*

Monday, 11 June 2012

AYAM BAKAR MADU

Pada 9 Jun 2012, Family kita orang ada buat BBQ, jadi aku dah siap buatkan ayam bakar madu, bawa balik kampung. Kat kampung tinggal bakar je. Mudah aja, x perlu banyak bahan, klau kau orang nak cuba aku ada sediakan resepinya....




Bahan-bahan :
2 ekor ayam - 1 ekor potong 16 dan dibersihkan

Bahan untuk dikisar :
1 inci halia
1 inci kunyit hidup/ kunyit serbuk
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain3 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
serbuk pati ayam/ serbuk perisa
1 sudu besar serbuk cili - terpulang pada citarasa


Cara memasak :

1. Ayam dibersihkan dan dilumur dengan madu. Gaul hingga sebati madu dengan ayam tadi.
2. Kemudian, masukkan sos tiram, dan bahan yang telah di kisar. Gaul sebati bersama ayam.
3. Masukkan serbuk pati ayam.
4. Mmasukkan serbuk paprika atau serbuk lada ke atas ayam yang telah digaul.
5. Akhir sekali, masukkan gula pasir dan gaul hingga semua bahan-bahan tadi sebati bersama ayam.
6. Kemudian ayam diperap selama 4 - 5 jam supaya rasa rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
7. Kemudian, bakar le ayam tu, buleh masak stail barbecue atau buleh juga dimasak dalam oven.
8. Sedia untuk dihidang.


selamat mencuba...







Thursday, 7 June 2012

Apa ni?...

Pertunjukan Api

Cantik....

Bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Memang best... maklumlah aku ni memang kaki jalan. Sebelah malam aku kita orang ada lepak-lepak tengok persembahan pertunjukan api. Memandangkan percutian kali ini terkena pada percutian persekolahan maka memanglah ramai sangat pengunjungnya. 

Ni gambar yang sempat di rakam semasa waktu malam berada di resort..






Menakutkan....!!!!




  



KALENDAR CUTI UMUM 2013


Di sini saya nak berkongsi dengan anda semua kalendar cuti umum untuk tahun 2013. Boleh lah anda buat perancangan untuk tahun depan dengan melihat kalendar cuti umum bagi tahun 2013 seluruh Malaysia yang saya share ini.

Tidak lupa juga untuk adik-adik sudah tentu ingin tahu Cuti Sekolah bagi tahun 2013. Tak gitu? baik mengaku..

KALENDAR CUTI UMUM 2013
Klik pada imej untuk besarkan

Klik pada imej untuk besarkan


Pesanan : Aku merasakan tarikh cuti bulan tiga (Cuti Pertengahan Penggal 1) ialah pada 9-17 Mac 2013. Ini adalah berdasarkan kepada tarikh cuti semester pada tahun 2011 dan 2012. Boleh ke link Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat perbandingan dengan klik di link ini Takwim KPM


Menurut sumber KPM hanya akan mengeluarkan takwim persekolahan untuk tahun 2013 pada pertengahan September 2012. Sangat lama untuk ditunggu.

 
Sila KLIK untuk mendapatkan TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013 
 
 
 
 
 

Port Dickson - Bercuti di Glory Beach Resort PD



Assalammualaikum,

Diam tak diam dah 12 tahun usia perkahwinan aku. Tahun ni destanasi percutian ku di Glory Beach Resort, Port Dickson.. (Berbulan madulah kononnya...hehheeheh)

2 Jun 2012, dari toll kulaijaya jam 10 pagi, singgah sebentar makan tenggahari di Hentian Machap, Simpang Rengam. Sampai di Glory Beach Resort kira-kira jam 3.10 petang. Peaghh… ramai yang nak check in. Kebetulan pula cuti persekolahan penggal ke dua umum sempena Hari Keputeraan Y.Di-Pertuan Agong, tu yang ramai, bersesak-sesak.


Waahh.. anak bujang aku dah tak sabar nak terjun dalam kolam renang, terpaksalah ayahnya yang menayan. Layannn…..  jam 5.30 petang baru turun mandi-manda, melayan anak-anak aku. Punyalah ramainya… nak mandipun …..eergghh….

3 Jun 2012, 7.30 pagi. sarapan & mandi laut. Wah..  punyalah seronok anak-anak aku, naik pelampung pencil, pusing pulau...

Check Out jam 12.00 tengahari.























Ta ta...jumpa lagi..