim, seorang Penolong Pegawai Tadbit Gred N27 masih belum disahkan dalam perkhidmatan walaupun tempoh percubaannya akan berakhir pada 30 Julai 2012. Ketua Jabatan beliau bercadang memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Nyatakan maklumat yang perlu dikemukan dalam permohonan pelanjutan tempoh percubaan dan bilakan tarikh pengesahan yang boleh diberikan kepada beliau?

(6 markah)
Jawapan soalan 3 a i.
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan itu dalam boring yg dinyatkan dalam jadual ke empat, dengan menyatakan
a) sebab pegawai itu di tidak disahkan,
b) syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi atau tidak, dan jika patutu diberi,
c) maklumat perkhidmatan pegawai yg dikemaskini dan
d) senarai peperiksaan, jika da yang dipohon telah diduduki oleh pegawi itu, tarikh dan keputusannya.

 
Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegewai yg telah Berjaya menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau yg dilanjutkan adalah pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat yg ditetapkan.

(Perintah Am Bab A Bahagian V - 28 dan 29)



Soalan 3

        ii.  Sekiranya Encik Halim dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda, apakah kesannya ke atas perkhidmatan beliau?

(4 markah)
Jawapan soalan 3 ii

Seseorang pegawai yg tempoh percubaannya dilanjutkan dengan berdenda ia akan:
a)      hilang kekanannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh perlanjutan itu.
b)      Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan samasa dengan tempoh perlanjutan itu.
c)      Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannya berkuatkuasa.
(Perintah Am Bab A - 30)



b)          Seseorang pegawai awam adalah berkelayakan untuk mendapatkan imbuhan /bayaran apabila menghadari kursus. Mengikut pekeliling yang digunakan sekarang jelaskan peruntukan yang ditetapkan berdasarkan situasi berikut.

Encik Sudin yang bertugas di Johor mengikuti kursus di peringkat diploma selama enam (6) bulan di Langkawi. Huraikan elaun dan kemudahan yang layak dituntut oleh beliau.

(10 markah)

Soalan 4

a)      i.     Puan Ferra, seorang Jururawat di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Selangor telah dipilih    sebagai jurulatih bola jarring bagi persediaan pasukan Selangor menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. Untuk tujuan latihan di luar negeri Selangor, beliau terpaksa berjuti.

Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan kepada beliau? Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.

(6 markah)
         ii.    Doktor Vanessa, seorang ahli Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) ingin menghadari mesyuarat tahunan persatuan berkenaan. Apakah jenis cuti khusus yang boleh diberikan? Nyatakan kadar dan syarat-syaratnya.

(4 markah)

b)         Puan Nooraini, telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Amri yang akan menunaikan fardu haji selama 40 hari. Ini kali pertama Puan Nooraini menjalankan tugas tersebut.

i.   Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Nooraini dan syarat bagi mendapatkan elaun tersebut.

(5 markah)

ii.   Pada hari ke-15 menjalankan tugas, Puan Nooraini dipanggil temuduga kenaikan pangkat keg red yang lebih tinggi. Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut? Berikan alasan anda.

(5 markah)

Soalan 5

a)            Di kaunter pembayaran saman Polis Di Raja Malaysia, seorang pelangan bertanya sama ada pembayaran boleh dibuat dengan cek. Sila beri penjelasan terhadap perkara berikut.

i.                  Apakah prosedur yang teratur unutk menerima cek sebagai bayaran?

(5 markah)

ii.                Bagaimanakah pula tindakan jjika didapati cek tersebut tidak diterima oleh pihak bank?

(5 markah)
b)          Jabatan anda telah membuat perolehan bagi ‘Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa’ secara sebut harga. Jawatankuasa Sebut Harga telah bersidang dan membuat pertimbangan ke atas sebut harga berkenaan. Maklumat perolehan sebut harga berkenaan adalah seperti berikut:




Sebut harga bagi
‘Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa’

Tarikh pelawaan                         9 Februari 2012 (Khamis)

Tarikh tutup                                17 Feburari 2012 Z(Jumaat)

Waktu tutup                               12.00 tengahari

Tarikh peri tup                           20 Februari 2012 (Isnis)
tawaran ditutup

Harga dokumen                         RM55 bagi satu dokumen
Sebut harga

Tempoh sah laku                       85 hari

Syarat pendaftaran                 Bertaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan ATAU berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor di dalam kelas F bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan

Bilangan syarikat yang             10 syarikat (1 daripada penyebut harga menghantar dokumen
harga mengemukakan             tawaran pada pukul 12.10 tengah hari)
tawaran
                                                               
Bilangan syarikat                      10 syarikat
Yang
Dipertimbangkan

Tarikh                                         28 Mei 2012
Jawatankuasa
Sebut Harga
Bersidang

Tarikh Surat                               31 Mei 2012
Setuju Terima

  
Ketua Audit di Jabatan anda telah membuat teguran mengenai perolehan yang tidak mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa. Ketua Jabatan anda telah mengarahkan anda unutk meneliti  perolehan bagai sebut harga “Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Pentadbiran Jabatan Angkasa” berkenaa.

Nyatakan perkara yang tidak mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.

(10 markah)


Soalan 6

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat perolehan peralatan pejabat pada 20 Disember2011. Peralatan pelabat tersebut telah diterima oleh pihak JKR pada 5 Januari 2012. Tempoh Akuan Kena Bayar bagi tahun 2011 adalah sehingga 16 Januari 2012 dan pihak pembekal hanya membuat tuntutan pembayaran pada 20 Januari 2012.

a)            Dalam kes ini, kenal pasti isu yang berbangkit.

(5 markah)

b)          Jelaskan, bagaimana pembayaran boleh dilakukan dan apakah syarat yang membolehkan pembayaran dibuat?

( 10 markah)

c)          Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada
berlaku.

(5 markah)


Soalan 7

Pelupusan hendaklah dilaksanakan ke ataas stok yang didapati rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan selepas pengiraan stok, pemeriksaan stok atau verifikasi stor. Pelupusan stok hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun terdapat agensi Kerajaan yang melupuskan stok tanpa merujuk kepada jawatankuasa yang berkaitan. Disamping itu terdapat juga peraturan yang membenarkan Pelupusan Stok Benilai Rendah.

a)            Apakah yang dimaksudkan dengan Pelupusan Stok Bernilai Rendah?

(4 markah)

b)            Jelaskan tatacara Pelupusan Stok Bernikai Rendah.

(8 markah)

c)          Setelah dibuat pemberifikasi stok, didapati kekurangan yang bernilai rendah. Apakah yang dimaksudkan Kekurangan Stok Bernilai Rendah dan apakah tindakan bagi memistikan tatacara pengurusan stor dipatuhi sepenuhnya.

(8 markah)

Soalan 8

a)          Pegawai Stor yang bertanggungjawab hendaklah memastikan semua stok yang diterima direkodkan menggunakan kad yang telah ditetapkan.

                Jelaskan tatacara merekod stok bagi Stor Utama.

(10 markah)

b)            Huraikan bagaimana Verifikasi Stor dijalankan di tempat anda?

(10 markah)

SOALAN PEPERIKSAAN KPSL GRED N27


Pada 3,4 dan 5 Julai 2012 aku telah menduduki Peperiksaan Khas untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (KPSL). Ini adalah kali pertama aku mengambilnya setelah berkerja dengan Perkhidmatan Awam hampir 12 tahun lamanya.

Bukannya tidak tahu pasal peperiksaan KPSL ni, cuma sebelum ini aku tak tertarik sangat nak mengambilnya. Untuk peperiksaan tahun ini tergerak pula hati aku untuk mencubanya. Pada 27 Jun 2012 aku mendaftar untuk mengambil peperiksaan ini.

Maklumlah bila tidak pernah ambil, gelabah la pula. Seminggu sebelum tarikh peperiksaan mulalah aku mencari buku-buku yang berkaitan dengan peperiksaan KPSL ni. Puas cari sana-sini, tapi akhirnya aku dapat jua. Bila dah last minit, faham-faham saja lah… mana sempat nak baca dengan buku yang tebal-tebal belaka. Jadi selak mana ala kadar je, mana yang rasa-rasa keluar je…

Bila tiba di dewan peperiksaan…. Ya Allah…. Tuhan saja yang tahu… pergghh… punyalah susah soalan. Bagi orang yang muda-muda mungkinlah kacang saja soalannya bagi mereka, tapi bagi aku yang usia dah nak separuh abad ni… tak masuk kepala. Makanya, tawakal aja leh…

Disini aku nak kongsi soalan-soalannya: ..