*

Tuesday, 29 May 2012

Program Juara Rakyat 1 Malaysia dan Gerak Tumpu

Program Juara Rakyat 1Malaysia & Gerak Tumpu telah diadakan di tempat tinggalku, Zon Matahari, Taman Indahpura, Kulaijaya. 26 Mei 2012, seawal 7.30 pagi AJK KRT dan penduduk Zon Matahari telah berkumpul dipadang Matahari. Acara telah dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Jabatan Kesihatan Kulaijaya mengenai Kempen Bebas Denggi ‘COMBI’ dan seterusnya Gotong Royong Pembersihan dijalankan. Aku, adalah juga menyebokkan diri untuk turun sama. Lepak juga rasa almaklumlah dah lama tak buat aktiviti seperti ini.






Si comel ni.... dia pun sebuk nak Gotong Royong.




Sebelah malam pula, Majlis Sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat telah diadakan. Walaupun aku bukan guru ataupun jururawat, tapi yang penting aku seorang ibu… telah beberapa tahun sambutan ini diadakan. Terima kasih kepada semua AJK pelaksana.

27 Mei 2012, jam 7.30 pagi Program Kayuhan Basikal di mulakan. diikuti dengan Senaman 1Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika , pertandingan memasak, Pertandingan Gubahan Tuala, Pertandingan Sukaneka dan valleyball. (Klik untuk +++ ).


Seban Robik.








Pertandingan memasak




Pertandingan membuat kuit berasaskan tepung pulut








Pertandingan Gubahan Bunga Rozet Kristal















Hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang







Gerai dan pameran