*

Saturday, 11 February 2012

Kantin 1 Malaysia SK Kulai

PELANCARAN KANTIN 1 MALAYSIA
SK Kulai, Kg. Melayu

Pelancaran Kantin 1 Malaysia telah dihadiri semua Pengetua, Guru Besar 68 buah sekolah-sekolah daerah Kulaijaya, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya dan wakil-wakil Media Masa. Kantin 1 Malaysia telah di rasmikan oleh En. Md. Hasidin bin Hj. Zaini Timbalan Pelajaran Negeri Johor dengan diiringi oleh Tn. Hj Fauzan bin Sukimi, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya.

Kantin 1Malaysia yang dilaksanakan di SK Kulai, sememangnya unik apabila menyediakan pelbagai makanan dan cita rasa pada harga yang cukup murah kerana bahan yang digunakan bagi menyediakan menu RM1 sama seperti masakan yang dihidangkan kepada guru sekolah dan tidak pernah mengurangkan ramuan yang digunakan, cuma kuantiti yang disediakan untuk murid dikurangkan sedikit.

Menu yang disediakan seperti nasi lemak, mi goreng, snek bijirin dengan susu dan sekeping kuih serta minuman. Pakej menu RM1 itu disediakan berbeza setiap hari. Manakala pada Rabu setiap dua minggu sekali, pihaknya akan menyediakan hidangan pelbagai kaum seperti roti canai, bubur ayam dan rojak.

 Dengan adanya Program Kantin 1 Malaysia ini bolehlah meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.











Sumber: Berita Harian Online | Kantin 1Malaysia sedia menu RM1

KULAIJAYA: Menu makanan dengan minuman berharga RM1 disediakan Kantin 1Malaysia Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai, mendapat sambutan hangat lebih 900 muridnya yang mempunyai tiga waktu rehat berbeza mengikut tahap persekolahan setiap hari.

Murid Tahun Empat, Nur Naemahtul Farah, 10, menyifatkan Kantin 1Malaysia yang dilaksanakan kelmarin, cukup unik apabila menyediakan pelbagai makanan pada harga yang cukup murah.

“Ia cukup baik untuk murid sekolah luar bandar kerana kebanyakan kami daripada keluarga berpendapatan rendah. Berbekalkan RM1, kami boleh makan dengan kenyang bagi mengalas perut sebelum masuk untuk sambung belajar selepas waktu rehat," katanya yang membeli sepinggan mi goreng.

P Yogeswaran, 10, berkata, usaha kantin menyediakan menu membabitkan cita rasa pelbagai kaum itu amat baik kepada murid-murid sekolah itu.

“Selain nasi lemak dan mi goreng, ada pula bubur nasi serta roti canai dan rojak. Semuanya pada harga RM1 termasuk minuman, jadi kami boleh menyimpan lebihan wang saku yang ibu bapa bagi, " katanya yang memilih rojak sebagai menu pilihan.

Rakannya, Joan Kong Man Yin, 10, yang memilih bubur nasi pula, menyifatkan menu yang disediakan pengusaha kantin sekolah itu sebagai luar biasa kerana boleh dinikmati mereka pada harga yang murah.

“Saya yakin, murid sekolah lain pun pasti suka jika Kantin 1Malaysia turut dibuka di tempat mereka, " katanya.

Sementara itu, pengendali Kantin 1Malaysia SK Kulai, Azim Mohd Dom, berkata jualan menu RM1 itu tidak menjejaskan perolehannya, sebaliknya masa sama membolehkannya meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya tidak fikir pengusaha akan mengalami kerugian hanya kerana menjual hidangan menu RM1 ini yang menjadi pilihan murid daripada keluarga berpendapatan rendah, ” katanya.

Azim berkata, bagi pelajar yang berkemampuan, mereka boleh memilih membeli pelbagai makanan lain yang ditawarkan pada harga biasa.

Katanya, bahan yang digunakan bagi menyediakan menu RM1 sama seperti masakan yang dihidangkan kepada guru sekolah berkenaan cuma kuantiti yang disediakan untuk murid dikurangkan sedikit.

“Sebagai contoh, bagi hidangan mi goreng, saya memasaknya sama dengan juadah yang dihidangkan kepada guru dan tidak pernah mengurangkan ramuan yang digunakan," katanya.

Katanya, selain menu harian nasi lemak, mi dan nasi goreng, snek bijirin dengan susu dan sekeping kuih serta minuman, pakej menu RM1 itu disediakan berbeza setiap hari.

Beliau berkata, pada Rabu setiap dua minggu sekali, pihaknya akan menyediakan hidangan pelbagai kaum seperti roti canai, bubur ayam dan rojak.






Wednesday, 1 February 2012

Klik Klik Foto Langkawi 2012

*: Family Day 2012 _ Langkawi

Dalam blog ini, saja aku masukkan Klik Klik Foto yang aku ambil. Aku tidak pernahpun mengikuti mengikuti kursus asas fotografi. Aku belajar secara tak formal, exposure yang aku buatpun ikut suka hati aku aja. Mujurlah pandai sikit-sikit, lepas tu aku adit le. Tapi JiKA Kau SukA, SenYuM La 。♥ღ˛° * °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。 , kalau tak suka sila komen... tq.